Berita Menarik

Read Time:45 Second

Lenovo P52 Hadir Dengan Spesifikasi Berkuasa, Termasuk Sehingga 128GB RAM

Lenovo mempunyai sejumlah penawaran komputer riba bertaraf workstation berkuasa dibawah jenama ThinkPad. Hari ini, menambah penawaran dibawahnya, Lenovo telah pun hadir dengan ThinkPad P52. Dengan fokus sebagai workstation, komputer riba ini menyertakan sejumlah spesifikasi yang tinggi – termasuk menggunakan cip Intel Xeon dan kad grafik NVIDIA Quadro P3200. Komputer riba ini juga hadir dengan memori […]

Read Time:31 Second

Apple Menambah Sokongan Untuk Info Berkaitan 2018 FIFA Piala Dunia Pada Siri

Bagi para peminat bola sepak seluruh dunia, semestinya salah satu acara yang dinantikan adalah 2018 FIFA Piala Dunia. Selari dengannya, sejumlah syarikat juga turut menambah sokongan informasi berkaitan acara yang diadakan 4 tahun sekali tersebut. Tidak ketinggalan adalah Apple, dimana kini mereka akan turut menawarkan info berkaitan 2018 FIFA Piala Dunia melalui Siri. Penawaran ini […]

Read Time:39 Second

Maybank Ingin Mempopularkan Penghantaran Wang Sesama Rakan Menggunakan QR Melalui My Raya QR

Maybank pada awal tahun ini telah mula memperkenalkan sokongan Maybank QR Pay yang memudahkan pengguna untuk membayar di kedai menggunakan imbasan kod QR – sekaligus membawa kepada gaya hidup nirtunai. Kini, selain daripada hanya digunakan untuk membayar kedai, Maybank juga ingin mempopularkan penggunaan ciri lebih kurang sama untuk penghantaran wang sesama rakan dan ahli keluarga. […]

Apple Support mula diperkenal di Malaysia

Kami mencuba sendiri aplikasi Apple Support yang mula diperkenalkan di Malaysia selepas penulis, Xavier Naxa mengesan kehadiran aplikasi tersebut. Boleh rujuk kepada gambar perbualan sokongan khidmat pelanggan yang cekap dan pantas. Xavier Naxa menulis, akhirnya setelah bertahun rakyat Malaysia terpaksa berhubung dengan Apple melalui web dan telefon. Hari ini pihak Apple telah memperkenalkan aplikasi Apple Support khas untuk memudahkan anda untuk membuat sebarang aduan atau kerosakan. Aplikasi ini sangat bermanfaat kepada anda dan anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk berhubung dengan mereka. Aplikasi ini boleh dimuat turun dalam aplikasi AppStore dengan menggunakan kata kunci Apple Support. Semoga kemudahan yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada anda secara total. Muat turun sekarang : https://itunes.apple.com/us/app/apple-support/id1130498044?mt=8

The post Apple Support mula diperkenal di Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Takde ‘network’ masa raya? Ini caranya

