Berita Menarik

Read Time:1 Minute, 50 Second

Leapfrog Bakal Mengedarkan Produk Podcast Thronmax Ke Malaysia

Setiap tahun Leapfrog Global, syarikat yang menghasilkan siri aksesori yang popular seperti SonicGear, Armaggeddon, Audiobox dan bermacam lagi mengadakan acara Megatrends mereka bagi berkongsi mengenai produk terbaru dari syarikat mereka. Pada hari ini, mereka telah berkongsi dalam acara tersebut dengan mengenai kehadiran produk Thronmax untuk pasaran tempatan. Thronmax merupakan produk yang dikhususkan untuk pengguna melakukan […]

Read Time:1 Minute, 0 Second

Elysium Lebih Dari Sekadar Audio – Kini Membawakan Papan Kekunci Mekanikal

Elysium merupakan siri peranti-peranti dari Leapfrog yang tampil dengan corak dan kemasan yang tampak premium. Dari segi rekaan, ia mempunyai tema rekaan yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan siri lain seperti Armaggeddon dan juga Albatross. Pada pengumuman tahun ini, mereka telah menampilkan 2 ahli baru dalam siri Elysium, iaitu dua fon kepala dengan Bluetooth 5.0 […]

Read Time:1 Minute, 8 Second

Siri Baru Papan Kekunci Xplorer & Jellybean Diperkenalkan Alcatroz

Dunia peranti mudah alih dilihat tidak kunjung padam tidak seperti komputer dan komputer riba yang boleh dikatakan mengalami penurunan dari segi penjualan global. Pengedar-pengedar aksesori komputer juga kini telahpun menukar fokus utama, dan turut menghasilkan aksesori untuk peranti mudah alih. Alcatroz merupakan satu jenama dibawah Leapfrog telahpun melancarkan beberapa papan kekunci yang disasarkan untuk kegunaan […]

Read Time:1 Minute, 14 Second

Papan Kekunci Mekanikal Terbaru Dari Armaggeddon Diperkenalkan – MKA 13R & MKA 11R

Hanya jauhari yang mengenal manikam. Dan hanya perwira papan kekunci yang menggemari papan kekunci mekanikal. Ini kerana papan kekunci mekanikal memberikan maklumbalas yang lebih responsif dari papan kekunci biasa. Jenama dibawah Leapfrog yang memfokuskan peranti aksesori untuk perwira papan kekunci dalam dunia permainan adalah Armaggeddon dan pada acara Leapfrog Megatrends, mereka telah memperkenalkan dua papan […]

Read Time:34 Second

Honor 10 Telah Terjual Lebih 3 Juta Unit Setakat Ini

Honor merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dikalangan pengguna tempatan. Terkini, Honor mengumumkan yang mana pada tahun ini jenama mereka memperlihatkan pertumbuhan lebih 150% dari segi angka jualan berbanding pada tahun lepas pada peringkat global. Berkongsi sama, Honor mengatakan yang mana Honor 10 telah terjual lebih 3 juta unit sejak ia dilancarkan. Honor […]

TM had kuota pelanggan Unifi B40

TM hanya menawarkan kuota 60GB untuk Unifi Basic yang ditawarkan kepada pelanggan pada pelanggan dengan kelajuan 30Mbps. Ia disasarkan kepada pengguna B40 atau  isi rumah RM4,500 ke bawah pada harga RM79 sebulan untuk pendaftaran baru saja. Tempahan bermula 15 Julai ini.  Manakala pelanggan Unifi sedia ada akan ditambah kelajuan 10 kali ganda dengan harga yang kekal. Pelanggan 20Mbps akan menerima kelajuan baru 100Mbps, 30Mbps (ke 300Mbps), 50Mbps (ke 500Mbps) dan 100Mbps (ke 800Mbps). Pelan yang dinamakan Turbo ini akan dilaksanakan secara automatik kepada pelanggan Unifi sedia ada dan Streamyx yang ditukar secara automatik ke Unifi bermula 15 Ogos.  Lebih 340,000 pelanggan Streamyx akan terlibat dalam penukaran kepada Unifi.

The post TM had kuota pelanggan Unifi B40 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Read Time:2 Minute, 12 Second

Pakar Perubatan UKM, Wanita Pertama di Malaysia Terima Anugerah Fellow of the American College of Endocrinology

Oleh Asmahanim Amir Foto Shahiddan Saidi CHERAS, Jun 2018 – Pakar Endokrinologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Kampus Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Norlela Sukor menjadi wanita pertama di Malaysia menerima Anugerah Fellow of the American College of Endocrinology. Beliau menerima anugerah itu atas pengalamannya yang luas dalam bidang diabetis dan endokrinologi […]

Read Time:58 Second

Alcatroz Menampilkan Tetikus Dengan Permukaan Seumpama Batu Sungai – Pebble Air

Tetikus merupakan aksesori terpenting pada komputer. Sesiapa sahaja yang membeli komputer desktop, pasti akan mencari tetikus. Malah jika pengguna tidak mahir menggunakan pad sesentuh pada laptop, maka tetikus juga yang menjadi pilihan jadi permintaan terhadap tetikus tidak pernah berkurang selagi mana komputer desktop dan laptop tidak pupus. Alcatroz merupakan satu lagi siri aksesori dari Leapfrog […]

Read Time:39 Second

Risalah Promosi Samsung Galaxy Note 9 Tertiris Menunjukkan Rekaan Panel Belakang Dan Stylus

Samsung Galaxy Note 9 akan dilancarkan di New York pada 9 Ogos hadapan. Seperti biasa imej pengolokan dan spesifikasi peranti akan mula tertiris semakin hampir ke tarikh pelancarannya. Hari ini gambar risalah promosi phablet ini telah tertiris menunjukkan rekaan bahagian belakang dan stylus. Dari apa yang dapat dilihat ia mengesahkan pengimbas cap jari kini terletak […]

Read Time:29 Second

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition Bakal Ditawarkan Dalam Pilihan 6GB/128GB Dan 4GB/64GB

Bagi mereka yang mahukan peranti dengan rekaan unik, Xiaomi Mi 8 Explorer Edition mungkin boleh disenarai pendekkan. Peranti ini mempunyai panel belakang lutsinar yang menunjukkan komponen dalamannya. Ketika dilancarkan penghujung Mei lalu, ia hanya ditawarkan dengan memori sebesar 8GB dan storan 128GB. Dua model baru Mi 8 Explorer Edition mungkin akan dilancarkan kelak selepas kedua-duanya […]