Berita Menarik

Read Time:49 Second

Nokia 6.1 Dan 8110 Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 6 Julai Pada Harga Bermula Dari RM 285

Telefon pintar Nokia 6.1 dan telefon penghasilan semua model klasik Nokia 8110 diperlihatkan secara rasmi ketika acara MWC 2018 yang berlangsung Februari yang lalu. Kedua-dua peranti akan akhirnya akan ditawarkan secara rasmi di Malaysia bermula esok, 6 Julai 2018. Seperti kami laporkan sebelum ini. Nokia 6.1 dijual pada harga RM 1100 manakala Nokia 8110 dijual […]

Read Time:39 Second

Google Membuka Pendaftaran Untuk Pembangun Malaysia Menyertai “Indie Games Accelerator”

Di Malaysia, terdapat sejumlah pembangun bebas yang membangunkan permainan ringkas untuk peranti mudah-alih. Kini, Google ingin membantu para pembangun bebas dalam terus kembangkan pengetahuan dan menjana pendapatan dengan lebih baik lagi, Google hadir dengan program yang dinamakan sebagai Indie Games Accelerator. Dibuka untuk pembangun bebas dari Malaysia, anda akan berpeluang melalui bootcamp eksklusif di Singapura […]

TM patut semak lagi harga dan kelajuan – Gobind

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yang baru mahu Telekom Malaysia (TM) memastikan semua rakyat mendapat internet murah dan bukan golongan tertentu saja. Semalam, TM mengumumkan harga Internet murah ditawarkan kepada golongan B40 atau golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah RM3,900 ke bawah. “Saya akan semak perkara ini. Dalam masa yang sama, perlu ditekankan bahawa qualiti perkhidmatan jalur lebar ini mesti pada tahap tinggi dan setanding dengan perkhidmatan yang dibekalkan oleh syarikat lain diseluruh dunia,” kata Gobind. Pada masa sama, Gobind juga mahu Internet murah ini ditawarkan kepada semua pelanggan dan bukan pelanggan baru saja. TM telah mengumumkan pelan baru tetapi untuk pengguna baru saja manakala pengguna lama dijangka harga kekal dengan kelajuan ditambah. “Saya menerima baik cadangan TM ini. Ini langkah permulaan yang baik. Walaubagaimana pun, saya harap TM boleh menimbangkan pelan yang boleh membawa manfaat kepada semua golongan pada harga yang rendah dan juga kelajuan yang lebih tinggi.” Jelas Gobind. Gobind juga mahu tawaran ini diperkasakan bukan saja pada Unifi tetapi Streamyx memandangkan ramai juga pengguna luar bandar yang tidak memiliki Unifi.

The post TM patut semak lagi harga dan kelajuan – Gobind appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Tarikh Oppo Find X masuk Malaysia

Flagship telefon Oppo Find X bakal  memasuki pasaran Malaysia dua minggu lagi. 17 Julai dipilih sebagai tarikh pelancaran fon yang mempunyai slot kamera unit ini. Mungkin tiada apa yang istimewa pada Oppo Find X baru bersaiz 6.4 inci selain ia muat dalam genggaman tangan meskipun saiznya besar.   Telefon dengan nisbah 93.8% pada keseluruhan paparannya tiada notch untuk kamera dan sensor menggembirakan sesetengah pengguna yang jengkel dengan fungsi notch. Jadi bagaimana kamera depan beroperasi? Oppo Find X mempunyai satu ciri unik yang kekal sejak Find diperkenalkan iaitu kamera dari belakang yang timbul dengan cara ia slide masuk apabila aplikasi kamera diaktifkan. Fungsi tersebut sama dengan sejarah sebaik model Find mula-mula diperkenalkan Oppo dulu. Apabila kamera depan naik, rekaan lengkapnya seakan Samsung Galaxy S9 Plus dengan lengkung di tepi dan bulat di bucu. Ia mempunyai paparan jenis OLED dengan resolusi 1080 piksel dengan pengimbas wajah 3D. Oppo Find X mempunyai prosesor Qualcomm Snapdragon 845. RAMnya pula memang berkuasa tinggi dnegan 8GB. Storan pun memang gila apabila ia terus kepada kapasiti maksimum iaitu 256GB.

