Berita Menarik

Read Time:2 Minute, 56 Second

ASUS Memperkenalkan ASUS ROG Phone – Peranti Pintar Khusus Untuk Permua Kelas Atasan

Kebelakangan ini, terdapat pelbagai pembuat peranti pintar yang hadir dengan produk-produk yang dibina khusus untuk tujuan menggerakkan permainan mudah alih. Xiaomi dan Razer dilihat antara dua jenama yang mempopularkan peranti ini, dan nampaknya ASUS bakal memasukkan nama mereka ke gelanggang tersebut. Di acara pengumuman mereka sendiri sebelum acara COMPUTEX Taipei 2018 berlangsung, mereka mengumumkan beberapa […]

Read Time:1 Minute, 48 Second

Aksesori Tambahan Untuk ASUS ROG Phone Diperlihatkan – AeroActive Cooler, TwinView Dock, WiGig Dock Dan Mobile Desktop Dock

Sewaktu pengumuman pihak ASUS mengenai ASUS ROG Phone, pihak ASUS juga dilihat menunjukkan beberapa aksesori yang boleh digunakan dengan palam USB 3.1 Type-C di bahagian tepi peranti pintar tersebut. Palam USB 3.1 Type-C di bahagian tepi ROG Phone ini mampu menyambungkan pelbagai jenis peranti kepada telefon tersebut, termasuklah papan kekunci, tetikus dan juga paparan skrin, […]

Read Time:53 Second

Apple Mengumumkan iOS 12 Untuk iPhone Dan iPad – Memfokuskan Prestasi Lebih Pantas

Apple hari ini telah mengadakan acara WWDC, sekaligus memperlihatkan sejumlah ciri-ciri baru yang bakal hadir ke sistem operasi mudah-alih mereka, iOS. Versi seterusnya akan dikenali dengan nama iOS 12, dan dilihat Apple memfokuskan lebih kepada prestasi melalui sistem operasi akan datang ini. Seperti semua sedia maklum, iOS 12 ditujukan untuk iPhone dan juga iPad. Apple […]

Read Time:23 Second

Apple macOS 10.14 Diumumkan – Dikenali Dengan Nama Kod “Mojave”

Bersama-sama pengenalan iOS 12 yang akan menyusul kepada semua peranti dalam beberapa bulan lagi, pihak Apple turut mengambil peluang untuk memperkenalkan kemaskini bagi sistem operasi perkomputera mereka, iaitu macOS. macOS seterusnya adalah macOS 10.14 yang akan dikenali dengan nama “Mojave”. Seperti ketirisan sebelum ini, “Mojave” hadir dengan sokongan tema gelap yang serba baru dan lebih […]

Read Time:40 Second

Apple Mengumumkan Format Kandungan Realiti-Maya Yang Baru – USDZ

Bersama-sama pengenalan iOS 12, pihak Apple turut membawa kemaskini pada sokongan AR melalui peranti mereka. AR atau realiti-gabungan membolehkan pengguna menggunakan kamera pada peranti mudah-alih untuk mengabungkan paparan dunia nyata dan maya, sekaligus memaparkan sejumlah info tambahan yang berguna, selain digunakan untuk beberapa kandungan interaktif menarik. Pada acara WWDC yang diadakan hari ini, Apple mengambil […]

Lapor kedai, restoran ingkar 0% GST guna aplikasi ini

Selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengatakan masalah sistem menjadi punca harga barang tersalah kira. Sekiranya berlaku, masih ada cara untuk melaporkannya terus dari fon anda dengan aplikasi Ez-ADU yang dibangunkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan masih beroperasi. Aplikasi itu dilengkapi 10 ciri utama dan didatangkan dengan dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Ia turut disambungkan terus kepada media rasmi dan sistem e-aduan KPDNKK serta mesra pengguna kerana mereka dibantu panduan pengguna dipaparkan secara visual. Pengguna hanya perlu mendaftar sekali sahaja dan data diperlukan ialah nama, e-mel, nombor telefon, kata laluan, pengesahan kata laluan dan nombor kad pengenalan. Pengguna boleh menyemak status dan sejarah aduan dikemukakan. Berhubung aduan bergambar, pengguna boleh mengambil gambar dan memuat naik imej berkenaan sebagai bukti kesalahan selain turut disediakan perkhidmatan ‘geotag’ bagi mengenal pasti lokasi kesalahan yang diadu.  

