Berita Menarik

Fon kaw kaw Android dalam Asus Zenfone Max Pro M1

Asus mula cergas dalam memperkenalkan produk mereka. Bukan calang-calang apabila terbaru ia melancarkan Zenfone Max Pro M1. Tumpuan pada paparan 18:9 full-HD+ dan bateri besar 5000mAh, seperti biasa mampu bertindak sebagai was powerbank. Ia menggunakan Snapdragon 636 dengan varian RAM 3GB dan storan 32GB atau 4GB+64GB. Berwarna hitam atau perak, Asus Zenfone Max Pro M1 yang mempunyai versi Android 8.1 Oreo dan bakal menerima out-kemaskini Android P dan Android Q. Zenfone Max Pro M1 mempunyai dwi kamera 13 megapiksel dan 5 megapiksel. Manakala kamera depan pula 8 megapiksel. Dengan bateri besar, Zenfone Max Pro M1 datang bersama pengecas 10W. Asus Zenfone Max Pro M1 hanya akan memasuki Malaysia selepas Mei 2018. Di India, Zenfone Max Pro M1 dijual pada harga Rp10,999 (3GB+32GB) anggaran RM647 dan Rp12,999 (4GB+64GB) anggaran RM746.

The post Fon kaw kaw Android dalam Asus Zenfone Max Pro M1 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Kaki renang, panjat gunung boleh cuba Fitbit Versa

Fitbit melancarkan jam pintar model Versa yang disasarkan kepada semua pengguna. Fitbit Versa yang ringan mengakses dan memantau kesihatan anda dan menawarkan solusi kepada tahap sihat yang perlu disesuaikan. Versa mengesan degupan jantung 24/7, ciri onscreen workout, pengesan tahap tidur dan boleh dipadankan dengan Android untuk membalas mesej. Selain itu, ia juga bertindak sebagai dompet melalui Fitbit Pay (belum diperkenalkan di Malaysia) dan mempunyai ketahanan bateri selama 4 hari. Selain itu, ia mempunyai keupayaan kalis air sehingga mampu dibawa masuk ke dalam kolam renang. Pada harga RM990, Fitbit Versa mempunyai beberapa sensor seperti altimeter, 3-axis, kompas digital, GPS, pengesan degupan jantung optikal dan sensor pencahayaan ambien. Pada harga tersebut, anda akan mendapat jam warna hitam dengan kasing hitam atau warna kelabu dengan kasing kelabu. Tali jam pula boleh dipilih berdasarkan warna. Tempoh mengecasnya hanya satu hingga dua jam selain menggunakan sambungan bluetooth 4.0 yang mesra Android, iOS atau Windows. Manakala versi khas pula berharga RM1,120.

The post Kaki renang, panjat gunung boleh cuba Fitbit Versa appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Xiaomi Redmi Note 5 masuk Malaysia

Xiaomi memperkenalkan dua varian Redmi Note 5 bagi pasaran Malaysia iaitu 3+32GB dan 4+64GB. Redmi Note 5 ini diperkuat kamera yang hebat pada harga patut selain menyokong Qualcomm Snapdragon 636. Kamera dwi kamera 12+5 megapiksel mempunyai sensor besar 1.4μm-piksel, AI dan LED Selfie pada kamera depan. Kamera depan beresolusi 13 megapiksel dengan mod potret bersama Beautify 4.0. Mod potret juga boleh digunakan pada kamera belakang. Prosesor Xiaomi 40% lebih baik berbanding Qualcomm Snapdragon 630 sebelum ini dan ia peranti Redmi pertama Xiaomi datang dengan LPDDR4X DRAM, Redmi Note 5 mempunyai skrin 5.99 inci FHD+ 18:9, bateri 4000mAh dan cas pantas . Pada MIUI 9, ia berasaskan Android Oreo dan boleh ditempah di Lazada bermula esok dan ia kemudian boleh dibeli di Mi Store bermula 5 Mei. Redmi Note 5 berharga RM799 (3GB + 32GB) dan RM999 (4GB + 64GB). Tiga warna ditawarkan iaitu biru, emas atau hitam.  

The post Xiaomi Redmi Note 5 masuk Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Asus janji Zenfone Max Pro M1 sampai

Asus mengesahkan untuk mula menjual fon ‘pure’ Android, Zenfone Max Pro M1 ke pasaran Malaysia pertengahan Mei ini. Asus Zenfone Max Pro M1 mencuri tumpuan dengan paparan 18:9 full-HD+ dan bateri besar 5000mAh, seperti biasa mampu bertindak sebagai cas powerbank. Ia menggunakan Snapdragon 636 dengan varian RAM 3GB dan storan 32GB atau 4GB+64GB. Berwarna hitam atau perak, Asus Zenfone Max Pro M1 yang mempunyai versi Android 8.1 Oreo dan bakal menerima out-kemaskini Android P dan Android Q. Zenfone Max Pro M1 mempunyai dwi kamera 13 megapiksel dan 5 megapiksel. Manakala kamera depan pula 8 megapiksel. Dengan bateri besar, Zenfone Max Pro M1 datang bersama pengecas 10W. Asus Zenfone Max Pro M1 hanya akan memasuki Malaysia selepas Mei 2018. Di India, Zenfone Max Pro M1 dijual pada harga Rp10,999 (3GB+32GB) atau kira-kira RM680 dan Rp12,999 (4GB+64GB) iaitu kira-kira RM750.