The post Tarikh Oppo Find X masuk Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Samsung buka kedai online pertamanya di Malaysia

Samsung membuka stor onlinenya yang pertama melalui www.samsung.com/my. Sebelum ini, laman tersebut hanya memaparkan maklumat produk-produk dan aksesori saja. Serentak pembukaan pertamanya, pengguna yang membeli fon atau tablet menerusi laman web ini akan menerima sebuah powerbank 5100mAh berharga RM249 secara percuma. Tawaran tersebut sah sehingga 31 Julai 2018 saja. 

The post Samsung buka kedai online pertamanya di Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Read Time:6 Minute, 28 Second

Penggunaan Bahan Radioaktif dalam Perubatan

Oleh: Muhammad Aminuddin Said Pegawai Sains Fizik, Institut Kanser Negara Terapi menggunakan bahan radioaktif dalam perubatan merupakan salah satu teknik yang sudah lama digunakan sejak awal 1940-an lagi. Bahan radioaktif, selalunya dinamakan radionuklid dalam ilmu perubatan, sering digunakan untuk  memberikan sinaran radioaktif kepada sel kanser atau tisu yang tidak normal atau mengurangkan kesakitan pada pesakit. […]

Read Time:47 Second

Rekaan Samsung Galaxy Note 9 Tertiris Dengan Kedudukan Pengimbas Cap Jari Diubah

Tarikh pelancaran Samsung Galaxy Note 9 telah diketahui berlangsung pada 9 Ogos hadapan. Turut diketahui ialah ia akan menggunakan bateri sebesar 4000 mAh dan S-Pen dengan sokongan Bluetooth. Hari ini rekaan peranti ini akhirnya tertiris menerusi imej pengolokan oleh pengeluar kerangka Olixar. Perubahan rekaan hanya dapat dilihat pada kedudukan pengimbas cap jari yang kini terletak […]

Read Time:34 Second

Tiada Lagi Bayaran Deposit Dikenakan Untuk Menggunakan Mobike Di China

Perkhidmatan perkongsian basikal di Malaysia kini masih di skala kecil. Terdapat banyak masalah dilaporkan seperti basikal yang tidak diletakkan kembali dengan sempurna dan ada juga yang dicuri. Di China persaingan perkhidmatan perkongsian basikal ini semakin hangat. Bagi kekal kompetitif, Mobike yang menawarkan perkongsian basikal ini tidak lagi memerlukan pengguna meletakkan deposit untuk menggunakan perkhidmatan. Langkah […]

Read Time:44 Second

Huawei Mengesahkan Bakal Hadir Dengan Telefon Memfokuskan Permainan Pada Tahun Ini

Arena permainan mudah-alih (permua) semakin popular pada masa kini. Terdapat sejumlah pengeluar peranti yang telah hadir dengan telefon pintar memfokuskannya, termasuk Asus, Xiaomi, Razer dan juga Honor. Hari ini, pada acara media khas bersama pihak Huawei, Jim Xu (Presiden Pemasaran dan Jualan Huawei) mengesahkan yang mana Huawei turut sedang membangunkan sebuah telefon pintar memfokuskan permua. […]

Read Time:50 Second

Kuo – iPhone 2018 Akan Dilancarkan Dalam Warna Kelabu, Putih, Biru, Merah Dan Oren

Model terbaru iPhone biasanya dilancarkan pada bulan September dan tahun ini tiga model dipercayai akan dilancarkan. Dua dengan skrin OLED dan sebuah lagi dengan skrin LCD yang dijual pada harga lebih mampu milik. Menurut peramal terkemuka produk Apple Ming-Chi Kuo, tahun ini iPhone dengan skrin LCD ini bakal dilancarkan dalam lima pilihan warna. Pilihan warna […]