The post Lapor kedai, restoran ingkar 0% GST guna aplikasi ini appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

[PREVIU] Honor 10, pengalaman jujur seorang Faiz

Oleh Faiz Zainal ‘Impression’ pertama masa Faiz pegang tentulah teruja dengan warna yang sangat menawan. Kilauan warna yang menaikkan kecantikannya. Unit yang Faiz uji berwarna Glacier Gray walaupun luarannya nampak seakan warna biru cair tapi Faiz cadangkan anda pilih warna ‘Phantom Blue’ atau ‘Phantom Green’. Benda pertama yang anda pasti tertanya-tanya pasti tentang kamera. Sepanjang menggunakan honor 10 ni, Faiz lebih tertarik dengan swafoto kamera dalam mode ‘potrait’. Fungsinya seakan iPhone X. Bayangkan, harga yang murah dengan fungsi yang power. Faiz sukakan mod ‘classic lighting’ dan ‘stage lighting’ selain turut tersedia tahap beauty yang mencantikkan muka tapi secara peribadi Faiz lebih suka untuk tidak mengaktifkan mod beauty. Untuk kamera belakang, Faiz kurang gemar dengan teknologi AI untuk beberapa objek seperti objek tumbuhan dan objek yang terdedah dengan pengcahayaan. Ini memandangkan gambar yang menggunakan AI menaikkan warna seterusnya menjadikan warnanya nampak tidak asli dan terlalu ‘over exposure’. Faiz lebih gemar off kan mod AI pada kamera belakang. Paling best, ‘face unlock’ 180darjah yang sangat memudahkan. Walaupun fon diletakkan jarak tepi sedikit dari depan muka, face unlock masih dapat membuka fon. Ia bukanlah yang face unlock terpantas tapi Faiz sangat berpuas hati. Dari segi reka bentuk badan, Faiz berpendapat anda ‘wajib’ pakai kasing kalau sayangkan fon kerana Honor 10 ni agak mudah tergelincir apabila memegangnya. Tambahan lagi, bahagian belakang yang berbentuk lengkung atau curve di bahagian sisi seperti yang ada pada Samsung Note 5 membuatkan Honor 10 terasa nipis sedikit berbanding Honor 9 sebelum ni.      

The post [PREVIU] Honor 10, pengalaman jujur seorang Faiz appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

[PREVIU] OnePlus 6, apa yang hebat sangat dengan RAM 8GB?

Oleh Faiz Zainal Menggunakan OnePlus 6, previu awal Faiz yang boleh dikongsi setakat ini tentang prestasi dan kelajuan. Diakui, Faiz berpuas hati dengan OnePlus 6 namun perlu diingatkan, ia fon dengan RAM 8GB. Segala jenis game Faiz ‘download’ dan cuba main. Ternyata memuaskan jika dilihat daripada aspek harganya yang berbaloi atau affordable berbanding fon ‘flagship’ lain. Antara yang menarik perhatian Faiz, ‘gesture bar’. Sekurangnya, dapat juga merasa pengalaman mengguna iPhone X dengan harga yang murah. Ia bukan pasal iPhone saja tapi OnePlus 6 memudahkan Faiz yang tidak berapa ‘navigation bar’ secara peribadi kerana ia mengganggu pandangan di paparan skrin. OnePlus 6 — Pengalaman ‘hard use’ selama 2 hari: 1. Speaker masih kurang memuaskan (no stereo) 2. Kepuasan main game tahap maksimum 3. Panas yang agak melampau berbanding 5T 4. Bukanlah fon yang fokus pada kamera 5. Kepuasan tonton video kerana skrin yang besar 6. Kelajuan bertukar apps yang memuaskan 7. Ketahanan bateri yang memuaskan 8. Kelajuan Dash Charge yang memudahkan 9. Face unlock dan fingerprint yang laju. Korang mungkin perlu aktifkan ‘Face Unlock Assisitive Lighting’ kalau dalam situasi yang sangat gelap dan brightness yang rendah. Nota tambahan – pagi tadi sebelum mandi bateri yang sedang Faiz cas 2% namun selepas bersiap pakai baju seluar, Faiz terus tengok fon. ‘Amazing’nya dah sampai 80% dalam masa kurang dari 50 minit. Faiz akui ketahanan bateri dia tidaklah sebagus Razer Phone dan Huawei P20 Pro yang mempunyai kapasiti 4000mAh tapi cukup tahan main PUBG 1 game + tonton YouTube + Twitter + Facebook masa bateri tinggal separuh malam tadi dan sebelum tidur, masih berbaki 10%.

