YouTube hari ini mengumumkan YouTube Kids kini mempunyai 35 juta pengguna mingguan. Angkanya mungkin lebih rendah berbanding laman YouTube utama tetapi masih lagi tinggi kerana ditawarkan di 80 negara sahaja.

Angka ini dicapai selepas lima tahun dilancarkan. YouTube Kids turut mengumumkan ciri membenarkan ibu bapa atau penjaga menambah saluran dari YouTube yang tidak ditawarkan di YouTube Kids akan diberikan dalam masa terdekat. Ini bermakna anda kini tidak mempunyai alasan untuk membenarkan anak anda menonton video Amanz di YouTube Kids.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.