Berita Menarik

Read Time:50 Second

Kini, Lebih Ramai Mengakses Internet Menggunakan Peranti Android Berbanding Windows

Sebelum ini, ramai yang menggunakan komputer desktop atau komputer riba untuk mengakses internet – sekaligus membuatkan peranti yang paling tinggi digunakan untuk mengakses internet adalah peranti berasaskan sistem operasi Windows. Walaubagaimanapun, kini buat pertama kalinya perkara berkenaan berubah, dan Android kini mendahului sebagai peranti yang paling tinggi digunakan ramai untuk mengakses internet. Angka ini dikeluarkan […]

Read Time:26 Second

YouTube Live Untuk Peranti Mudah Alih Kini Boleh Digunakan Oleh Akaun Dengan 1000 Pengikut

Penstriman secara langsung kini menjadi kegilaan pengguna akaun media sosial. Ia disokong di Facebook, Instagram dan YouTube. Di YouTube sebelum ini, hanya akaun dengan 10,000 pengikut mempunyai akses kepada fungsi penstriman langsung menerusi peranti mudah alih. Pihak YouTube telah mengubah prasyarat ini dan fungsi ini diaktifkan bagi akaun dengan minimum 1000 pengikut. Bagi peranti Android, […]

Read Time:53 Second

Line Dock – Penyejuk Komputer Riba Dengan Storan Tambahan Dan Power Bank Terbina

Penyejuk komputer riba ialah aksesori perlu dibeli  ketika zaman kami masih di kolej. Teknologi cip yang semakin canggih menyebabkan penyejuk komputer riba semakin pupus. Jarang sekali komputer riba moden di Makmal Amanz menjadi panas melampau ketika digunakan. Tetapi bagi mereka yang masih memerlukannya, mungkin boleh berbelanja lebih untuk Line Dock. Line Dock bukan sahaja sebuah […]

Read Time:35 Second

Kemaskini Nougat Untuk Samsung Galaxy A (2016) Dijangka Tiba Pada Bulan Mei

Peratusan penggunaan Android Nougat masih belum mencapai dua angka sehingga awal bulan Mac yang lalu. Angka ini dijangka bertambah dengan beberapa lagi peranti menerima kemas kini pada pertengahan bulan. Bagi pemilik peranti Samsung Galaxy A (2016), penantian untuk kemas kini untuk peranti mereka dijangka berakhir pada bulan Mei hadapan. Laman Samsung Turki mengemaskini tarikh penerimaan […]

Read Time:58 Second

Netflix Memperkenalkan Hermes – Ujian Terjemahan Untuk Penulis Sarikata

Sudah setahun Netflix membuka sevis penstriman videonya ke serata dunia, dan kini, walaupun syarikat tersebut telah membuat pelbagai jenis kemaskini untuk memastikan ramai daripada penggunanya boleh menikmati penstriman tersebut, mereka masih lagi mencari penulis-penulis sarikata yang mampu menterjemah rancangan-rancangan mereka dengan baik. Netflix baru sahaja mengumumkan Hermes, sebuah ujian terjemahan atas talian yang menguji tahap […]

Read Time:32 Second

Netflix Menambah Sokongan Muat-Turun Pada Aplikasi Windows 10

Netflix pada hari ini merupakan salah satu perkhidmatan penstriman popular untuk pelbagai rancangan televisyen dan juga filem. Mereka sebelum ini sedia memperkenalkan sokongan muat-turun untuk tontonan tanpa internet di Android dan iOS. Kini, sokongan sama turut diperluaskan kepada pengguna Windows. Bagi para pengguna Windows 10, anda kini boleh turut memuat-turun kandungan ke komputer riba atau […]

Read Time:1 Minute, 0 Second

MSI Memperkenalkan Siri Kad Grafik MSI GTX 1080 Ti Seahawk – Kad Grafik Dengan Penyejuk Cecair Dari Corsair

Nampaknya kad grafik NVIDIA GTX 1080 Ti yang menggunakan teknologi penyejukan cecair semakin menular sekarang, dan MSI juga kini baru sahaja mengumumkan kad grafik MSI GTX 1080 Ti Seahawk yang menggunakan teknologi penyejukan cecair. Kad grafik MSI Seahawk ini menggunakan penyejuk cecair Aero yang direka dengan usaha-sama Corsair menggunakan penyejuk cecair Corsair H55 yang diubahsuai […]

Read Time:1 Minute, 13 Second

Coolpad Memasuki Pasaran Malaysia – Akan Menawarkan Roar Plus Dan Sky 3 Pro

Coolpad merupakan salah satu jenama peranti dari China, dan kini nampaknya mereka turut telah memasuki pasaran tempatan secara rasminya. Ia merupakan antara pengeluar terkemuka dari China, dan ia kini merupakan sebahagian daripada LeEco Group. Terkini, Coolpad turut dilihat telah memperluaskan penawaran ke pasaran tempatan. Produk mereka masih belum dilancarkan secara rasminya, tetapi aktiviti pemasaran untuk […]