Berita Menarik

Read Time:33 Second

Hori TAC Pro One Dilancarkan – Papan Kekunci Dan Tetikus Untuk Xbox One

Genre FPS paling selesa dimainkan menggunakan tetikus dan papan kekunci. Pada konsol sokongan untuk tetikus dan papan kekunci masih lagi rendah. Tetapi pada konsol Xbox One, Microsoft mengesahkan sokongan ini sedang dilakukan. Oleh itu set Hori TAC Pro One telah dilancarkan untuk konsol mereka. Dari segi rekaan cc ia mempunyai persamaan dengan Hori Tac Pro […]

Read Time:43 Second

Gambar Acah OnePlus 5T Tertiris Memperlihatkan Rekaan Hampir Nirbingkai

Desas-desus mengenai OnePlus 5T telah kedengaran sejak beberapa minggu lepas. Perkara ini sedia dijangka ramai, apatah lagi pada tahun lepas OnePlus telah memperkenalkan OnePlus 3T pada bulan November – dan ramai menyasarkan kemaskini OnePlus 5T dijangka diumumkan pada waktu yang lebih kurang sama tahun ini. Pihak OnePlus masih tidak berkongsikan apa-apa mengenainya, tetapi kini pihak […]

Read Time:33 Second

MBSA Hadir Dengan Aplikasi i-Adu Untuk Memudahkan Pengguna Salurkan Maklumbalas

Terdapat pelbagai agensi kerajaan yang telah mula menawarkan aplikasi mudah-alih untuk memudahkan proses aduan dan menerima maklumbalas pengguna. Terkini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah pun melancarkan secara rasmi aplikasi aduan mereka tersendiri, dinamakan sebagai i-Adu. Aplikasi ini adalah pelengkap dan alternatif kepada talian bebas tol mereka, membolehkan para pengguna di Shah Alam untuk memberikan […]

Read Time:50 Second

Samsung Galaxy Tab Active2 Kini Rasmi – Tablet Tahan Lasak Dengan Sokongan S-Pen

Rekaan Samsung Galaxy Tab Active2 tertiris seminggu yang lalu. Pada hujung minggu yang lalu ia akhirnya dilancarkan secara rasmi oleh Samsung. Samsung Galaxy Tab Active2 ialah tablet tahan lasak yang bukan sahaja kalis air serta hentakan, malah turut mempunyai sokongan stylus S-Pen. Dari segi spesifik ia dilengkapi skrin 8″ FTF WXGA, pemproes Exynos 7870, memori […]

Read Time:38 Second

Apple Disaman Kerana Menggunakan Tanda Dagang Animoji Tanpa Kebenaran

Animoji ialah fungsi menarik yang membolehkan pengguna iPhone X menghantar emoji beranimasi yang bergerak mengikut wajah pengguna. Teknologi imbasan wajah Face ID digunakan pada menghasilkan animasi yang tepat. Minggu lalu Apple telah disaman oleh pembangun aplikasi Animoji kerana menggunakan tanda dagang tanpa kebenaran. Saman difailkan oleh Emonster k.k. Bonansea yang membangunkan aplikasi pemesejan Animoji yang […]

Read Time:26 Second

Sony Mula Menawarkan Kemaskini Android 8.0 Oreo Untuk Xperia XZ Premium

Berbeza dengan sasaran awal sebelum ini, pihak Sony kini telah mula menawarkan kemaskini Android 8.0 Oreo untuk para pengguna Xperia XZ Premium bermula hari ini. Sekiranya anda menggunakan telefon berkenaan, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda, dan menggunakan sejumlah ciri-ciri baru yang dibawakan olehnya. Antaranya adalah sokongan membuat rakaman 3D – yang mana telah […]

Read Time:39 Second

10,000 Unit Huawei Mate 10 Telah Habis Dipra-Tempah Di Malaysia

Pada minggu lepas, Huawei telah melancarkan telefon pintar Huawei Mate 10 secara rasminya, dan membuka pra-tempahan sejak 19 Oktober 2017 lepas untuk pasaran tempatan. Kini, berkongsi mengenainya, Huawei Malaysia mengatakan yang mana 10,000 unit Huawei Mate 10 yang ditawarkan untuk pra-tempahan sejak 19 Oktober berkenaan kini telah pun habis ditempah – dan pengguna yang ingin […]

[KLACSW] Lebih banyak peranti IoT berhubung lebih luas kemungkinan termasuk jenayah

Kaspersky Labs, salah satu firma keselamatan siber terunggul di Malaysia telah membentangkan laporan tentang usaha mereka menyelamatkan dunia, dalam persidangan tahunan mereka, Cyber Security Weekend. Fokus kali ini tertumpu kepada Cyber Espionage atau pengintipan siber. Jenayah siber masa kini tidak lagi menumpukan serangan secara terus, tetapi dengan mempergunakan maklumat yang dikumpulkan menerusi pengintipan siber. Apatah lagi di zaman IoT, semakin banyak benda sudah boleh berhubung ke internet. Jumlah penduduk di dunia sekarang dikatakan sekitar 7.6 bilion. Tetapi peranti IoT adalah lebih banyak, dicatatkan sebanyak 9.5 bilion unit pada tahun 2015. Pernah dilaporkan, komputer sebuah syarikat diceroboh melalui mesin pembuat kopi yang boleh bersambung ke internet. Jika difikirkan, memang sangat menakutkan apatah lagi dengan kemunculan pelbagai filem yang memaparkan betapa hebatnya penjenayah siber, menguasai dunia dengan kuasa digital. Dengan berkembangnya kecanggihan penjenayah, turut menjadikan keselamatan siber semakin canggih. Selain menggunakan kata laluan, penggunaan keselamatan biometrik seperti pengimbas mata, capjari, muka dan sebagainya. Jadi masih ada harapan untuk mengekalkan keselamatan dunia. Tetapi ia memerlukan kerjasama semua pihak, atas pihak pengurusan syarikat, hingga ke pekerja bawahan serta pengguna di rumah. Dapatkan nasihat mereka yang pakar, terutama sebelum terjadinya kejadian yang tidak diingini. Satu langkah awal yang boleh dilakukan, adalah dengan menggunakan perisian antivirus yang diyakini, seperti Kaspersky yang boleh didapati secara percuma. Jika berminat, muat turun Kaspersky Anti-Virus di sini. Kemudian, amalkan gaya hidup internet yang sihat, jangan klik sebarangan.

The post [KLACSW] Lebih banyak peranti IoT berhubung lebih luas kemungkinan termasuk jenayah appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com