Berita Menarik

Read Time:50 Second

OpenSignal – Maxis Menawarkan Perkhidmatan Data Terpantas Dengan U Mobile Pula Sebaliknya

Di Malaysia syarikat telekomunikasi berlumba-lumba meningkatkan jumlah pelanggan dengan penawaran pakej baru setiap beberapa bulan. Ada yang mahal dan ada juga yang amat mampu milik. Pengguna pasti tertanya-tanya apakah perbezaan yang kepantasan perkhidmatan data di antara syarikat telekomunikasi. OpenSignal telah mengeluarkan laporan kelajuan data di antara syarikat telekomunikasi Malaysia untuk bulan Oktober. Maxis merajai carta […]

Read Time:51 Second

Moto G5S Plus Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada Awal November

Lenovo Mobile Malaysia hari ini telah berkongsi mengatakan yang mana telefon pintar mampu-milik dibawah siri-G yang paling terbaru, iaitu Moto G5S Plus bakal hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Lenovo Mobile Malaysia menyasarkan untuk memasarkannya dalam masa sekitar seminggu dua lagi di Malaysia. Dari segi spesifikasi, Moto G5S Plus hadir dengan skrin 5.5-inci dengan […]

Read Time:26 Second

Microsoft Menamatkan Pengeluaran Kinect

Microsoft kini akhirnya berkongsi mengatakan yang mana mereka telah menghentikan pengeluaran Kinect – salah satu aksesori yang dibangunkan untuk Xbox Kinect, hadir dengan sokongan kamera yang boleh merakamkan gerakan pengguna. Sejak dilancarkan pada 2010 yang lepas, ia telah terjual sekitar 35 juta unit diseluruh dunia. Kini, Microsoft tidak lagi mengeluarkannya, tetapi mengatakan teknologi disebaliknya akan […]

Read Time:40 Second

Nokia Beta Labs Kini Membolehkan Anda Menguji Android 8.0 Oreo Pada Nokia 8

Nokia Beta Labs merupakan salah satu program yang mungkin dikenali oleh ramai pengikut Nokia sejak beberapa tahun lepas. Dulu, Nokia sering menggunakan Beta Labs dalam menguji pelbagai aplikasi dan ciri baru untuk peranti-peranti mereka. Terkini, program berkenaan kembali semula, dan kini melalui Nokia Beta Labs, pihak HMD Global membolehkan pengguna menguji Android 8.0 Oreo pada […]

The Pantheon arena eSukan terbesar di Malaysia

Kini peminat eSukan di Malaysia boleh menikmati perkhidmatan 5 bintang bertaraf antarabangsa dengan pelancaran The Pantheon, arena eSukan pertama di Malaysia yang menerima taraf Platinum untuk NVIDIA GeForce GTX iCafe. Bukan calang-calang The Pantheon ni. Kita pasti sudah biasa dengan nama kafe siber atau CC. Tetapi apa yang terdapat di The Pantheon adalah jauh lebih besar. Ini kerana ia menyediakan pengalaman permainan komputer premium melalui 116 buah komputer berkuasa tinggi, auditorium untuk arena perlawanan eSukan, serta zon pengalaman permainan lain seperti realiti maya (VR), simulasi perlumbaan, PlayStation 4 dan banyak lagi. The Pantheon terletak di One City, Subang Jaya. Ia memiliki ruang seluas lebih 10,000 kaki persegi memuatkan pelbagai zon permainan. Di antaranya komputer buatan sendiri dilengkapi kad grafik GTX1060 atau ke atas, bersama skrin 27-inci yang menyokong G-SYNC. Terdapat pelbagai jenama perkakas dan aksesori komputer seperti tetikus, papankekunci, set kepala serta kerusi terdapat di sini. Senarai penuh jenama yang terdapat di The Pantheon adalah seperti berikut: Lebih menarik lagi, The Pantheon turut menyediakan bilik komputer premium, yang menyediakan komputer khas dari satu jenama sahaja. Bilik premium yang terdapat di sini adalah Alienware, Legion by Lenovo, MSI, Omen by HP, Predator, dan Republic of Gamers. Kadar yang dikenakan untuk zon pengalaman yang terdapat di The Pantheon pula adalah seperti berikut: Zon Komputer – RM5 sejam Zon Komputer Premium – RM7 sejam Zon Simulasi perlumbaan – RM30 sejam Zon Realiti Maya (VR) – RM50 bagi 30 minit Zon Playstation 4 – percuma untuk ahli komuniti yang membuat pembelian makanan dan minum melebihi RM5 Zon yang paling menarik di The Pantheon adalah Auditorium Arena eSukan. Ibarat sebuah zon pertarungan zaman Rom, ia menyediakan kerusi penonton dalam bentuk bulatan, lengkap dengan bilik pasukan, bilik pengulas, bilik video serta bilik menunggu. Tidak syak lagi, ia boleh menjadi lokasi pertandingan eSukan bertaraf antarabangsa. Ini kerana ia telah pun menjadi hos untuk pusingan kelayakan Celcom The Major League serta NVIDIA GEFORCE Esports eXtreme Tournament (GEXT). Bagi memastikan imej positif kepada permainan komputer dan eSukan, The Pantheon hanya menyediakan servis untuk mereka yang berumur 12 tahun dan ke atas sahaja. Mereka yang berumur di bawah 12 tahun, perlukan kebenaran penjaga dan hanya dibenarkan hingga jam 10 malam sahaja. Pelajar yang memakai uniform pula tidak dibenarkan masuk. Waktu operasi The Pantheon pula dari jam 11 pagi hingga 12 malam.