Masalah untuk membuat panggilan dan menghantar mesej boleh berlaku terutama pada waktu puncak seperti pada musim perayaan. Hari Raya Aidilfitri bakal tiba dan pasti ramai pengguna yang akan menghubungi keluarga dan rakan-rakan untuk menghantar ucapan dan berkongsi gambar atau berita bagi menyambut hari tersebut. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), sebanyak 43.5 juta pengguna melanggan perkhidmatan selular mudah alih bagi suku pertama 2018, dan sebanyak 1,668 juta SMS telah dihantar dalam tempoh tersebut. Menyedari masalah telekomunikasi akibat kesesakan rangkaian yang mungkin akan berlaku kepada kebanyakan pengguna semasa hari raya nanti, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) berkongsi tip yang boleh dilakukan pengguna jika mengalami masalah kesesakan rangkaian pada telefon mudah alih.  Pengguna perlu memahami bagaimana telefon mudah alih yang digunakan tidak berfungsi dengan baik jika berada di kawasan yang mempunyai ramai pengguna telekomunikasi. Banyak peranti mudah alih yang akan bersaing untuk mendapatkan sambungan pada rangkaian yang sama. Rangkaian akan menjadi terbeban apabila ramai yang mengunakan aplikasi yang memerlukan peruntukan data yang banyak seperti perkongsian foto dan video. Pengguna juga perlu tahu bagaimana untuk mengenal pasti sama ada telefon mengalami masalah liputan atau kesesakan rangkaian. Jika tanda aras liputan pada telefon masih menunjukkan sekurang-kurangnya 50 peratus, ini bermakna telefon masih berada di dalam kawasan liputan penyedia perkhidmatan anda. Namun jika telefon mudah alih masih tidak berfungsi, telefon tersebut gagal disambungkan ke rangkaian disebabkan kesesakan yang berlaku. Pengguna juga perlu tahu jika telefon mudah alih tidak berfungsi dalam jangka masa yang lama, ia berkemungkinan disebabkan oleh masalah kesesakan rangkaian. Apabila berlakunya masalah kesesakan rangkaian, ia boleh memberi kesan kepada prestasi peranti mudah alih pengguna seperti penurunan kelajuan data. Dalam situasi seperti ini, pengguna mungkin menunggu masa yang lebih lama untuk melayari laman web atau melengkapkan muat turun disebabkan telefon terpaksa berkongsi kapasiti jalur lebar bersama-sama dengan ramai pengguna yang lain. Pengguna juga akan mengalami masalah seperti gagal membuat panggilan atau panggilan terputus walaupun telefon mempunyai isyarat disebabkan rangkaian tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menyambungkan panggilan. Masalah mesej tidak dapat dihantar atau diterima juga akan terjadi apabila berlaku kesesakan rangkaian walaupun telefon mempunyai liputan yang baik. Jika rangkaian mudah alih telah memenuhi kapasitinya, penghantaran mesej juga akan gagal. “Penggunaan rangkaian komunikasi kita boleh ibaratkan seperti menggunakan jalan raya atau lebuh raya. Pada hari-hari biasa, kapasitinya mencukupi untuk digunakan oleh semua tetapi apabila musim perayaan, lebih banyak kereta akan menggunakan jalan yang sama dan ini akan menyebabkan kesesakan terutamanya di kampung-kampung,” kata Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff. Walau bagaimanapun, CFM yakin bahawa semua Penyedia Perkhidmatan akan terus memastikan masalah gangguan perkhidmatan berlaku pada tahap minimum atau pun tidak ada sama sekali. Tambah beliau, perkongsian tip ini adalah untuk memberikan pengguna maklumat sebagai alternatif untuk mereka menangani masalah kesesakan rangkaian yang berkemungkinan berlaku semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti agar mereka terus dapat berhubung dengan orang tersayang. Berikut adalah tip-tip CFM bagi pengguna untuk menangani masalah kesesakan rangkaian:   Tukarkan sokongan data mudah alih anda kepada rangkaian 3G atau 2G berbanding 4G/LTE. Pengguna akan mengalami data yang lebih perlahan dengan penggunaan rangkaian 2G atau 3G tetapi ia adalah alternatif yang berkesan apabila rangkaian 4G mengalami kesesakan. Cuba keluar dari rumah jika anda berada di dalam rumah. Atau anda mungkin perlu bergerak ke tempat lain daripada kawasan yang mempunyai kepadatan pengguna mudah alih yang tinggi jika anda perlu membuat panggilan atau menhantar mesej penting. Hadkan panggilan telefon jika tiada kes kecemasan, dan cuba untuk menghantar teks mesej sahaja kerana teks lebih mudah dihantar berbanding panggilan telefon. Sekiranya anda gagal membuat panggilan telefon, tunggu 10 saat sebelum membuat panggilan semula. Elak menggunakan aplikasi yang memerlukan peruntukan data yang banyak seperti perkongsian foto dan video, terutama sekali memuat naik video HD atau penstriman video. Tutup sebarang aplikasi yang berjalan di latar belakang (penggunaan data di belakang layar) dan pantau jumlah data yang digunakan. Nyah-aktifkan kemaskini atau penyelarasan data (data sync) secara automatik pada aplikasi lain. Contohnya, aplikasi e-mel yang sentiasa mengemas kini secara automatik dengan akaun pengguna yang boleh memperlahankan penggunaan data oleh aplikasi-aplikasi lain untuk mengakses rangkaian. Sekiranya anda perlu membuat panggilan video, sebaik-baiknya gunakan Wi-Fi dan elakkan penggunaan rangkaian selular. Gunakan aplikasi melajukan internet seperti Internet Speed Master, Internet Booster & Optimizer. Tanya orang di sekeliling anda jika mereka menghadapi masalah yang sama. Jika mereka menghadapi masalah sama dan menggunakan penyedia perkhidmatan yang sama seperti anda, kebarangkalian itu adalah disebabkan masalah kesesakan rangkaian. Pastikan bateri telefon anda tidak hampir kosong. Restart telefon anda jika masih mengalami masalah yang sama.

