TechSemut Malaysia

ZOTAC GeForce GTX 1080 Ti Arctic Storm Mini – Kad Grafik Bersaiz Kecil Dan Berkuasa Besar

ZOTAC GeForce GTX 1080 Ti Arctic Storm Mini – Kad Grafik Bersaiz Kecil Dan Berkuasa Besar

ZOTAC GeForce GTX 1080 Ti Arctic Storm Mini – Kad Grafik Bersaiz Kecil Dan Berkuasa Besar
Mei 25
18:11 2017

Beberapa hari lepas sahaja, ZOTAC mengumumkan kehadiran kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 Ti yang menggunakan sistem penyejuk cecair yang khusus dengan ZOTAC GeFore GTX 1080 Ti Arctic Storm. Nampaknya syarikat tersebut tidak mahu berhenti di situ sahaja, kerana mereka baru sahaja mengumumkan bahawa sistem penyejuk cecair yang sama akan digunakan pada kad grafik ZOTAC GeForce GTX 1080 Ti Mini mereka.

Sama seperti kad Arctic Storm seperti ini, kad grafik ZOTAC GeForce GTX 1080 Ti Arctic Storm Mini ini hadir dengan sistem penyejuk cecair Arctic Storm yang sama dengan kad sebelum ini, dan perbezaan yang paling ketara hanya boleh dilihat pada saiz kad dan penyejuk tersebut.

Sistem penyejuk ini akan menyejukkan cip pemprosesan grafik, memori dan juga VRM menggunakan sirip tembaga yang kemudiannya akan disejukkan oleh aliran penyejuk cecair.

Spesifikasi seperti kelajuan cip pemprosesan grafik dan jumlah kuasa yang akan digunakan tidak diketahui lagi setakat ini, tetapi melalui gambar-gambar yang ditunjuk, kad grafik ini perlu dikuasakan menggunakan dua palam kuasa 8-pin PCIe, dan ia pastinya akan menggunakan jumlah kuasa yang agak banyak.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com