Berita Menarik

Read Time:33 Second

OnePlus Mengumumkan Sokongan Dua Tahun Untuk Kemaskini Perisian, Tambahan Setahun Untuk Sekuriti

OnePlus hari ini telah berkongsi lanjut mengenai perancangan mereka dalam penawaran kemaskini perisian untuk peranti mereka. Melalui maklumat yang dikongsikan, OnePlus mengatakan akan menawarkan sokongan kemaskini perisian untuk peranti mereka selama dua tahun sejak ia dilancarkan – yang mana secara tidak langsung memberikan maksud pengguna peranti berkenaan akan menerima kemaskini dua versi Android. Tambahan daripadanya, […]

Read Time:36 Second

OnePlus Menyasarkan Untuk Hadir Dengan Telefon Pintar 5G Pada 2019

Dengan persaingan sengit dalam arena telefon pintar, pelbagai pengeluar ingin hadir dengan sesuatu ciri baru dengan lebih pantas pada penawaran peranti mereka. Kini, bercakap pada acara Mobile World Congress Shanghai, pengasas OnePlus dipetik mengatakan kepada PCMag yang mana mereka menyasarkan untuk hadir dengan telefon pintar 5G pada tahun hadapan. OnePlus akan menggunakan cip Qualcomm pada […]

Read Time:51 Second

Perkhidmatan Penstriman DC Universe Akan Beroperasi Pada Penghujung Tahun Ini

Pada Mei yang lalu, perkhidmatan penstriman DC Universe diumumkan. Ia bakal menawarkan penstriman filem, siri TV, animasi, komik, dan produk eksklusif kepada peminat komik DC. Hari ini mereka mengumumkan perkhidmatan akan beroperasi pada musim luruh akan datang iaitu sekitar Oktober. Antara kandungan awal yang ditawarkan kelak ialah filem Superman lakonan Christopher Reeves, filem Batman arahan […]

Read Time:40 Second

Instagram Stories Kini Digunakan Lebih 400 Juta Pengguna Setiap Hari

Instagram Stories merupakan salah satu format perkongsian yang telah diperkenalkan pada perkhidmatan perkongsian gambar dan video berkenaan sebelum ini. Melaluinya, ia membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video yang hilang selepas tempoh 24 jam. Hari ini, berkongsi statistik semasa, Instagram mengumumkan Instagram Stories kini digunakan oleh 400 juta pengguna seluruh dunia setiap hari. Angka ini boleh […]

Read Time:42 Second

Instagram Kini Membolehkan Anda Menambah Lagu Pada Perkongsian Instagram Stories Anda

Dengan populariti Instagram Stories yang semakin meningkat dari hari ke hari, pihak Instagram turut menyertakan pelbagai bentuk perkongsian baru pada Stories. Hari ini, perkhidmatan sosial berkenaan mengumumkan pengenalan sokongan muzik pada Instagram Stories. Melalui ciri baru ini, pengguna boleh menambah “sticker” berbentuk muzik pada perkongsian Stories – sekaligus membolehkan pengguna menambah lagu latar pada perkongsian […]