The post Takde ‘network’ masa raya? Ini caranya appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

[TIP] 5 perkara anda perlu elak ketika beraya

Beraya memang seronok, tambah lagi bila dapat cuti panjang dan peluang bertemu ramai saudara dan kenalan. TheSkop ingin cadangankan beberapa etika teknologi yang diharap dapat mengindahkan lagi penghujung Ramadan dan Syawal anda:   1. Berhenti sebelum buat tetapan Sebelum memandu, kalau nak tetapkan destinasi di navigasi Waze atau Google Maps, buatlah ketika kenderaan tidak bergerak. Bukan saja anda dapat fokus pada pencarian alamat dalam aplikasi, ia juga membantu mengurangkan penggunaan bateri sebab taklah tercungap-cungap telefon nak kesan kedudukan anda. Yang penting, SELAMAT!   2. Salam sebelum swafoto Bila bertemu, janganlah asyik nak berselfie je. Bersalam dan bertanyalah khabar dulu, kemudian baru tangkap gambar, swafoto dan bergosip. Lagipun wajah tampak lebih ceria selepas anda dan rakan berbual dan bergelak ketawa beberapa kali mengenangkan telatah zaman dahulu.     3. Dulukan perut sebelum Instagram Waktu makan pula, tak perlulah nak ambil gambar semua juadah yang ada dan terus muat naik di Instagram. Cukuplah sekadar juadah yang jarang benar dijumpa. Kemudian, tak perlulah lama-lama menggayakan flat lay di meja makan. Orang lain lapar, OK? Kalau nak tambah-nilai pada posting anda, hashtag saja nama juadah dan klik butang POST. Cepat dan mudah.   4. Gunakan buku telefon Kalau berjumpa kenalan yang jarang sekali bersua, ambillah peluang menyimpan nombor telefon atau akaun media sosial: Facebook, Twitter dan Instagram. Tapi, kalau ada yang keberatan nak memasukkan nama anda dalam senarai akaun media sosial, janganlah terasa pula. Bukan setiap orang suka bersosial atas talian, hormatilah keputusannya. Lagipun bila ada nombor telefon, harapnya selalulah berhubung one-on-one dan bersua muka.   5. Tanya dulu jangan paksa masuk Mungkin anda dan dia sama sekolah, sama tingkatan malah sekelas; tapi dia tak ada dalam kumpulan Whatsapp kelas anda yang selalu kecoh bersembang. Jangan terus masukkan nombornya ke dalam grup, kerana anda baru menerima nombor telefonnya. Sebaiknya tanya dulu empunya badan, mahu turut serta bersembang atau tidak. Bukan apa, sesetengah pengguna Whatsapp sudah ada terlalu banyak grup yang disertai, entah-entah dia bosan melihatnya. Rugi saja menambah masuk dia kalau dia cuma akan tekan pilihan ‘Mute for One Year‘ nanti.

The post [TIP] 5 perkara anda perlu elak ketika beraya appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Toyota labur Grab berbilion

Toyota Motor Corp (Toyota) melabur kira-kira RM3.9 bilion dalam syarikat Grab yang diasaskan rakyat Malaysia. Ia sekaligus menjadikannya pelaburan terbesar diterima Grab daripada sebuah pengilang kereta. Toyota dalam Grab berdasarkan keyakinan mereka terhadap penggunaan mobiliti dan peluasan khidmat O2O seperti GrabFood dan GrabPay di rantau ini. Grab beroperasi di 217 bandar di lapan negara Asia Tenggara dan menawarkan khidmat pengangkutan, penghantaran makanan dan bungkusan, bayaran online dan khidmat kewangan melalui aplikasi mudah alih Grab.

The post Toyota labur Grab berbilion appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Read Time:2 Minute, 39 Second

Kucing SIAM

Kucing Siam adalah baka natif yang dijumpai di Thailand. Ia adalah antara baka kucing Asia yang agak terkenal di Barat suatu ketika dahulu. Jika anda pernah menonton kisah Wizard of Oz, mungkin perasan kehadiran seekor kucing Siam yang mengganggu konsentrasi Toto sehinggakan Dorothy tertinggal kapal! BAKA KUCING SIAM Kucing siam memiliki corak bulu yang unik. […]

The post Kucing SIAM appeared first on Root of Science.

Read Time:3 Minute, 37 Second

Tentang RASA…

Rasa pahit, masam, manis, masin… Antara kenikmatan hidup adalah dapat menikmati pelbagai rasa makanan setiap hari. Bayangkan kalau segalanya tawar sahaja atau cuma satu rasa sahaja? Tentu bosan. Tetapi bagaimana sebenarnya lidah kita dapat merasai kepelbagaian rasa tersebut? Pernahkah anda terfikir? TENTANG LIDAH Lidah adalah organ yang membantu keupayaan manusia untuk merasa. Cuba lihat permukaan […]

The post Tentang RASA… appeared first on Root of Science.

Read Time:3 Minute, 28 Second

Kucing PUTIH Tidak Semestinya Albino!

Ramai yang memiliki kucing putih mulus. Ramai yang menyangka bahawa mereka memiliki kucing albino. Sebenarnya, tanggapan ini adalah tidak tepat. Tidak semestinya kucing putih memiliki mutasi pada gen yang menghasilkan pigmen. ALBINISM Keadaan albino adalah disebabkan kegagalan tubuh menghasilkan pigmen yang memberikan warna pada kulit atau bulu. Gen yang menghasilkan pigmen sama ada oren atau […]

The post Kucing PUTIH Tidak Semestinya Albino! appeared first on Root of Science.