The post The Pantheon arena eSukan terbesar di Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Read Time:29 Second

Perodua Sedang Mengkaji Untuk Menghasilkan Kenderaan Elektrik

Kenderaan elektrik semakin mendapat tempat di pasaran sehingga pengeluar ternama seperti BMW bercadang menghasilkan kenderaan hibrid elektrik sahaja menjelang 2o20. Di Malaysia pengeluar kenderaan nasional kedua Perodua sedang mengkaji untuk menghasilkan kenderaan elektrik mereka sendiri. Ini diumumkan oleh timbalan presiden Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad di Pameran Kereta Tokyo yang sedang berlangsung. Walaubagaimanapun penghasilan kenderaan […]

Read Time:37 Second

(Konsep) Mitsubishi e-Evolution : Evo Kini Berevolusi Menjadi SUV Elektrik

Mitsubishi Evolution ialah kereta yang mempunyai tahap kultus di dalam sukan permotoran selepas menjadi juara WRC beberapa kali di akhir dekad 90an. Ketika kemuncak kepopularan, terdapat ramai pemilik Proton Wira mengubahsuai kenderaan untuk kelihatan seperti sebuah Mistubishi Evo. Sesuai dengan nama Evolution, ia kini sudah berevolusi menjadi kenderaan elektrik. Di Pameran Kenderaan Tokyo, konsep Mitsubishi […]

Read Time:59 Second

Honor Bakal Melancarkan Peranti Nirbingkai Pertama Mereka Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Honor Malaysia hari ini berkongsi beberapa perkembangan syarikat berkenaan di Malaysia, dan pada masa yang sama turut mengambil peluang mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan telefon pintar nirbingkai pertama mereka di Malaysia tidak lama lagi. Honor Malaysia tidak mengumumkan sebarang nama peranti berkenaan. Tetapi, mengikut spekulasi ramai, dan pelancaran terdekat di China, ia berkemungkinan adalah […]

Read Time:47 Second

Apple Dilaporkan Merendahkan Tahap Piawaian Pengimbas Face ID Bagi Meningkatkan Pengeluaran iPhone X

iPhone X ialah peranti tercanggih pernah dihasilkan oleh Apple dengan sistem imbasan wajah Face ID. Sistem imbasan 3D ini dikatakan jauh lebih selamat berbanding Touch ID. Sebanyak 30,000 titik infra merah dipancarkan pada wajah pengguna bagi mengenalpasti identiti mereka. Komponen Face ID inilah yang menjadi sebab mengapa tahap pengeluaran iPhone X dilaporkan bermasalah. Ini adalah […]

Read Time:40 Second

HTC Hadir Dengan Gambar Acah Untuk Peranti Baru – Hadir Dengan Pengimbas Jari Di Belakang

HTC sedia menjadualkan acara pelancaran produk baru mereka pada 2 November kelak. Kini, bersempena dengannya, HTC telah hadir dengan gambar acah untuk acara berkenaan, dan memperlihatkan secara kasar peranti yang bakal dilancarkan. Daripada gambar yang dipertontonkan, ia memperlihatkan penggunaan satu kamera di belakang, dan menyertakan pengimbas cap jari dibelakang. Secara kasar, ia seumpama peranti HTC […]