Berita Menarik

Zoom Dikemaskini Dengan Kata Laluan Dan Bilik Menanti Maya Diaktifkan Secara Lalai

Pembaca : 14
0 0

Satu aplikasi yang kami yakin ramai tidak tahu akan kewujudannya sebulan lalu adalah Zoom. Kini kerana perintah kawalan pergerakan menjadikan ia aplikasi yang paling kerap digunakan untuk tujuan mesyuarat dan pembelajaran atas talian. Zoom versi 5.0 telah dikeluarkan dengan beberapa ciri yang mengetatkan lagi tahap keselamatan pengguna.

Kata laluan kini diaktifkan secara lalai untuk kesemua mesyuarat atas talian yang dilakukan. Dengan ini masalah zoombombing di mana insan yang tidak dijemput mencerobohi bilik mesyuarat maya diselesaikan. Pentadbir boleh melaporkan pengguna kepada Zoom sekiranya kesalahan dilakukan. Bagi pengguna akaun pendidikan pula, hanya pentadbir dibenarkan berkongsi skrin kepada kesemua peserta.

Bilik menunggu maya juga diaktifkan secara lalai kepada semua pengguna. Mereka hanya boleh memasuki perbualan apabila dibenarkan oleh pentadbir bilik mesyuarat.

Pengguna akaun perniagaan turut diberikan pilihan ke mana isyarat akan diarahkan bagi tujuan keselamatan. Antara isu yang muncul ialah isyarat video diarahkan ke China sebelum ini.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.