The post [PREVIU] OnePlus 6, apa yang hebat sangat dengan RAM 8GB? appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Huawei hilang akal raya ini tawar hadiah sampai RM6 juta

Karnival 2 hari bermula 9 hingga 10 June ini menjadikan Huawei menggila dengan hadiah keseluruhan bernilai RM6 juta ditawarkan kepada pengguna. Antara hadiah ditawarkan termasuk 20 unit kereta Perodua Axia, 60 unit fon PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate 10 dan banyak lagi. Ia sesuai dengan promosi Hari Raya ‘Gaya Raya Bersama HUAWEI’ ketika anda membeli produk Huawei. Tambahan pula, tiada lagi cukai GST yang menjadikan harga lebih murah ditawarkan. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengunjungi 20 hotspot & 4 platform e-dagang:   Hotspot Lokasi penebusan   Hotspot Lokasi penebusan Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur HUAWEI Experience Store, Lot S-005, 2ndFloor   Taiping Sentral Mall, Perak Tingkat bawah Plaza Low Yat Kuala Lumpur Tingkat bawah   Central Square, Perak Tingkat bawah Digital Mall Seksyen 14, Selangor Tingkat bawah   City Plaza & UTC, Kedah Lot CPGF-CC03, Sungai Besar, Selangor No.47,Jalan SBBC 7, Sungai Besar Business Centre   Prangin Mall, Pulau Pinang M Concept Store, Lot 33-G-52, Ground Floor Sunway Pyramid, Selangor Asian Avenue Entrance   Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang UG Floor The Mines, Selangor West Court   Bukit Indah, Johor HUAWEI Experience Store Lot S10 KB Mall, Kelantan IT Section   Kluang Parade, Johor Tingkat bawah Kuantan Parade, Pahang Tingkat bawah   Melaka AEON Bandaraya, Malacca CG Computer Sdn Bhd, Lot S53 Mydin/ Giant Terengganu Tingkat bawah   VMall.my Kompleks Karamunsing, Sabah Tingkat bawah   Lazada.com.my Wisma Saberkas, Sarawak Tingkat bawah   11Street.com.my Ipoh Parade, Perak Tingkat bawah   Shopee.com.my   Tawaran hadiah percuma membeli fon pula:   Model Harga Hadiah Percuma HUAWEI P20 (HUAWEI VIP Card) RM2,452.00 HUAWEI Body Fat Scale (bernilai RM186) HUAWEI P20 Pro (HUAWEI VIP Card) RM3,112.00 HUAWEI Mate 10 RM2,169.00 HUAWEI Body Fat Scale (bernilai RM186) HUAWEI Mate 10 Pro RM2,924.00 HUAWEI nova 3e RM1,320.00 HUAWEI Wooden Bluetooth Speaker (bernilai RM120) HUAWEI nova 2i RM942.00 HUAWEI nova 2 lite RM659.00  

The post Huawei hilang akal raya ini tawar hadiah sampai RM6 juta appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Cantiknya Honor 10 bukan pada AI saja

