Berita Menarik

Read Time:46 Second

Xiaomi Mi A1 Berharga RM1099 Di Malaysia

Xiaomi bakal memulakn pra-tempahan untuk telefon pintar terbaru mereka, Xiaomi Mi A1 secara rasminya di Malaysia bermula 16 September 2017 ini, iaitu esok. Kini, beberapa jam sebelumnya, penyenaraian pihak Xiaomi melalui Mi Store di Lazada memperlihatkan Mi A1 berharga RM1099 di Malaysia. Xiaomi Mi A1 merupakan telefon pintar dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh, […]

Read Time:47 Second

BlackBerry KEYone Edisi Terhad Berwarna Hitam Kini Hadir Untuk Pasaran Tempatan

BlackBerry KEYone merupakan telefon pintar terbaru dibawah jenama BlackBerry, dimana ia menawarkan sistem operasi Android, selain hadir dengan papan kekunci fizikal penuh bersama dengannya. Peranti ini telah memasuki pasraan tempatan sejak bulan Jun lepas, dan kini pihak Brightstar turut membawa masuk BlackBerry KEYone Edisi Terhad berwarna hitam. Edisi terhad ini telah dilancarkan secara rasminya pada […]

Read Time:38 Second

Samsung Galaxy Note 8 Akan Menyokong Rakaman Video 4K 60FPS

Pelancaran iPhone 8 dan iPhone X mendapat perhatian dunia. Bagi penggemar videografi, fungsi rakaman 4K 60FPS dan 1080P 240FPS adalah amat mengujakan kerana tidak ditemui pada peranti lain sebelum ini. Tetapi Samsung nampaknya mempunyai perancangan untuk turut menyokong rakaman 4K 60FPS  pada Galaxy Note 8. Laman rasmi Samsung Galaxy Note 8 Amerika Syarikat telah dikemaskini […]

Read Time:55 Second

Western Digital Bakal Hadir Dengan Cakera Keras WD Gold Dengan Storan 12TB

Western Digital dikenali sebagai sebuah jenama storan digital yang hadir dengan peranti storan dengan pelbagai saiz dan kapasiti untuk kegunaan yang berbeza. Ini termasuklah cakera keras untuk NAS, sistem CCTV, server dan sebagainya. Terkini, syarikat tersebut baru sahaja mengumumkan ketibaan cakera keras WD Gold yang hadir dengan kapasiti storan sehingga 12TB untuk menyimpan data yang penting, […]

Read Time:59 Second

HP Hadir Dengan Komputer Kerja Berkuasa HP Z8 G4 Workstation – Hadir Dengan Memori 3TB Dan Storan 48TB

Komputer bersaiz besar dengan spesifikasi overkill nampaknya semakin popular kebelakangan ini, dengan pelbagai pembuat komputer seperti Acer, ASUS dan sebagainya dengan pengkhususan kepada permainan komputer dan realiti maya. Bagi HP, komputer-komputer dengan spesifikasi sebegini boleh digunakan untuk tujuan yang lebih berguna daripada bermain permainan komputer sahaja, dan dengan komputer HP Z8 G4 Workstation, syarikat tersebut juga […]

Malaysia Hantar ‘FDGxGA1’ Untuk Buru Kejuaraan Fifa Online 3 Di Ha Noi

Sukan SEA Kuala Lumpur dah tamat akhir Ogos yang lalu. Tapi semangat kesukanan pastinya tetap membara dalam sanubari kita. Apa kata kita salurkan tenaga itu kepada seorang rakan kita yang akan bertanding di EA Sports FIFA Online 3 SEA Open Championship 2017 yang akan berlangsung dari 15 hingga 16 September di Ha Noi, Vietnam. Lapan pemain terhebat dari Malaysia, Singapura, Vietnam, China, Korea Selatan, Thailand, dan Indonesia akan berentap untuk merebut hadiah wang tunai berjmlah RM94,000. Pembahagian hadiah adalah seperti berikut: Juara — RM37,500 Naib Juara — RM18,700 Tempat ke-3 — RM11,200 Tempat ke-4 — RM7,500 Tempat ke-5 hingga 8 — RM4,700 setiap seorang Pemain yang akan mewakili Malaysia ialah Ryan ‘FDGxGA1’ Kan Hau Yin (19). Diag pernah menyertai beberapa pertandingan Fifa Online 3 tahun ini seperti Sungei Wang Championship, Selangor Cyber Games, GSC Cyber Games, dan Fantasy Cup: Road to Vietnman 2017. Acara pembukaan akan diadakan pada 15 September dan jika anda berminat, layari Facebook dan YouTube untuk menonton secara livestream.

