AV1 adalah salah satu format video baru yang memfokuskan kepada penawaran video melalui internet yang terbuka dan bebas-royalti. Ia dibangunkan untuk meneruskan kejayaan format video VP9, selain bersaing dengan format video popular H.265/HEVC. Sejumlah pengeluar pelayar web telah menyatakan sokongan untuknya, sekaligus bakal menyaksikan pelbagai perkhidmatan web mula menggunakan format video baru ini.

Terkini, penyedia perkhidmatan video paling popular di dunia, iaitu YouTube telah pun memulakan eksperimen dengan format video baru ini.

YouTube AV1

YouTube kini menyediakan senarai main khusus untuk format video baru ini, yang mana boleh diuji oleh pengguna yang menjalankan pelayar web Google Chrome 70 dan juga Firefox 63. YouTube mengatakan ia menawarkan lebih penjimatan data, dan penstriman lebih lancar dalam kualiti HD.

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh mengaktifkan eksperimen ini melalui YouTube Test hari ini, dan menguji format video baru ini sebelum ia diimplementasi secara menyeluruh pada perkhidmatan berkenaan pada masa akan datang.

Tonton : YouTube AV1 Testube

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.