Berita Menarik

Read Time:1 Minute, 14 Second

Samsung Galaxy S10 Dan S10 Plus Dijangka Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

Walaupun Samsung hanya dijangka memperkenalkan Galaxy S10 pada Februari 2019 kelak, namun, desas-desus awal mengenai telefon pintar berkenaan telah pun kedengaran satu demi satu. Terkini, laporan baru hadir melalui TheBell mengatakan Samsung akan menyertakan pengimbas cap jari pada skrin di Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus. Pengenalan pengimbas cap jari pada skrin ini sedia dijangka […]

Beli rokok kat 7E, minum Starbucks tanpa guna duit

Razer Pay menjadi e-dompet terbaru di Malaysia dan boleh digunakan di kedai serbaneka, 7-Eleven. Hasil kerjasama dengan taiko besar konglomerat perniagaan Berjaya Holdings juga membolehkannya digunakan di restoran Kenny Rogers dan Wendy’s Aplikasi secara percuma di App Store dan Google Play tersebut bekerjasama dengan Institusi perbankan seperti CIMB, Maybank dan RHB Bank. Sebelum menggunakan telefon pintar terbabit untuk pembayaran, pengguna perlu menetapkan aplikasi dengan memeriksa kesesuaian akaun bank masing-masing. Selepas itu, mereka perlu log masuk dalam akaun Razer Pay dan mewujudkan nombor PIN baru sebelum mengesahkan kad dengan pihak bank hanya melalui telefon pintar atau mendapatkan pembelian kredit di 7 Eleven. Untuk melakukan pembelian pula, mereka hanya perlu membuka aplikasi di telefon pintar yang memaparkan kod maya sebelum terus melakukan pengesahan melalui pin. Seterusnya, pengguna hanya perlu mengimbas  kod QR bagi menyelesaikan bayaran sebelum resit dikeluarkan.

The post Beli rokok kat 7E, minum Starbucks tanpa guna duit appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Cantiknya warna baru Samsung Galaxy S9, S9+

Samsung memperkenalkan Galaxy S9 dan Galaxy S9+ warna Sunrise Gold yang menyerlah bahagian belakang yang berkilau keemasan.  Ia boleh dibeli sekarang di kedai Samsung Experience atau online di Samsung Malaysia pada harga RM3,109 (64GB) dan RM3,769 (128GB). Sebelum ini, tiga warna ditawarkan iaitu hitam, biru dan ungu di Malaysia. Galaxy S9 dan Galaxy S9+ lengkap kamera dengan sistem yang membezakan terang atau gelap merubah apertur f2.4 kepada f1.5 pada waktu gelap. Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ turut datang dengan Super Slo Mo 960fps. Super slo mo juga boleh dijadikan fail GIF dan lebih menarik, wallpaper bagi peranti Galaxy S9 dan Galaxy S9+. Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang dengan emoji AR yang lebih realistik malah anda boleh mencipta emoji dengan wajah sendiri. S9 mempunyai skrin 5.8 inci QuadHD+ curved super AMOLED 18.5:9 manakala Galaxy S9+ pula 6.2 inci dengan format sama. Galaxy S9 mempunyai kamera 12MP AF di belakang dengan 8MP f1.7 di depan tapi Galaxy S9+ lebih hebat dengan dwi kamera (lengkap OIS) dengan satu lensa sudut lebar 12MP manakala satu lagi telefoto 12MP f2.4. Kamera depan Galaxy S9+ lengkap 8MP f1.7. Galaxy S9 dan Galaxy S9+ masing-masing mempunyai bateri berkapasiti 3000mAh dan 3500mAh.

The post Cantiknya warna baru Samsung Galaxy S9, S9+ appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Read Time:56 Second

Laptop Gaming Lenovo Legion Y530 Dikatakan Bakal Hadir Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1160 – Hadir Dengan 6GB VRAM

Desas-desus mengenai kehadiran kad grafik terbaru daripada NVIDIA nampaknya semakin hangat. Minggu lalu kemi melaporkan bahawa PCB prototaip kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1180 tertiris di arena internet, dan pada kali ini, nampaknya kita akan dapat melihat sedikit butiran mengenai kad grafik yang bakal hadir untuk rekaan laptop pula. Baru-baru ini, laman web ulasan komputer […]

Read Time:46 Second

Facebook Dilaporkan Akan Menerbitkan Rancangan Realiti Dibintangi Cristiano Ronaldo

Siapakah pemain bola sepak terbaik di dunia sekarang? Bergantung kepada pasukan mana yang anda sokong, jawapan ini akan berbeza dari individu ke individu. Saya secara peribadi merasakan gelaran ini sesuai diberikan kepada Christiano Ronaldo, pemain bola sepak Portugal yang bermain untuk kelab Real Madrid. Menurut laporan Variety, beliau akan kelak membintangi siri realiti yang diterbitkan […]

Read Time:35 Second

Xiaomi Mungkin Melancarkan Sebuah Lagi Pengecas Tanpa Wayar

Xiaomi Mi MIX 2S adalah telefon pintar Xiaomi pertama yang menyokong pengecasan tanpa wayar. Sewaktu pelancaran, Xiaomi turut melancarkan sebuah pengecas tanpa wayar Qi dengan kuasa 7.5 watt. Hari ini tertiris di laman Wireless Power Consortium – sebuah pengecas tanpa wayar Xiaomi yang baru telah disahkan. Dari segi rekaan ia dilihat lebih tebal daripada apa […]

Read Time:30 Second

Honor Play Bakal Memasuki Pasaran Tempatan

Bulan lepas, Honor telah melancarkan sebuah telefon pintar yang memfokuskan permua – Honor Play. Hari ini, Honor Malaysia telah terbitkan poster acah di laman Facebook rasmi mereka – menunjukkan peranti ini bakal hadir ke pasaran tempatan. Honor Play dijana dengan cip pemproses Kirin 970 – iaitu yang sama digunakan pada Huawei P20 dan Honor 10. […]

Read Time:34 Second

Semua Peranti Xiaomi Dengan Android Oreo Akan Menerima Sokongan LDAC

LDAC adalah teknologi audio tanpa wayar yang diperkenalkan oleh Sony. Ia boleh digunakan melalui sambungan Bluetooth. Sokongan LDAC ini akan hadir pada semua peranti Xiaomi yang menjalankan Android Oreo. Buat masa ini, fungsi LDAC ini hadir dalam MIUI versi pembangunan untuk pengguna di China. Menurut sumber, fungsi ini akan diteruskan sehingga kesemua versi MIUI Andorid […]

Read Time:47 Second

Huawei Y6 Prime 2018 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM584

Huawei melancarkan sebuah lagi peranti kelas permulaan untuk pasaran Malaysai hari ini. Huawei Y6 Prime ialah model kemaskini kepada Y6 (2018) yang diumumkan untuk pasaran tempatan pada bulan April yang lalu. Ia boleh dimiliki pada harga RM584 sebuah. Huawei Y6 Prime (2018) hadir dengan skrin 5.7-inci HD+ dengan panel pada nisbah 18:9, dijana menggunakan cip Snapdragon […]