Digi anjur Futsal di 14 gelanggang, tawar hadiah terbesar di Malaysia

Digi Telecommunications Sdn Bhd menganjurkan kejohanan futsal terbesar di Malaysi la yang akan diadakan di 14 gelanggang futsal di seluruh negara bermula Julai ini dan akan berakhir dengan pusingan akhir di bulan November dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM150,000 tunai. Selain Digi, turut menganjurkan termasuklah jenama telefon pintar global Vivo dan syarikat insurans hayat Great Eastern Life Assurance bersama pengeluar minuman halal Etika, jenama sukan terkenal PUMA dan rangkaian media Astro Radio. Digi menjemput warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 30 tahun untuk mengambil bahagian dalam kejohanan Raja Futsal yang telah dilancarkan hari ini dan merebut peluang untuk memenangi wang tunai sebanyak RM100,000, hadiah utama yang terbesar pernah ditawarkan dalam pertandingan futsal di Malaysia setakat ini.   Memanfaatkan kemeriahan musim bola sepak antarabangsa yang sedang berlangsung kini, kejohanan Raja Futsal Digi akan menggalakkan para peminat futsal untuk berubah dari hanya melepak di sofa ke gelanggang futsal dan beraksi di pusingan kelayakan negeri yang akan diadakan di seluruh negara dari Julai hingga Oktober, sebelum berakhir dengan acara kemuncaknya iaitu Pusingan Akhir yang akan diadakan di Lembah Klang pada November ini.   Dalam masa 4 bulan ini, 64 pasukan dari setiap 13 negeri dan Wilayah Persekutuan akan berentap di pusingan kelayakan peringkat negeri di mana empat pasukan terbaik akan menerima hadiah wang tunai beserta pingat dan hadiah. Dua kumpulan terbaik dari setiap negeri pula akan mara ke Pusingan Akhir di mana pertaruhannya lebih tinggi. Empat pasukan terbaik di Pusingan Akhir akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, RM20,000 dan RM2,500 (2 pasukan untuk tempat ke-3), beserta pingat dan hadiah.   Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran Digi berkata, “Sebagai penyedia perkhidmatan digital dengan jumlah pelanggan yang terbesar di Malaysia, adalah penting bagi Digi untuk terus berhubung dan kekal relevan kepada para pelanggan kami. Seperti yang kita sedia maklum, sukan mampu menyatukan rakyat Malaysia dan kami telah memilih futsal yang merupakan salah satu daripada cabang sukan yang sememangnya terkenal di kalangan remaja dan orang dewasa di Malaysia, sebagai satu platform untuk terus bersama para pelanggan kami. Kejohanan ini turut memberi peluang kepada mereka untuk  mempamerkan kemahiran di samping berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang hebat.”   “Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan penganjur yang komited untuk menjayakan kejohanan Raja Futsal yang pertama ini. Kejohanan ini merupakan contoh yang terbaik bagaimana Digi bekerjasama dengan industri-industri lain untuk kekal relevan kepada para pelanggan dan terus menghubungkan mereka kepada sesuatu yang bermakna bagi mereka,” tambah beliau.   Pusingan Akhir Raja Futsal akan berlangsung dalam acara seakan karnival dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan tanpa henti untuk orang ramai.    

The post Digi anjur Futsal di 14 gelanggang, tawar hadiah terbesar di Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Read Time:44 Second

Facebook Membatalkan Pembangunan Dron Yang Menawarkan Rangkaian Internet

Pada tahun 2014 Facebook memulakan projek menawarkan akses internet kepada pengguna seluruh dunia menggunakan dron. Sistem sistem High Altitude Platform Station (HAPS) ini menjadikan dron sebagai tulang belakang bagi memancarkan rangkaian internet ke kawasan pedalaman yang terpencil. Mereka mengambil alih syarikat Ascenta yang kemudian menghasilkan dron Aquila yang melakukan dua ujian penerbangan. Projek pembangunan dron […]

Read Time:39 Second

Shotsnapp Memudahkan Anda Hadir Dengan Gambar Olokan Untuk Aplikasi Dan Web

Sekiranya anda seorang pembangun web atau aplikasi, ada kalanya anda ingin hadir dengan gambar olokan (mock-up) untuk aplikasi atau web yang anda bangunkan. Kebiasaannya, ia boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa perisian. Tetapi, kini dalam memudahkan lagi proses berkenaan, salah satu aplikasi berasaskan web yang hadir daripada pembangun tempatan adalah Shotsnapp. Shotsnapp merupakan aplikasi berasaskan web, […]

Read Time:1 Minute, 17 Second

Acer Membawa Masuk Desktop Acer Nitro 50 Dan Laptop Acer Nitro 5 Yang Dikuasakan Intel Ke Pasaran Malaysia

Di acara Acer Global Press Conference di New York pada bulan lalu, Acer turut mengumumkan kehadiran sebuah komputer desktop berdasarkan siri Nitro, iaitu Acer Nitro 50. Dari segi spesifikasi, desktop Acer Nitro 50 ini dilengkapi dengan CPU Intel Core i7 generasi kelapan Coffee Lake, memori DDR4 sebanyak 8GB dan gabungan storan SSD 128GB dan cakera […]