Berita Menarik

[TEST PRODUK] ASUS Zenfone Max Pro (M1), berbaloi atau tidak?

Android yang sangat pure! Dalam ASUS Zenfone Max Pro (M1). Betul, ia kategori telefon pertengahan dengan prosesor Qualcomm Snapdragon 636 sangat hebat untuk game tapi sayang… Mengambil tema ‘limitless game’, ASUS membawa Zenfone Max Pro (M1) ke Malaysia bermodalkan set cip, skrin penuh FullView 5.99 inci HD+ dan nisbah aspek 18:9 di samping bateri berkapasiti 5000mAh yang tahan lama. Ya, Zenfone Max Pro ini boleh dikira telefon khusus untuk game. Dicipta untuk memenuhi keperluan ‘gamer mobile’ yang menawarkan pengalaman bermain permainan lebih optimum. Pada model ini, ASUS masih mempertahankan reka bentuk konservatif pada Zenfone iaitu bezel penuh bukan ‘notch’. Bahagian skrin mempunyai nisbah 18:9 yang sangat standard untuk fon pada zaman moden sekarang, lengkap dengan gelas lengkung 2.5D yang agak melengkung tepi. Badan Zenfone Max Pro tersusun atas bahan aluminium logam dengan dimensi 159 x 76 x 8.5mm dan berat 180 gram. Jujurnya, badannya yang agak tebal itu sudah pasti terkesan dengan bateri 5000mAh yang tertanam di dalam. Skrin yang luas ini sudah pasti menghasilkan pemandangan game yang menguntungkan terutama jika permainan yang dimainkan MOBA, Battle Royale atau PUBG yang memerlukan skrin besar dan lebar. Lagipun, bermain game memang selesa pada mata kerana penampilan FullViewnya juga menyala sangat terang hingga 450nits. Dukungan nisbah kontras 1500:1 memberikan sudut pandang yang lebih jelas ke arah skrin. Pada antaramukanya, ASUS sememangnya perlu mengorbankan antaramuka ZenUI yang mewah filter. Sebaliknya, Zenfone Max Pro (M1) menggunakan versi Android tulen 8.1 Oreo dengan patch pada bulan April 2018. Hasilnya, ia memperlihatkan reka bentuk yang benarbenar bersih dan kurang bloatware. Sisi positifnya, antaramuka bersih ini menghasilkan operasi fon yang ringan jadi prestasinya sangat lancar secara konsisten. Sam berharap akan lebih banyak lagi kemaskini baru dibawa Android dalam masa terdekat. Satu-satunya yang bikin kecewa pada Zenfone Max Pro versi RAM 3GB ini adalah kamera. Penguji difahamkan Zenfone Max Pro (M1) RAM 6GB dibekalkan kamera 16 megapiksel dan 5 megapiksel serta kamera depan 16 megapiksel. Sementara itu, varian RAM 3GB dan 4GB hanya menggunakan kamera 13 megapiksel (f/2.2) dan 5 megapiksel (f/2.4) untuk menghasilkan ‘depth of field’ dan kamera depan 8 megapiksel (f/2.2). Bagaimana kualitinya? ASUS tidak lagi bergantung pada kamera Pixel Master tetapi menggunakan kamera Snapdragon. Ciri kamera yang ada, memilih kesan dan mod burst, HDR, potret, landskap, olahraga, bunga, lampu latar, cahaya lilin, matahari terbenam, malam, pantai dan salji. Dua ciri yang penguji berpendapat baik pada mod potret untuk mengambil gambar dengan bokeh yang berkesan, fokus subjek yang terperinci dan latar belakang menjadi kabur sehingga menjadikan subjek menjadi jelas sebagai fokus utama. Kemudian, keindahan mod dilengkapi dengan ciri ‘beuatifikasi’ langsung yang secara pantas mencantikkan foto anda. Hasil bidikannya? Dalam keadaan luar dengan cahaya ideal, pendedahan dan warnanya kelihatan bagus, mod HDR juga mampu meningkatkan dinamik sehingga dapat menangkap detail lebih baik. Sayangnya, kualiti gambar turun mendadak di bawah cahaya yang kurang, warna agak pucat dan kehilangan detail yang cukup signifikan manakala autofocus pula semakin lambat. Kalau untuk rakaman video, Zenfone Max Pro (M1) mampu merekam dalam format 4K. Uniknya kita boleh menyingkirkan audio, sesuai untuk mengambil video ‘footage’ misalnya. Jadi, apakah berbaloi memiliki ASUS Zenfone Max Pro (M1)? Boleh dikatakan, ia sangat jelas Zenfone Max Pro wujud untuk melawan Xiaomi Redmi Note 5. Mereka sama-sama menawarkan spesifikasi tinggi dengan harga kompetitif.   POSITIF+ Prestasi yang pantas Antaramuka yang bersih Sangat berbaloi dengan harganya (RM699) walaupun RAM hanya 3GB Paparan 18:9 yang vibran Bateri lamaaaaaaa NEGATIF- Kualiti kamera Sensor cap jari yang agak perlahan   BINTANG (5): ****

