TechSemut Malaysia

Yotaphone 3 Akan Dirasmikan Pada Tahun Ini

Yotaphone 3 Akan Dirasmikan Pada Tahun Ini

Yotaphone 3 Akan Dirasmikan Pada Tahun Ini
Jun 19
13:21 2017

Agak mengejutkan apabila syarikat telefon pintar Russia Yota membayangkan pelancaran telefon ketiganya, Yotaphone 3 memandangkan Yotaphone 2 (dalam gambar di bawah) tidaklah berjaya menambat hati pengguna dengan pelancarannya di US dibatalkan serta mendapat banyak pemulangan dari pelanggan.

Yotaphone 3 Akan Dirasmikan Pada Tahun Ini

Sungguhpun demikian, Yotaphone 3 akan dilancarkan secara rasmi lewat tahun ini berdasarkan komen-komen pengeluarnya di acara perniagaan di China baru-baru ini. Tidak banyak butiran yang didedahkan, namun, sumber yang berada di acara tersebut mengatakan model 64GB ruang storan akan dijual sekitar USD 350 dan model 128GB akan dijual sekitar USD 450.

Seperti model-model sebelumnya, telefon pintar Yotaphone 3 akan didatangkan dengan skrin warna biasa di bahagian belakang dan skrin e-ink berkuasa rendah di bahagian belakangnya. Ia merupakan satu idea yang baik, namun sukar diimplementasikan.

Telefon pintar tersebut akan dilancarkan di China September ini dan di Russia tidak lama selepas itu. Tetapi, tidak dapat disahkan samada telefon pintar ini akan dijual di negara-negara selain yang disebut. Jadi bagi anda yang berminat, jangan terlalu berharap. Di Malaysia, terdapat penjual yang menjual Yotaphone pertama, namun tiada atau sukar mencari penjual yang menjual Yotaphone 2.

Yota mengeluarkan telefon pintar selain Yotaphone, namun Yotaphone 1 dan Yotaphone 2 dikritik kerana kelihatan seperti kerja tidak lengkap atau kelihatan seperti prototaip. Diharap edisi ketiga ini lebih baik, walaupun spesifikasinya belum diumumkan.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com