Kami yakin pasti yang ramai sedang kebosanan terkurung di rumah kerana PKP. Mungkin ada diantara anda yang tidak tahun apa yang ingin ditonton kerana tidak melanggan kepada perkhidmatan penstriman video seperti Netflix. Jangan risau kerana nampaknya YouTube kini menawarkan penstriman puluhan filem Hollywood secara percuma dalam aplikasi mereka.

Kami menyedari filem-filem seperti terkemuka Robocop, Terminator, Alamo dan Ghost In Shell boleh ditonton secara percuma menerusi saluran YouTube Movies. Menarik sekali langganan kepada YouTube Premium tidak diperlukan sama sekali. Kesemua pengguna boleh mengakses banyak lagi filem secara terus. Terdapat beberapa tajuk yang memerlukan tontonan iklan tetapi secara majoritinya bebas iklan.

Sebelum ini pada tahun 2018 penstriman filem percuma dengan iklan hanya ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat. Kami tidak tahu sama ada ini adalah pepijat ataupun YouTube secara senyap-senyap menawarkannya kepada rakyat Malaysia hari ini untuk menggalakkan duduk di rumah ketika musim wabak.

Tonton filem Robocop di YouTube Movies

Tonton filem The Terminator di YouTube Movies

Tonton filem Ghost In The Shell di YouTube Movies

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.