Berita Menarik

Read Time:1 Minute, 15 Second

Huawei P Smart+ 2019 Diumumkan Dengan Tiga Kamera AI

Huawei baru sahaja melancarkan smartphone kelas pertengahan  iaitu Huawei P Smart+ 2019 dengan tiga kamera di bahagian belakang serta skrin dengan takuk titisan air diatasnya. Peranti ini menawarkan spesifikasi yang hampir sama dengan model Huawei P Smart 2019 yang dilancarkan Disember tahun lalu. Namun model baru ini menawarkan sistem kamera yang lebih baik. Untuk spesifikasi Huawei P Smart+ 2019, ia…

The post Huawei P Smart+ 2019 Diumumkan Dengan Tiga Kamera AI appeared first on Mesra Mobile.

Read Time:32 Second

Nokia Malaysia Menawarkan Potongan Harga Sehingga 28% Pada Pelbagai Peranti

Telefon pintar kelas pertengahan adalah pasaran yang paling kompetitif di Malaysia kerana harga jualan yang lebih mampu milik. Sudah menjadi kebiasaan ramai pengguna menantikan tempoh promosi sebelum membeli peranti terbaru. Bagi mereka yang ingin memiliki peranti Nokia, jualan besar-besaran telefon pintar kini berlangsung sehingga 30 April. Potongan harga sehingga 28% diberikan pada peranti seperti Nokia […]

Read Time:54 Second

Samsung Mempatenkan Rekaan TV Yang Tidak Memerlukan Sebarang Kabel

Televsiyen di rumah mempunyai satu kekurangan yang sudah wujud sejak televisyen generasi pertama dicipta oleh J.L Baird. Ia masih memerlukan kabel kuasa, kabel sambungan AV dan kabel sambungan audio. Ini membuatkan proses pemasangan TV ke dinding kurang cantik kerana wayar yang berselirat. Samsung menawarkan sistem One Connect pada televisyen QLED mereka yang menggantikan kabel dengan […]

Read Time:2 Minute, 52 Second

Cabaran 10 Tahun : Bagaimana Sains & Dunia Telah Berubah

Artikel asal telah disunting untuk kesesuaian pembaca Kebelakangan ini telah tular dikalangan pengguna media sosial yang berkongsi perbandingan foto mereka dari 10 tahun lepas bersama foto semasa dengan tanda pagar #10YearChallenge. Perkara ini menyebabkan kami berfikir mengenai perubahan dunia sains sepanjang tempoh itu. Bermula dengan berita berkaitan pencairan glasier di Bumi ini sehinggalah ke penemuan baru mengenai […]

Read Time:2 Minute, 11 Second

Jerayawara Samsung Galaxy S10 Bermula Esok, 8 Mac – Rebat Sehingga RM1000 Menanti Anda

Samsung akan memulakan jualan Galaxy S10 secara rasminya di Malaysia bermula esok, 8 Mac 2019. Menariknya, bersempena dengan jualan berkenaan, Samsung turut akan membuka tiga jerayawara (roadshow) iaitu di MidValley Megamall, Kuala Lumpur, AEON Tebrau City, Johor Bahru dan juga Queensbay Mall, Pulau Pinang. Bagi anda yang menghadirkan diri ke jerayawara berkenaan yang diadakan selama […]

Read Time:48 Second

Kamera Nircermin Android Yongnuo YN450 Akan Dijual April Ini

Kamera terbaik ialah kamera yang sentiasa berada bersama anda. Jadi tidak mengejutkan kamera pada telefon pintar kini semakin ditambah baik bagi memenuhi keperluan pengguna yang menggunakannya sebagai kamera utama. Tetapi terdapat banyak kekurangan pada kamera telefon pintar kerana saiz sensor yang kecil dan lensa tidak menangkap banyak cahaya. Oleh sebab itulah apabila rekaan Yongnuo YN450 […]

Read Time:53 Second

Google Test My Site Dikemaskini Bagi Menyukat Prestasi Laman Web Dengan Lebih Terperinci

Sebelum ini kami pernah menulis berkenaan Uji Laman Web Anda Dengan Test My Site pada 2016. Kini Google telah kembali mengemaskini ciri terbaru Test My Site bagi membantu para pemilik halaman untuk membentuk pengalaman mudah alih yang lebih baik pada laman web mereka. Google Test My Site ini diperkenalkan bagi memeriksa tahap kepantasan halaman mereka. […]

Read Time:34 Second

Penjawat Awam Filipina Yang Memainkan Permua Ketika Waktu Pejabat Boleh Digantung Kerja Setahun

Rungutan yang sering muncul di media sosial ialah penjawat awam yang tidak melakukan kerja dengan baik ketika waktu pejabat. Video penjawat awam yang tidur kerap kali tular sehingga menimbulkan kemarahan warga. Di Filipina, penjawat awam yang didapati menggunakan permua ketika waktu pejabat boleh dikenakan hukuman yang berat. Kesalahan pertama boleh menyebabkan mereka digantung kerja selama […]

Read Time:54 Second

Colorful Memperkenalkan Kad Grafik iGame GeForce RTX 2080 Ti KUDAN – Hadir Dengan Sokongan Penyejukan Cecair

Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti merupakan kad grafik yang paling berkuasa dari mereka setakat ini, dan pelbagai rakan pembina kad grafik hadir dengan rekaan mereka sendiri untuk memaksimakan prestasi komponen tersebut. Salah satu daripada jenama tersebut ialah Colorful. yang baru sahaja memperkenalkan kad grafik terbaru mereka, iaitu iGame GeForce RTX 2080 Ti KUDAN. […]

Read Time:39 Second

MediaTek Akan Hadir Dengan Cip 5G 7nm Dengan Integrasi Kecerdasan Buatan

Cip pemprosessan MediaTek paling berkuasa setakat ini adalah Helio P90. Ia dikatakan adalah setaraf Snapdragon 845, tetapi untuk peranti kelas pertengahan. Binaan cip ini masih lagi binaan cip yang lama, iaitu 12nm. Dengan perkembangan teknologi dan pesaing yang sudah mula menggunakan cip binaan 7nm, MediaTek turut ingin hadir dengan cip 7nm tersendiri. Cip 7nm MediaTek […]