Berita Menarik

Read Time:29 Second

Huawei Akan Menawarkan Kamera 360-darjah Bermula Disember Pada Harga RM699

Huawei pada pelancaran Huawei Mate 10 semalam turut telah mengumumkan sebuah kamera 360-darjah mereka tersendiri, dinamakan sebagai Huawei EnVizion 360 Camera. Ia merupakan sebuah kamera yang merakamkan gambar dan video 360-darjah, dan dihubungkan ke telefon pintar melalui sambungan USB-C. Ia turut menggunakan sebuah aplikasi khusus untuk urusan rakaman gambar dan juga proses pencantuman rakaman. Huawei […]

Read Time:35 Second

OnePlus 5T Akan Dilancarkan Pada 5 November Ini

OnePlus 5 tidak lagi dijual di laman rasmi OnePlus di beberapa pasaran dunia kerana kehabisan stock. Tahun demi tahun ini ialah petanda peranti terkini OnePlus akan dilancarkan dalam masa terdekat. Hari ini jemputan ke acara khas pada 5 November mula kelihatan. Pada imej yang dilampirkan jelas kelihatan huruf T dan peranti dengan rekaan nirbingkai. Ini […]

Read Time:42 Second

Pertarungan Robot Gergasi Diantara Megabots Dan Suidobashi Akan Berlangsung Esok

Beberapa bulan yang lalu, syarikat pembina robot gergasi dari Amerika Syarikat dan juga Jepun, MegaBots dan Suidobashi Heavy Industries telah menyatakan hasrat untuk bertarung diantara satu sama lain, dan setelah beberapa kelewatan, nampaknya robot-robot ini bakal bertarung pada hari esok, 18 Oktober 2017 waktu Malaysia. Megabots akan hadir dengan robotnya yang bernama Eagle Prime, yang […]

Read Time:42 Second

Huawei P10 Plus Dikurangkan Harga Kepada RM2399

Dengan pelancaran Huawei Mate 10, pihak Huawei Malaysia turut mengemaskini harga jualan telefon pintar dibawah siri-P. Huawei mengatakan tidak lama lagi mereka akan mengurangkan harga jualan Huawei P10 Plus menjadi RM2399. Huawei P10 Plus sebelum ini telah ditawarkan di Malaysia sejak bulan April yang lepas, dimana ketika ia mula dijual, ia berharga RM3099. Dari segi […]

Read Time:1 Minute, 17 Second

Microsoft Surface Book 2 Dilancarkan – Lebih Besar Dan Berkuasa

Beberapa minggu yang lalu kedengaran ura-ura Microsoft mungkin akan menghentikan jualan komputer Surface. Microsoft segera menyanggah ura-ura ini dan mengatakan mereka komited kepada perniagaan perkakasan mereka. Hari ini mereka membuktikan keseriusan mereka dengan melancarkan dua model Microsoft Surface Book 2. Surface Book 2 mengekalkan rekaan komputer tablet hibrid dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan mereka […]

Read Time:58 Second

Google Pixel 2 Dilengkapi Cip Khas Pixel Visual Core Untuk Memproses Gambar

Dua model Google Pixel 2 dilancarkan awal bulan lalu dengan pelbagai penambahbaikan. Menarik sekali ia tidak dilengkapi dwi-kamera tetapi bergantung kepada kecerdasan buatan bagi menghasilkan imej bokeh. Hari ini Google mendedahkan Pixel 2 dan Pixel 2 XL sebenarnya hadir dengan cip khas Pixel Visual Core rekaan mereka. Cip khas ini dihasilkan hanya untuk memproses gambar […]

Buffet Filem Dan Rancangan TV Di IFlix Kini Lebih Meriah

Perkhidmatan penstriman video Internet yang berpengkalan di Malaysia, iflix, terus mengukuhkan cengkaman mereka dalam pasaran Malaysia apabila mengumumkan pertambahan kandungan baru dalam dan luar negara. Terbaru, pengguna boleh menikmati kandungan daripada saluran TV seperti tvN Mobies, Oh!K, dan Aniplus. Mereka boleh menonton cerita-cerita blockbuster seperti: Train to Busan W-Two Worlds Attack on Titan Peminat kandungan tempatan turut boleh menonton filem kegemaran seperti: KL Gangster Rindu Awak 200% Highland Tower Kebaikkan perkhidmatan penstriman seperti iflix berbanding televisyen barbayar seperti Astro adalah anda tidak perlu risau terlepas waktu siaran kerana kandungan video tetap menunggu anda tidak kira hari hujan ataupun tidak. Jika anda masih belum melanggan iflix, anda boleh berbuat demikian pada kadar RM10/bulan ataupun RM96/tahun. Ia membolehkan anda menonton video sehingga di 5 peranti sekali gus menggunakan satu akaun. Antara Channel yang anda boleh temui di iflix

The post Buffet Filem Dan Rancangan TV Di IFlix Kini Lebih Meriah appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Huawei Mate10, Mate10 Pro Masuk Malaysia Pada Harga…

Kamera telefon lebih cantik, kesan bokeh lebih dalam serta rekaan cantik elegen. Itulah yang ada pada HUAWEI Mate 10 dan Mate 10 Pro. Tidak cukup dengan itu, Mate10 Pro berkelebihan IP67 yang kalis air dan debu. Ciri penting yang Sam lihat pada fon baru ini adalah operasinya yang pantas bermula dengan mengimbas cap jari hingga menukar satu app ke app lain dengan pantas. Semuanya hasil kehadiran cip pemproses secemerlang Kirin 970 dan penggunaan antara muka EMUI 8.0. Meneruskan kerjasama dengan Leica, ia mempunyai kapasiti bateri 4000mAh dan mampu bertahan sehari suntuk untuk penggunaan aktif. Mate 10 mempunyai RAM 4GB dengan storan 64GB manakala Mate Pro pula datang bersama RAM 6GB serta storan 128GB. Kamera dwilensa Leica jenis SUMMILUX-H mempunyai apertur f/1.6 dan ciri bokeh baru yang menghasilkan imej cantik. HUAWEI Mate 10 mempunyai saiz skrin 5.9 inci manakala Mate 10 Pro, 6 inci yang mana masing-masing hadir dengan paparan FullView yang mana skrin-ke-badan Lebih besar diperoleh. Warna ditawarkan Mate10 Pro termasuk coklat, hitam, emas dan emas merah jambu manakala Mate10 mempunyai pilihan warna biru, kelabu, coklat serta emas merah jambu. Mate 10 dan Mate 10 Pro masing-masing dijual di Malaysia pada harga RM2,699 dan RM3,199. Mate 10 akan dijual dulu bermula minggu depan dengan pra tempahan pada 19 hingga 22 Oktober manakala Mate 10 pada pertengahan November.      

The post Huawei Mate10, Mate10 Pro Masuk Malaysia Pada Harga… appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com