TechSemut Malaysia

Zoltac GeForce GTX 1080 Ti Mini: Kad Grafik GTX 1080 Terkecil

Zoltac GeForce GTX 1080 Ti Mini: Kad Grafik GTX 1080 Terkecil

Zoltac GeForce GTX 1080 Ti Mini: Kad Grafik GTX 1080 Terkecil
Mei 31
10:21 2017

Zoltac memang gemar mengeluarkan kad grafik kompak dan mengecilkan kad grafik GeForce GTX 108 Ti bukan satu perkara mudah. Namun itu tidak menghalangnya memperkenalkan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1080 paling kecil pernah dikeluarkan setakat ini iaitu Zoltac GeForce GTX 1080 Ti Mini and GTX 1080 Ti Mini ArcticStorm.

Zoltac GeForce GTX 1080 Ti Mini

Zoltac GeForce GTX 1080 Ti Mini: Kad Grafik GTX 1080 Terkecil

Model Zoltac GeForce GTX 1080 Ti Mini merupakan kad grafik 1080 TI terkecil manakala model ArticStorm merupakan 1080 Ti dengan sistem penyejukan cecair yang paling kecil. Kedua-dua kad tersebut berukuran 228mm panjang  di mana model ArticStorm memanfaatkan sistem penyejukan cecair padanya untuk memberikan prestasi terbaik dengan rekabentuk kad terkecil. Model Mini pula dilengkapi dua bilah kipas untuk penyejukkan.

Zoltac turut memperkenalkan beberapa PC mini termasuk Magnus EN1050K yang dikuasakan pemproses Intel Kaby Lake atau Ryzen dan merupakan PC mini pertama yang memuatkan kad grafik GTX 1050 desktop penuh di dalamnya.

Sebuah lagi PC mini ialah model model ZBox ternipis setakat ini, Pico PI225, yang hanya bersaiz kad kredit (seperti Intel Compute Card). Daripada imejnya di atas, ia sangat kecil (5.5mm tebal) dan mempunyai sistem penyejukan pasif tanpa kipas bagi menjimatkan ruang. Zoltac tidak menjelaskan spesifikasinya namun menyebut ia cukup berkuasa untuk menguasakan monitor 4K. PC ZBox siri M juga akan hadir dengan sokongan pemproses Intel Kaby Lake dan APU Ryzen AM4.

Zoltac juga telah melancarkan jenama baharu, Zoltac Gaming, dan produk pertama yang dilancarkan adalah PC Gaming Mek. PC Gaming kompak ini dilengkapi CPU Kaby Lake sehingga Core i7, dilengkapi penyejuk berprofil rendah dan dipasangkan dengan kad grafik GeForce GTX 1080 Mini.

Zoltac menegaskan ini merupakan jenama premium baharu dengan produknya menampilkan rekabentuk futuristik, malah ia kelihatan seperti sebuah konsol permainan video dengan lampu di sekeliling sisinya.

Bukan setakat itu, Zoltac juga memperkenalkan enclosure luaran, salah satu daripadanya direka untuk memuatkan GeForce GTX 1080 Ti, bagi menyambungnya kepada laptop untuk memberikan prestasi grafik yang lancar. Satu lagi direka untuk memuatkan PCIe SSD NVMe untuk mempertingkatkan ruang storan komputer anda. Kedua-dua produk ini menggunapakai sambungan Thunderbolt 3.

Akhir sekali, Zoltac juga telah penaiktaraf VR Go, di mana PC beg sandang itu akan menerima kemaskini pemproses Intel Kaby Lake (walaupun ia tidak menyebut model pemproses mana yang akan ditawarkan).

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com