Menjadi ibu bapa moden adalah amat mencabar kerana tiada ilmu diturunkan dari ibu bapa mereka sendiri tentang cara mengawal masa anak menonton YouTube. Berita baiknya ialah pelbagai ciri pada YouTube boleh digunakan untuk mengawal kandungan yang sesuai ditonton. Terkini YouTube mengemaskini lagi ciri kawalan yang boleh diakses ibu bapa.

terdapat tiga kawalan baharu yang boleh dipilih oleh ibu bapa iaitu Explore, Explore More dan Most of YouTube. Menerusi Explore, ibu bapa membenarkan kanak-kanak yang selama ini menggunakan YouTube Kids untuk melihat kandungan yang dihasilkan untuk penonton berusia 9 tahun ke atas. Menerusinya kandungan vlog, tutorial, permainan video, berita, video muzik dan pembelajaran boleh diakses.

Explore More pula membenarkan akses untuk kandungan yang menyasarkan usia 13 tahun ke atas yang lebih matang. Kandungan yang distrim secara langsung juga dibenarkan. Akhir sekali ialah Most of YouTube yang membenarkan kesemua kandungan di YouTube kecuali yang dihalang mengikut usia 18 tahun dan ke atas.

Dengan set kawalan kandungan baharu ini, YouTube berharap ibu bapa akan dapat memastikan kandungan yang paling sesuai sahaja boleh diakses apabila anak tidak lagi menggunakan YouTube Kids. YouTube masih menyarankan ibu bapa duduk bersama anak ketika menonton kerana ini masih lagi pilihan terbaik

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.