Berita Menarik

Xpax bawa K-Pop masuk Malaysia

Xpax (Celcom) mempersembahkan sebuah kumpulan gadis hot dari Korea Selatan – Twice dan menawarkan tiket VIP untuk dimenangi sempena TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park di Kuala Lumpur, untuk tempoh waktu terhad. Xpax membawakan pengalaman Xtra hebat kepada peminat K-pop iaitu dengan menawarkan tiket Zon Xpax (Fantasy Zone) PERCUMA ke TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park, termasuk peluang eksklusif untuk sesi ‘Hi-Touch’ bersama anggota TWICE semasa konsert. Peminat TWICE berpeluang untuk mendapatkan tiket PERCUMA Xtraordinary ini dengan melanggan Peranti Pascabayar Xpax (umur 25 tahun ke bawah), dan menjawab soalan mudah serta melengkapkan slogan mengenai TWICE. Xpax menyokong semua jenis genre muzik, selepas ia melancarkan jenama ciri khas gandingan SonaOne dalam muzik rap baru-baru ini. Sebagai sebuah jenama, Xpax memberikan kebebasan menjadi diri sendiri Xactly You dan meraikan keajaiban muzik. Dalam usaha berterusan untuk memberikan pengalaman pelanggan yang hebat, pengguna kini mempunyai peluang untuk menikmati keistimewaan VIP Xclusive dengan artis-artis Kpop kegemaran mereka di Malaysia, Xactly seperti yang mereka mahukan. Pengguna Pascabayar Xpax akan menikmati diskaun lebih 50% untuk pembelian telefon pintar bersama pelan peranti Pascabayar Xpax, atau serendah RM29 sebulan melalui pelan pascabayar EasyPhone™ Xpax. Dipersembahkan oleh Xpax dan dianjurkan oleh iMe Malaysia, TWICELAND ZONE 2 – Fantasy Park di Kuala Lumpur akan diadakan pada 28 Julai (Sabtu), 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam. TWICE adalah sebuah kumpulan gadis Korea yang dibentuk di bawah JYP Entertainment dan menjadi terkenal selepas pelancaran single “Cheer Up” mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk memenangi tiket PERCUMA ke TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park, lawati halaman Facebook Xpax (www.facebook.com/xpaxfb) atau kunjungi mana-mana cawangan bluecube Celcom di seluruh negara. Tiket peraduan adalah terhad.

The post Xpax bawa K-Pop masuk Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Harga Huawei Nova 2 Lite turun lagi

Huawei melakukan kejutan dengan menurunkan lagi harga model telefon Huawei Nova 2 Lite. Kini, harga tersebut turun lagi kepada RM659, penurunan kali ketiga sempena Hari Raya ini. Sebelum ini, ia berharga RM799 dan kemudiannya diturunkan ke RM754. Huawei Nova 2 Lite mempunyai paparan penuh berdimensi tinggi (HD) 5.99 inci jenis FullView dan sistem dwikamera. Bayangkan dengan harga itu, anda boleh strim video pada nisbah skrin 18:9 hasil skrin 5.99 inci pada telefon bersaiz 5.5 inci saja. Takut ‘lag’? Operasi telefon bersama RAM 3GB dengan ROM 32GB. Rekaannya juga cantik di mata pengguna sama seperti dutanya, Hannah Delisha. Set dwikamera belakang 13 megapiksel + 2 megapiksel manakala kamera satu kamera depan 8 megapiksel.

The post Harga Huawei Nova 2 Lite turun lagi appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Read Time:54 Second

Google Play Store Kini Terima Bayaran Melalui Paysafecard

 

KUALA LUMPUR – Perniagaan prabayar Paysafe atau Paysafecard kini diterima sebagai antara kaedah pembayaran di Google Play Store, membuka pintu kepada era digital untuk jutaan pelanggan.

Paysafecard adalah platform yang disediakan Paysafe Group iaitu pembekal perkhidmatan pembayaran terkemuka di dunia.

Sebagai app store bagi peranti Android yang diperakui, Google Play Store menawarkan pelanggan tanpa kad kredit atau perkhidmatan perbankan digital atau yang tidak mahu memasukkan data kewangan mereka dalam talian atas sebab keselamatan, membayar secara dalam talian menggunakan Paysafecard.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata Paysafecard membolehkan pengguna yang memilih atau perlu menggunakan wang tunai untuk membayar secara dalam talian dengan mudah dan selamat menggunakan PIN 16 digit bagi menyelesaikan transaksi pembayaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Paysafecard, Udo Mller berkata Risiko penipuan dan perkongsian data peribadi dalam talian masih membimbangkan ramai pengguna.