The post Asus janji Zenfone Max Pro M1 sampai appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Apa nak jadi SKMM? Harapkan pagar, pagar makan padi

Sedang sedap Sam menikmati pisang goreng dan keropok lekor hari ini, tiba-tiba bunyi fon berdering sekali tanda mesej masuk. Hari ini hari yang sibuk. Selain bertalu-talu mesej melalui WhatsApp masuk, panggilan pun tak putus-putus. Banyak urusan penting perlu diselesaikan jadi semua Whatsapp, panggilan si polan dan polan perlu berjawab kemudian sibuk membalas emel yang semuanya dilakukan melalui telefon. Memang mudah zaman IT canggih ini. Berbalik kepada mesej tadi. Sam ingatkan ia datang daripada individu yang penting dan perlu segera dibalas tapi terkejut apabila mesej tersebut berbunyi: “Meraikan 20 tahun Akta Komunikasi & Multimedia 1998. Rakyat terus mengecapi nikmat kemajuan teknologi. Jadilah rakyat digital yang HEBAT!”   Sam terkejut kerana ingatkan ia datang daripada mana-mana telco tapi haaaa…tengok ‘sender’nya, MCMC atau nama penuhnya SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA. Ia sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab tentang hal ehwal komunikasi termasuk berkaitan maklumat peribadi, data dan multimedia. Menerima mesej sedemikian daripada agensi tersebut memang mengecewakan. Kerana apa? Di kala kita melaporkan pelbagai masalah data peribadi yang tidak tahu dari mana bocornya, agensi yang menjadi pendinding sendiri menghantar mesej (SMS) kepada pengguna (dalam kes ini, sayalah). Sam menyemak jika ada rakan lain menerima mesej sama dan memang tepat, Sam tidak keseorangan kerana ada rakan lain turut menerima mesej SMS yang sama. Apa besar isunya menerima SMS? Buat diam atau abaikan sajalah. Mungkin ada yang bertanyakan soalan ini. Benar, kita boleh tutup sebelah mata dan buat bodoh tapi jika ia datang daripada syarikat judi, bank dan sebagainya mungkin boleh was lagi berbuat demikian tapi ini agensi kerajaan yang bertanggungjawab dan dinding kepada maklumat peribadi kita. Meskipun mesej SMS tersebut berminat baik, SKMM (ya SKMM bukan ahlong atau ceti haram) patut mendapat kebenaran terlebih dulu. Lagipun, dari mana SKMM mendapat maklumat (dalam kes ini, nombor telefon Sam)? Hubung kait Sam dengan SKMM hanyalah ketika Sam membuat dua tiga aduan tentang khidmat telco tak memuaskan, kandungan internet dan maklumat peribadi disalahguna. Tup tup SKMM sendiri menyalahguna data yang dihantar kepada pengguna. Sudahlah begitu. Aduan Sam tidak pernah berbalas tapi SMS begins boleh pula dihantar. Sam tak pernah benarkan SKMM menggunakan nombor telefon Sam sebagai lubuk pemasaran. Kalau SKMM pun begini, tak hairan bank-bank dan banyak lagi syarikat yang sewenang-wenangnya menggunakan nombor telefon peribadi ini dan banyak lemak betul. Apa nak jadi pada SKMM ini? Teguran ini datang kerana ada had yang anda sebagai agensi perlu teliti. Ini zaman IT. Undang-undang perlu ada tapi kalau SKMM sendiri melanggar undang-undang yang sedang dikuatkuasakan, kepada siapa lagi kita harus bergantung? Jangan lupa ya, SMS yang di’blast’ begini pastinya memerlukan kos. Berapa kosnya menghantar SMS kepada rakyat? SKMM yang diselia kerajaan pasti beroperasi berdasarkan cukai rakyat. Ingatlah belanja-belanja tu.