The post Malaysia Hantar ‘FDGxGA1’ Untuk Buru Kejuaraan Fifa Online 3 Di Ha Noi appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

webe dicantas untuk beri laluan kepada unifi

Webe yang muncul dengan pelan mudah alih tanpa had, nampaknya akan ditamatkan tidak lama lagi. Perkara ini diumumkan menerusi satu tulisan blog webe, yang menyatakan webe tidak akan lagi kelihatan sebagai rangkaian di skrin telefon pintar. Mulai 15 September 2017, sedikit demi sedikit perubahan akan dibuat pada rangkaian webe. Nama rangkaian webe yang terletak pada sudut atas telefon pintar, tidak akan lagi kelihatan di situ. Sebaliknya ia akan digantikan dengan unifi. Walaubagaimanapun, webe memaklumkan ini hanyalah sebahagian dari langkah ‘convergence‘ yang dibuat sebagai salah satu servis lengkap yang disediakan Telekom Malaysia (TM). Semua pelan, servis, sokongan dan lain-lain tidak akan berubah. Bermakna, tiada kesan langsung kepada pelanggan melainkan nama rangkaian di telefon yang berubah. Bagaimanapun, pelanggan mungkin perlu membuat perubahan pada APN. Jika terdapat masalah sambungan internet, cuba tukar tetapan APN. Ubah nama yang digunakan sebelum ini, webemobile kepada unifi. Tetapan lain boleh dibiarkan seperti biasa. Langkah lanjut boleh dirujuk dari FAQ perubahan SPN & APN oleh webe. Seperkara lagi, webe juga memaklumkan tawaran pelan panggilan, SMS dan internet tanpa had webe RM79 sebulan, akan ditawarkan sehingga 30 Oktober 2017 sahaja. Tidak pula dimaklumkan apakah perubahan yang akan dibuat selepas itu, tetapi jika anda mahu melanggannya, perlu segera lakukan sebelum 30 Oktober 2017. Dari beberapa perubahan ini, webe mungkin akan mengalami sesuatu yang lebih drastik, bukan pada nama di skrin telefon sahaja. Apakah langkah TM seterusnya untuk webe? Jadi apakah kesan perubahan ini terhadap pengguna sedia ada? Secara asasnya pengguna sedia ada tidak terkesan langsung dengan perubahan ini. Walau bagaimanapun, mereka perlu dimaklumkan tentangnya supaya tidak berlaku konflik kelak. Entiti Webe Digital Sdn. Bhd. masih ada dan setiap pembayaran bil tetap perlu ditujukan pada syarikat ini, cuma perkhidmatan webe telah ditukar namanya kepada unifi. Tiada perubahan terhadap jumlah bulanan ataupun kualiti perkhidmatan. Anda masih menikmati data, suara, SMS, dan video tanpa had. Jika anda berminat untuk melanggan pelan webe, ia masih ditawarkan sehingga 31 Oktober 2017. Pengguna sedia ada perlu beri lebih perhatian pada maklumat berikutnya. Perubahan Nama Penyedia Perkhidmatan (SPN) Nama Penyedia Perkhidmatan (SPN) adalah nama unik yang diberikan pada setiap telco. Ia biasanya terpapar pada skrin telefon anda. Selepas 16 September, nama SPN pada telefon akan bertukar daripada ‘webe’ kepada ‘unifi’ Perubahan SPN akan berjalan secara Over-The-Air. Anda tidak perlu ke pejabat webe untuk menukar kad SIM. Perubahan Nama Titik Akses (APN) Nama Titik Akses (APN) adalah nama unik yang digunakan oleh telco untuk menhubungkan rangkaian telco dengan internet. APN sedia ada adalah “webemobile service” dan bermula 15 September 2017, “unifi” akan digunakan sebagai APN. Pengguna yang gagal bertukar APN selepas 15 September akan terputus daripada rangkaian dan tidak boleh menggunakan perkhidmatan mereka. Jika anda tidak boleh mengakses Internet menerusi webe sleepas 15 September, hantar SMS “Data” ke 22288 untuk beroleh tetapan baru. [SUMBER: Blog webe]

The post webe dicantas untuk beri laluan kepada unifi appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Telefon 2 skrin 3 kamera Meizu PRO 7 sahih dijual di Malaysia

