Dunia baru sahaja memulakan peralihan ke era 5G, dimana masih banyak lagi negara pada fasa permulaan lagi, dan belum menawarkannya secara komersil kepada semua pengguna. Di Malaysia sendiri, rangkaian 5G belum ditawarkan secara rasmi, dan dijangka akan ditawarkan dalam setahun dua lagi.

Apa pun, ia tidak menghentikan kajian berkaitan rangkaian 6G berlaku. Terbaru, China Telecom dan ZTE telah menandatangani perjanjian untuk kajian berkaitan teknologi rangkaian 6G.

Buat masa ini, rangkaian 6G masih pada peringkat awal, dan tiada lagi sebarang piawaian berkaitan dengannya.

Mengikut beberapa perancangan awal, rangkaian 6G dijangka akan menawarkan sokongan pemindahan data mencapai 1 terabit per saat, sekaligus akan memudahkan lagi pengguna kekal berhubung tanpa sebarang masalah pada bila-bila masa. Dengan perkembangan arena peranti berhubung (IOT), dan juga sokongan realiti-terimbuh, rangkaian ini dijangka akan memainkan peranan yang sangat penting dalam tempoh sedekad akan datang.

Di China, rangkaian 6G dijangka dikomersilkan menjelang tahun 2030 kelak, dan kajian berkaitan dengannya dimulakan dengan lebih meluas dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.