Berita Menarik

Read Time:54 Second

Apple iPhone X Menerima Skor DxO Sebanyak 97

DxO merupakan salah satu pihak yang membuat ujian penanda aras untuk sokongan kamera pada peranti mudah-alih dan juga pada kamera digital dan sebagainya. Terkini, dengan pelancaran iPhone X, pihak DxO turut telah mengeluarkan skor DxO untuknya, iaitu berjumlah sebanyak 97. Ini adalah skor keseluruhan yang dikeluarkan oleh DxO – meletakkan iPhone X setanding dengan Huawei […]

Read Time:6 Minute, 24 Second

Ulasan Armaggeddon Nuke 9 – Fon Kepala Untuk Permainan Video Mampu Milik

Pendengaran ialah salah satu deria yang diberikan tuhan kepada manusia. Tetapi kami sedari di kalangan gamer ia antara deria yang sering dianaktirikan kerana lebih ramai mementingkan grafik. Di rumah juga kami yakin lebih ramai mempunyai monitor atau televisyen bersaiz besar berbanding sistem audio kelas atasan. Bagi mereka yang mementingkan audio, Armaggeddon Nuke 9 ialah sebuah […]

Read Time:1 Minute, 0 Second

Fungsi GIF Beranimasi WhatsApp Dinyahaktifkan Di Indonesia Bagi Menghalang Kandungan Berunsur Lucah

Media sosial dicipta untuk berkongsi maklumat dengan sahabat handai. WhatsApp misalnya adalah alternatif popular kepada khidmat pesanan ringkas dan digunakan dengan meluas oleh penduduk di Malaysia. Antara fungsi yang ditawarkan ialah perkongsian GIF beranimasi. Di Indonesia kandungan GIF beranimasi tidak lagi diakses selepas menerima amaran dari pihak Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo). WhatsApp diberikan tempoh […]

Impak DFTZ pada ekonomi Malaysia

  Pasti anda semua sudah ternampak singkatan DFTZ di media masa sejak beberapa hari sudah dan mungkin sudah arif tentang maksud akronim ini. Digital Free Trade Zone (DFTZ) atau Zon Perdagangan Bebas Digital Malaysia dikatakan bakal membantu ekonomi negara dengan mengadakan lebih 60,000 peluang pekerjaan. malah memberi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berniaga di peringkat global dan mencapai eksport produk bernilai RM160.95b pada 2025 nanti. Sebut Alibaba, mestilah ada pengasasnya, Jack Ma. Dalam kesibukan, pengerusi eksekutif Alibaba itu sempat ke Malaysia untuk menyaksikan sendiri pelancaran DFTZ baru-baru ini. “Saya percaya ini cuma satu permulaan bagi sebuah kerjasama strategik yang berpanjangan di antara dua negara,” kata Ma. Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ma juga melancarkan KLIA Aeropolis DFTZ Park, hab ePenunaian (eFulfillment) serantau pertama Kumpulan Alibaba di luar China. Hab berteknologi tinggi ini dijangka mampu melunaskan  pelepasan dan pengendalian sempadan dalam tempoh 3 jam dan mencapai 90 peratus Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA) selain meningkatkan operasi Terminal Kargo (CTO) daripada empat jam kepada 90 minit. Seiring dengan hab ePenunaian, satu lagi komponen utama DFTZ ialah ePerkhidmatan (eServices), iaitu platform yang menyediakan perkhidmatan rentas-sempadan untuk memudahkan PKS mendapat kemudahan-kemudahan seperti kewangan, insurans dan pemasaran digital.

The post Impak DFTZ pada ekonomi Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Kononnya Huawei Mate 10 Lite masuk pasaran tapi…

Selepas hebat dengan pelancaran Mate 10, Huawei dalam diam khabarnya melancarkan Mate 10 lite. Namun anda jangan cepat gembira kerana ia hanya dilancarkan di Jerman setakat ini. Sasarannya lebih kepada pasaran Eropah dan ia adalah penjenamaan kepada Nova 2i. Ia dijual pada harga EURO399 atau kira-kira RM1,958 dengan empat warna pilihan iaitu emas, hitam dan biru. Huawei Mate 10 lite beroperasi pada skrin 5.9 inci HD penuh dengan nisbah aspek 18:9 yang bermakna ia tanpa bezel menyamai ciri siri Mate 10 lain. Peranti di Eropah ini beroperasi pada Kirin 659 dengan sokongan RAM 4GB serta setoran dalaman sehingga 64GB. Baterinya pula berkapasiti 3340mAh yang turut menyaksikan Huawei melengkapkannya dengan sistem operasi Android Nougat serta EMUI. Kameranya sudah pasti menyamai Nova 2i yang sudahpun tiba di Malaysia apabila ia datang dengan empat kamera. Dua di belakang berkapasiti 16MP+2MP manakala kamera depan pula 13MP+2MP.

The post Kononnya Huawei Mate 10 Lite masuk pasaran tapi… appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Read Time:33 Second

Aplikasi Samsung Gallery Dikemaskini Dengan Kemampuan Menyorokkan Folder Gambar

Dengan saiz storan yang bertambah, jumlah aplikasi dan gambar yang boleh disimpan di dalam peranti juga bertambah. Ini boleh mengakibatkan terdapat banyak folder tambahan untuk pelbagai aplikasi yang menyemakkan folder galeri gambar. Aplikasi Samsung Gallery telah diberikan kemaskini dan pengguna kini boleh menyorokkan folder gambar tertentu. Kemaskini versi 5.3.14.306 ini perlu dilakukan menerusi aplikasi Galaxy […]

Read Time:45 Second

Kos Menghasilkan Sebuah iPhone X Dianggarkan Sekitar RM1511 Sahaja

iPhone X ialah telefon pintar dengan harga jualan termahal kerana harga mencecah RM 5899 sebuah. Seperti biasa setiap kali model terbaru dilancarkan, ramai yang tertanya-tanya apakah kos sebenar untuk menghasilkan peranti yang dijual pada harga premium ini. Menurut laporan Reuters yang memetik firma TechInsights telah berkongsi anggaran kos penghasilan iPhone X dan ia bermula dari […]

Read Time:37 Second

Google Assistant Kini Boleh Mengenalpasti Muzik Yang Dimainkan

Siri dan Google Assistant ialah dua pembantu maya yang digunakan secara meluas. Salah satu kelebihan Siri berbanding Google Assistant ialah ia mampu mengenalpasti muzik yang dimainkan. Bagi pengguna peranti Android, fungsi mengenalpasti muzik akhirnya mula diberikan kepada pengguna Google Assistant hari ini. Kemaskini terbaru mengaktifkan fungsi pengenalan muzik ini. Pengguna terlebih dahulu perlu memberikan arahan […]

Read Time:35 Second

Syarikat Sebalik WeChat, Tencent Turut Sedang Membangunkan Teknologi Swapandu

Tencent merupakan salah satu syarikat yang bukan asing bagi pengguna tempatan. Mereka mempunyai sejumlah jenama popular dibawah mereka termasuk WeChat, League of Legends, dan sejumlah yang lain. Terkini, ia dilaporkan yang mana Tencent turut sedang membangunkan teknologi swapandu untuk kenderaan. Tencent dikatakan menggunakan kepakaran mereka dalam arena kecerdasan buatan dan juga pemetaan dalam membangunkan teknologi […]