Jika anda mahukan telefon pintar yang jauh berbeza dari yang lain, maka Meizu PRO 7 dan PRO 7 Plus patut menjadi pilihan anda. Dari hadapan mungkin tidak berbeza, tetapi skrin kedua yang terletak di belakang pasti akan membuatkan rakan anda terpukau melihatnya. Meizu Malaysia kini mengesahkan ketibaan PRO 7 dan PRO 7 Plus di Malaysia. Tempahan kedua-dua telefon pintar akan dibuka bermula 15 September sehingga 20 September 2017. Jualan di seluruh Malaysia boleh didapati bermula dari 21 September 2017. Meizu PRO 7 akan dijual pada harga RM1,899 manakala PRO 7 Plus berharga RM2,799. PRO 7 menggunakan pemproses Mediatek Helio P25, 4GB RAM dan 64GB storan. Manakala PRO 7 Plus dilengkapi pemproses terbaik Mediatek, Helio X30 10-teras bersama 6GB RAM dan 128GB storan. Hadiah percuma disediakan untuk tempahan awal ini. Tempahan awal PRO 7 akan menerima fon telinga Bluetooth Meizu E51 bernilai RM299. PRO 7 Plus juga menerima fon telinga Bluetooth Meizu E51, bersama kotak hadiah premium bernilai RM299. Meizu PRO 7 akan ditawarkan dalam warna Merah, Emas dan Hitam. Tetapi PRO 7 Plus hanya disediakan dalam warna Hitam sahaja. Tempahan boleh dibuat dalam talian menerusi platform Lazada, 11street dan Shopee. Selain saiz skrin, rekaan luaran PRO 7 tidak banyak berbeza dari PRO 7 Plus. Kedua-duanya memiliki skrin AMOLED kedua di belakang berukuran 1.9-inci dengan resolusi 240×536, yang digelar paparan Fenetre. Meizu PRO 7 memiliki skrin 5.2-inci HD Penuh, manakala PRO 7 Plus pula 5.7-inci QuadHD. Kedua-duanya menggunakan paparan Super AMOLED. Bateri di dalam PRO 7 berkapasiti 3,000mAh dan PRO 7 Plus pula 3,500mAh. Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas Meizu mCharge 4.0 dengan kuasa pengecas 25W (5V/5A). Ia boleh mengecas sehingga 67% penuh dalam masa 30 minit. Meizu menggunakan gandingan lensa RGB dan monokrom untuk kamera belakang. Ia menggunakan sensor Sony IMX386 12MP f/2.0, autofokus PDAF dan dwi tona LED Flash. Kamera hadapan pula dimuatkan sensor 16MP f/2.0. Tapi kalau ada previu di skrin belakang ni, boleh guna kamera belakang terus untuk swafoto. Jika anda berminat untuk mencuba dulu telefon pintar ini, Meizu Malaysia akan mengadakan pameran jelajah di 7 lokasi, dari 22 hingga 24 September. Lokasi ini akan diumumkan menerusi Facebook Meizu Malaysia.

The post Telefon 2 skrin 3 kamera Meizu PRO 7 sahih dijual di Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

ASUS Malaysia lancar laptop GTX1080 ternipis di dunia

Laptop yang nipis dan ringan tetapi berkuasa grafik hebat GTX1080 kini boleh didapati di Malaysia. ASUS Malaysia melancarkan ROG Zephyrus GX501, laptop yang memenuhi piawaian NVIDIA MaxQ yang ringan dan nipis tetapi berkuasa tinggi. Bagi memenuhi spesifikasi MaxQ, ASUS mereka bentuk laptop ROG Zephyrus GX501 dengan ketebalan hanya 17.9mm dan berat 2.25kg, yang memuatkan kuasa pemproses Intel Core i7 dan juga grafik NVIDIA GTX1080. Dengan ini, prestasi tertinggi dikekalkan di samping mudah di bawa ke mana-mana. Spesifikasi penuh laptop ASUS ROG Zephyrus GX501 adalah seperti berikut: Pemproses Intel Core i7-7700HQ 4-teras 2.8GHz, Turbo Boost sehingga 3.8GHz Grafik NVIDIA GeForce GTX1080 dengan 8GB GDDR5X VRAM Memori 24GB DDR4 2400MHz Storan SSD M.2 PCIe 1TB Skrin 15.6-inci HD Penuh 120Hz dengan G-SYNC ASUS melengkapkan laptop ini dengan papan kekunci berlampu ROG Aura RGB LED. Pengguna boleh mengubah warna lampu, malah menetapkan lampu berbeza untuk kekunci QWER atau WASD yang sering digunakan di dalam permainan video. Teknologi anti-ghosting membenarkan sehingga 30 kekunci ditekan serentak. Bagi pengurusan dan pemantauan lebih menyeluruh, ASUS menyediakan aplikasi Gaming Centre. Di sini, pengguna boleh memeriksa tahap perkakas seperti kelajuan, suhu, kipas dan bermacam lagi. Tetapan papan kekunci juga boleh dibuat di sini. Laptop ASUS ROG Zephyrus GX501 kini telah dibuka tempahannya di Malaysia, dengan tanda harga RM15,999. ASUS juga menyediakan hadiah percuma EPIC Bundle, tetapi terhad untuk 12 tempahan pertama sahaja. EPIC Bundle berisi set kepala ROG Centurion 7.1, tetikus ROG Gladius II serta 2 tiket VIP ke pusingan akhir pertandingan ROG Masters International di KLCC. Semua hadiah ini bernilai lebih RM2,000. Jika anda mahukan laptop berkuasa tinggi yang tidak membebankan bahu, rekaan MaxQ seperti ASUS ROG Zephyrus GX501 ini harus disenarai pendekkan. Apatah lagi dengan hadiah percuma EPIC Bundle ini menjadikan ia sangat menarik untuk dimiliki, itupun jika tidakm membebankan saku dan dompet anda. Untuk maklumat lanjut tentang laptop yang sangat hebat ini, lawati laman produk ASUS ROG Zephyrus GX501, atau kunjungi pameran ASUS ROG yang sedang diadakan di pusat membeli-belah 1 Utama, dari 15 hingga 17 September 2017.

The post ASUS Malaysia lancar laptop GTX1080 ternipis di dunia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com