Justeru Paysafecard sebagai kaedah untuk membayar di Google Play Store. Kini adalah masa yang tepat untuk membolehkan pengguna dan kedua-dua syarikat mendapat manfaat. 

Paysafecard kini boleh didapati di 46 negara dan terdapat lebih 600,000 cawangan jualan di seluruh dunia.

Maklumat lanjut, layari https://www.paysafecard.com/en-gb/.

((BERNAMA))

Read Time:2 Minute, 33 Second

Hidrogel “Nata de coco” Boleh Digunakan untuk Menghasilkan Nanozarah Ferum Oksida #MudahnyaBacaJurnal

Oleh: Azwan Mat Lazim, PhD Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia Artikel ini merupakan ringkasan dari makalah berikut: Mellissa Andarini, Maryam Mokhtarom, Bohari M. Yamin, M. Cairul Iqbal M. Amin, Izzatti Hassan & Azwan Mat Lazim. “Aplikasi Hidrogel daripada Selulosa Bakteria (BC-g-PAA) sebagai Nanoreaktor bagi Menghasilkan Nanozarah Ferum Oksida (FeNps)” Sains Malaysiana 46(10)(2017): 1789–1795. […]

Read Time:1 Minute, 28 Second

Saintis Muda Malaysia Juara Dunia Fame Lab International 2018

CHELTENHAM, UNITED KINGDOM: Saintis muda daripada Malaysia, Dr. Siti Khayriyyah Mohd Hanafiah, mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai juara dunia di pertandingan FameLab International 2018 yang mengambil tempat di United Kingdom baru-baru ini. Beliau berjaya menawan hati panel juri dan memukau beratus-ratus penonton di The Arena, Cheltenham melalui pembentangan beliau berkenaan penggunaan pasangan antibodi-antigen untuk […]

Read Time:55 Second

Kecerdasan Buatan Dengan “Masalah Sakit Jiwa” Berjaya Dihasilkan Setelah Diajar Membaca Reddit

Tekanan hidup adalah antara faktor jumlah pesakit jiwa meningkat sekali ganda sejak sedekad lalu di Malaysia. Kini dianggar 30% rakyat negara ini mengalami masalah mental. Jika manusia terdedah dengan masalah sakit jiwa, adakah kecerdasan buatan turut boleh mengalami masalah yang sama? Jawapan kepada soalan ini adalah ya selepas kecerdasan buatan dengan masalah sakit jiwa dibangunkan […]

Read Time:1 Minute, 35 Second

Siri Baru Easy UPS Dari Schneider Electric Kini Di Malaysia

Tenaga elektrik merupakan tenaga yang penting dalam kehidupan seharian. Banyak peranti, kelengkapan rumah, malah operasi seharian bergantung padanya dan bagi setiap perniagaan dan perusahaan, sumber tenaga elektrik diperlukan setiap masa dan sebarang gangguan elektrik mampu merugikan syarikat. Malah untuk gangguan elektrik selama sejam mampu merugikan syarikat sebanyak USD 100K dalam potensi kerja dan perniagaan. Beberapa […]

Read Time:41 Second

Yahoo! Messenger Akan Ditamatkan Pada 17 Julai 2018

Yahoo! Messenger merupakan salah satu perkhidmatan sembang yang popular sekitar sedekad yang lepas. Namun, dengan populariti aplikasi perkhidmatan permesejan mudah-alih seperti WhatsApp dan lain-lain yang meningkat naik, populariti perkhidmatan Yahoo! Messenger atau dikenali YM! semakin menurun dari hari ke hari. Terkini, pihak Yahoo! mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan perkhidmatan permesejan Yahoo! Messenger pada 17 […]

Read Time:35 Second

Apple Disaman Kerana Didakwa Mencuri Rekaan Logo

Pada acara WWDC 2018, Apple telah memperkenalkan Siri Shortcuts. Ia membenarkan pengguna menetapkan arahan suara tersendiri untuk mengarahkan Siri melakukan sesuatu aksi. Apple disaman oleh Shift kerana logo Siri Shortcuts didakwa dicuri daripada mereka. Jika anda lihat logo di atas, logo Siri Shortcuts mempunyai banyak persamaan dengan logo Shift. Dari segi warna dan gabungan dua […]