The post Apa nak jadi SKMM? Harapkan pagar, pagar makan padi appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Celcom Home Wireless internet laju, video Walla hingga 1TB

Celcom memperkenalkan jalur lebar untuk rumah melalui Celcom Home Wireless. Ia boleh dilanggan serta merta dengan tiga pelan berbeza. Tiga pelan tersebut termasuklah Home Wireless Gold, Home Wireless Gold Plus dan Home Wireless Gold Platinum. Sama ada anda pelanggan baru atau sedia ada, boleh melanggan terus pelan-pelan ini dengan modem percuma yang mudah pasang iaitu hanya masukkan ke soket dan on saja. Pelan Home Wireless Gold berharga RM74.20 sebulan dan anda akan memperoleh kuota data 25GB dan 40GB video Walla. Manakala Home Wireless Gold Plus membolehkan anda mendapat kuota data 50GB dan video Walla 100GB dengan harga RM106 sebulan. Pelan paling tinggi, Home Wireless Gold Platinum pula menyediakan kuota data 150GB dan video Walla sehingga 1TB berharga RM159 sebulan. Semua pelan sudah dikenakan GST dan perlu dilanggan minimum 24 bulan. Celcom memaklumkan, kelajuan internet purata 30Mbps.

The post Celcom Home Wireless internet laju, video Walla hingga 1TB appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Huawei P20 Pro warna Twilight hampirrr tiba

Huawei P20 Pro warna Twilight hampir tiba di Malaysia. Dalam satu iklan teaser dikeluarkan Huawei, ia membayangkan warna tersebut bakal tiba tidak lama lagi. Sebelum ini, TheSkop sudah mendedahkan tarikh pengenalannya menerusi artikel (https://theskop.com/2018/04/akhirnya-huawei-p20-pro-warna-twilight-masuk-malaysia/)namun berlaku perubahan tarikh dan ia dianjak beberapa hari. Ia akan dijual pada harga sama bagi P20 Pro iaitu RM3,299. P20 Pro hadir bersama RAM 6GB serta storan 128GB. P20 Pro dengan 6.1 inci jenis 2240 x 1080 piksel) OLED pada nisbah skrin 18.7:9. Secara keseluruhannya, P20 Pro mempunyai tiga lensa beresolusi 40MP sensor RGB, 20MP sensor monokrom dan 8MP sensor telefoto.

The post Huawei P20 Pro warna Twilight hampirrr tiba appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Tak boleh guna dron

Rakyat dilarang menggunakan dron dan paraglider ketika penamaan calon esok. Ia ditegaskan Datuk Seri Zulkifli Abdullah yang juga Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Kenteraman Awam Bukit Aman. Beliau berkata tindakan akan dikenakan l. “Penggunaan dron dan paraglider ketika proses penamaan calon adalah dilarang di semua pusat penamaan calon di seluruh negara.” Katanya. “Pasukan Gerakan Udara PDRM akan mengawal keselamatan di udara dan sekiranya mana-mana rakyat mahu menggunakan, mereka diminta membuat permohonan menerusi Jabatan Penerbangan Awam.” Penamaan calon akan berlangsung esok di seluruh negara dan rakyat akan mengundi pada 9 Mei 2018.

The post Tak boleh guna dron appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Akhirnya tarikh rasmi Huawei P20 Pro warna Twilight diketahui

Huawei P20 Pro warna Twilight tiba di Malaysia pada 4 Mei namun ia terhad kepada 500 unit saja sebelum dijual secara rasmi pada 4 Jun. Jika anda mahu menjadi 500 individuell pertama memakainya warna menawan tersebut, boleh mendapatkannya di pusat beli belah Pavilion KL pada 4 Mei ini pada pukul 6 petang. Sebelum ini, TheSkop sudah mendedahkan tarikh pengenalannya menerusi artikel (https://theskop.com/2018/04/akhirnya-huawei-p20-pro-warna-twilight-masuk-malaysia/)namun berlaku perubahan tarikh dan ia dianjak beberapa hari. Ia akan dijual pada harga sama bagi P20 Pro iaitu RM3,299. P20 Pro hadir bersama RAM 6GB serta storan 128GB. P20 Pro dengan 6.1 inci jenis 2240 x 1080 piksel) OLED pada nisbah skrin 18.7:9. Secara keseluruhannya, P20 Pro mempunyai tiga lensa beresolusi 40MP sensor RGB, 20MP sensor monokrom dan 8MP sensor telefoto.

The post Akhirnya tarikh rasmi Huawei P20 Pro warna Twilight diketahui appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Komen makcik bawang mungkin takde di Instagram

Instagram memperkemaskan ruang komennya bagi membolehkan pengguna menapis komen yang mengandungi serangan terhadap penampilan atau karektor tuan punya akaun. Malam, teknologi kejuruteraan sosial tersebut mampu menapis serangan terhadap kesihatan pemilik akaun. Penapis komen diperkenalkan tahun lepas yang fokus pada komen berbentuk negatif tetapi tidak lengkap seperti hari ini. Namun setakat ini, penapis anti buli ini hanya sesuai untuk bahasa Inggeris tetapi bahasa lain termasuk bahasa Malaysia akan diperkenalkan tidak lama lagi.  

The post Komen makcik bawang mungkin takde di Instagram appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

No More Posts