Kecantikan dalam AI. Kenyataan tersebut nampak biasa namun sekiranya anda sedang memegang Honor 10 boleh membayangkan makna sebenar kecantikan. Ringkasnya, Honor 10 sebuah telefon pintar dengan kamera Ai 24 megapiksel, rekaan Aurora pada bahagian belakang, 5.84 inci Honor FullView dan pengimbas cap jari ultrasonic di bawah gelas. Honor 10 mengembalikan kenangan penciptaan gelas pada abad ke-7 apabila gelas yang dicipta di Syna (Murano) iaitu sebuah pulau yang berhampiran Venice, Itali menjadi pusat produksi gelas artistik terkemuka dunia. Pereka-pereka Honor berjaya menggabungkan nilai kasih sayang dan semangat dalam rekaan fon hasil inspirasi pada lapisan demi lapisan yang dipasang pada Honor 10. Lebih 15 lapisan proses menjadikan body Honor 10 menyerlah dan hasilnya sangat minimalis dengan teknik industri dan proses kejuruteraan yang komplikated seterusnya menghasilkan rekaan yang kemas dan terperinci. Honor 10 mempunyai dwi lapisan gelas coating belakang dengan gasket nano scale. Rekaannya dibuat di Paris Aesthetics Center yang menggabungkan warna Phantom Blue dan Phantom Green menghasilkan warna yang cantik pada rekaan Honor 10. Apabila bercakap dengan pengimbas cap jari ultrasonik pula, ia membawa maksud ia mampu mengimbas jari dengan pantas meskipun jari anda mungkin basah atau kotor apabila permukaan sensor ini datang daripada gel silikon yang mengesan dengan pantas jari anda. Dua kamera Ai di belakang menukar seorang yang amatur kepada jurugambar profesional. Kamera utama dengan AI dibantu prosesor Kirin 970 di mana ia mampu mengesan 500+ senario melalui 22 kategori dalam masa sebenar. Antara yang pantas dikesan termasuklah langit, tanaman, manusia dan air terjun kemudian mengesan pula lokasi gambar dirakam. AI pada kamera juga pula mengesan pelbagai objek dalam satu imej gambar. Ia mengubah tetapan kamera anda secara automatik untuk membantu meningkatkan skil seperti gambar landskap. Paparan warna akan disesuaikan dengan visual yang vivid seolah ia dirakam mata anda. Merakam gambar makanan pun sama apatah lagi ia antara aktiviti utama dilakukan dengan fon anda. Ciri potrait lighting juga ciri baru yang menarik untuk menghasilkan potret bokeh. Dengan AI, sebaik ia merakam gambar anda, ia akan mengesan wajah dan secara automatik juga mengesan posisi dan skala antara individu dan latar belakang kemudian menetapkan gambar pada bokeh yang sesuai. Dalam potrait lighting juga terdapat pencahayaan yang benar-benar sesuai untuk gambar-gambar yang kreatif. Misalnya, soft lighting, split lighting, butterfly lighting, stage lighting dan classic lighting. Kamera depan pun tidak kurang hebatnya apabila kamera 24 megapiksel tersebut mempunyai keupayana mengesan wajah 3D, optimumkan perincian pada wajah, mengesan lebih banyak poin dalam wajah untuk ketepatan muka manusia. Kemudian, ada pula groufie yang merakam gambar beramai-ramai kemudian latar belakang dikaburkan secara automatik. Ya! Ia dilakukan dengan Honor 10. Gambar-gambar yang dirakam akan disusun kemas dalam fail melalui Smart Gallery memudahkan anda melihat kembali dan mengaitkannya dengan memori yang anda ingat. Honor 10 mempunyai bateri 3400mAh dengan Honor Super Charge 5V/4.5A mampu mengecas 50% dalam masa 25 minit saja. EMUI 8.1 pintar pula menghasilkan Easy Talk yang membuang bunyi bising ketika anda sedang berbual di telefon. EMUI 8.1 juga membenarkan pembuka telefon dengan 180 darjah mengesan wajah untuk membukanya. Lagi menarik? Harganya kini hanya RM1,599. Bayangkan dengan pelbagai ciri menarik, harganya masih berbaloi-baloi untuk dimiliki. Mahu beli? Klik https://shopee.com.my/honormy.officialstore?utm_source=skop&utm_medium=adv https://www.hihonor.com/my/index.html?utm_source=skop&utm_medium=adv

The post Cantiknya Honor 10 bukan pada AI saja appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com