YouTube Kids Dikemaskini Dengan Penyaring Kandungan Baharu Untuk Ibu Bapa

Sebagai seorang bapa, kadang kala saya membenarkan anak menonton YouTube pada peranti pintar. Bagi memastikan kandungan yang ditonton sesuai untuk kanak-kanak prasekolah, aplikasi YouTube Kids telah saya muat turun. Tetapi saringan kandungan masih belum sempurna dan kadang kala kandungan aneh yang agak dewasa ditonton secara tidak sengaja.

Aplikasi YouTube Kids telah dikemaskini hari ini dengan beberapa tetapan baru yang menyaring kandungan dengan lebih rapi untuk kegunaan ibu bapa. Tetapan “Approved Content Only” kini boleh diaktifkan. Hanya video yang telah disaring dengan teliti oleh YouTube dan ibu bapa boleh ditonton selepas ini. Terdapat juga tetapan “Younger” and “Older”.  Apabila Older dipilih, kandungan yang lebih sesuai untuk kanak-kanak berumur 8-11 tahun akan dipaparkan dan sebaliknya jika Younger dipilih.

Sebagai bapa yang bosan dengan anak yang gemar menonton video “Baby Shark” dan “Johnny Johnny Yes Papa” yang ditonton beribu kali, ini fungsi yang perlu untuk kami menghalang video selama-lamanya.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.