Berita Menarik

ZTE Axon M Kini Rasmi – Peranti Dengan Dwi-Skrin Boleh Lipat

Pembaca : 18
0 0

Masih adakah pasaran untuk sebuah telefon pintar dengan skrin yang boleh dilipat. Sejarah mengatakan jawapan kepada soalan ini ialah tidak. Tetapi ZTE merasakan ia sudah bersedia untuk kembali dan telah melancarkan ZTE Axon M. Peranti ini dilengkapi dwi-skrin sebesar 5.2″ yang boleh dilipat.

Rekaannya mengingatkan kami kepada Kyocera Echo yang hadir pada tahun 2012. Skrin mempunyai empat mod iaitu Traditional di mana hanya satu skrin diaktifkan. Mod kedua ialah Extended di mana dua skrin digunakan untuk paparan besar 6.75 inci. Mod ketiga ialah Mirror yang memaparkan skrin yang sama sesuai untuk tujuan melakukan pembentangan. Akhir sekali ialah mod Dual yang membenarkan dua aplikasi dipaparkan pada skrin berasingan.

Dari segi spesifikasi Axon M dilengkapi dua skrin 5.2″ IPS LCD HD penuh, pemproses Snapdragomn 821, memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB. Hanya satu kamera disertakan dan ia sebesar 20-Megapixel. Walaupun mempunyai dua skrin, bateri sebesar 3180 mAh disertakan. Sistem operasi Android 7.1.2 digunakan pada peranti yang dijual pada harga $725 (~3062) sebuah.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.