The post [TEST PRODUK] ASUS Zenfone Max Pro (M1), berbaloi atau tidak? appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Read Time:55 Second

Peranti Huawei Dihalang Memuat-Turun Aplikasi Pemain Media VLC Daripada Play Store

Pemain media VLC merupakan salah satu pemain media popular dengan sokongan pelbagai format media, dan turut menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik seperti sokongan Chromecast dan sebagainya. Walaubagaimanapun, berita sedikit mendukacitakan kepada pengguna peranti Huawei. Pembangun aplikasi VLC hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menyenarai-hitam peranti Huawei daripada boleh memuat-turun aplikasi pemain media VLC daripada Play […]

Read Time:43 Second

Google Melancarkan Beta Terakhir Untuk Android P – Pelancaran Versi Akhir Bakal Menyusul

Google telah menawarkan versi pembangunan Android P sejak beberapa bulan lepas. Hari ini, Google telah pun melancarkan Android P Beta 4 – sekaligus menjadikan ia versi pembangunan terakhir sebelum pelancaran rasmi Android P tidak lama lagi. Android P bakal menyertakan sejumlah sokongan baru, termasuk integrasi kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin dengan lebih menyeluruh, termasuk untuk […]

Read Time:34 Second

Dropbox Kini Memudahkan Anda Mencari Dan Menambah Fail Terus Dalam GMail

Google melalui GMail sebelum ini telah menyatakan sokongan untuk pihak ketiga mengintegrasikan perkhidmatan terus ke klien emel berasaskan web berkenaan. Kini, lanjutan daripadanya, hari ini Dropbox mengumumkan sokongan pemalam khusus untuk GMail. Melalui pemalam ini, pengguna boleh menambahnya ke akaun GMail anda, sekaligus memudahkan anda untuk mengakses dokumen dan fail daripada Dropbox terus pada tetingkap […]

Read Time:42 Second

Butiran AMD Ryzen 5 2500X Tertiris Melalui Spesifikasi Baru Acer Nitro 50 – Hadir Dengan Empat Teras Dan Kelajuan 3.6GHz

Komputer desktop Acer Nitro 50 diumumkan buat pertama kalinya di acara [email protected] di New York beberapa bulan dahulu. Spesifikasinya termasuklah CPU Intel generasi kelapan dan juga kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050. Terkini, nampaknya terdapat sebuah spesifikasi baru komputer Acer Nitro 50 ini, dan ia nampaknya hadir dengan sebuah CPU AMD Ryzen generasi kedua yang […]

Read Time:36 Second

Samsung Gear S3 Menerima Kemaskini Menyelesaikan Masalah Pengecasan Bateri

Sejak beberapa minggu yang lalu pengguna Samsung Gear S3 melaporkan masalah jam tangan pintar mereka tidak boleh dicas sepenuhnya. Apabila mencapai tahap 88%, pengecasan terhenti dan amaran peranti yang panas akan terpapar pada skrin. Untuk melakukan pengecasan penuh, jam perlu dikeluarkan dahulu dari dermaga pengecas untuk menyejukkannya sebelum diletakkan semula. Dua hari yang lalu kemaskini […]

Read Time:39 Second

Samsung Sedang Membangunkan GPU Rekaan Sendiri Yang Boleh Menandingi Apple

Kualiti grafik permua pada peranti pintar kini hampir menyamai yang dilihat pada konsol. Kepopularan permua kini semakin meningkat dan menjana jutaan Dollar setiap kepada pembangun. Oleh itu GPU pada telefon pintar kini semakin berkuasa. Menurut laporan EE Times, Samsung sedang membangunkan GPU rekaan sendiri yang bukan sahaja boleh digunakan pada peranti pintar tetapi pada adikomputer. […]

Read Time:43 Second

News Feed Pada Google Assistant Kini Semakin Pintar

Google Assistant tidak dinafikan adalah antara pembantu maya yang popular. Ia hadir buat mana-mana telefon Android dan juga pembesar suara pintar. Terkini, bahagian “News Feed” Google Assistant akan menjadi semakin pintar – selepas Google melancarkan alatan untuk membenarkan penerbit berita, mengintegrasikan berita mereka secara terus dari sumber asli. Contoh yang Google berikan adalah “Hey, Google […]

Read Time:33 Second

Xiaomi Mi A1 Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM599

Dengan pelancaran Mi A2 secara rasminya semalam, kini pihak Xiaomi Malaysia dilihat telah mengemaskini penawaran Mi A1, dan mula menawarkannya pada harga diskaun. Xiaomi Mi A1 hadir dengan skrin 5.5-inci dan telah dilancarkan pada bulan September lepas. Ia menyertakan cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan storan 32GB. Melengkapkannya juga adalah dwi-kamera belakang, dan juga […]