YouTube telah menyokong video 4K sejak beberapa tahun yang lalu. Malang sekali hanya sebilangan peranti Android seperti Sony Xperia 1 II boleh menikmati resolusi tinggi kerana aplikasi mengehadkannya pada peranti dengan skrin 4K sahaja. Tetapi hari ini secara mengejut pengguna aplikasi peranti Android boleh menstrim video 4K.

Kami mengujinya pada peranti mercu dengan skrin FHD+ dan WQHD+ dan pilihan sehingga 2160p 60 HDR kini boleh dipilih menerusi tetapan video dalam aplikasi. Dengan ini kandungan video yang lebih tajam dapat dinikmati walaupun pada peranti yang skrinnya tidak setinggi itu resolusinya. Sekiranya ini yang anda mahukan dari dulu, ia akhirnya boleh diakses hari ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.