Berita Menarik

Read Time:42 Second

MYHackathon 2020 platform tambah baik penyampaian perkhidmatan kerajaan

KUALA LUMPUR, 17 November – Siri MYHackathon 2020, Digitalising Government Services pusingan Kuala Lumpur dengan tema ‘Prihatin Rakyat’ dilihat mampu melaksanakan penyelesaian digital yang kreatif, inovatif dan berkesan.

Ia dapat memperbaiki perkhidmatan awam kerajaan kepada rakyat.

Jelas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, MYHACKATHON 2020 pusingan Kuala Lumpur ini berupaya menggalakkan perkembangan idea dan meningkatkan kreativiti peserta selain melatih kemahiran pengurusan masa dan berkerja dibawah tekanan.

Sejak dilancarkan 3 Oktober lalu, 375 pasukan telah mengambil bahagian mentransfromasikan sistem penyampaian perkhidmatan awam sedia ada secara menyeluruh.

Tiga pemenang utama dibawah kategori Marathon MYHACKATHON 2020, Gokula Krishnan Subramaniam dengan projek Vircle Trusted Aid, diikuti dengan Beh Huey Ching dengan projek Malaysia National Digital Identity (MyID) dan Rashidee Mohd Rashid dengan projek MyOKU, Sistem Maklumat dan Pengurusan OKU.

Mereka menerima geran bersyarat sehingga RM250,000 untuk menjalankan projek penyelesaian rintis selama 12 bulan.

Read Time:20 Second

Poco M3 Bakal Dilancarkan Pada 24 November

Poco hari ini mengumumkan mereka bakal melancarkan sebuah lagi telefon pintar untuk tahun ini, iaitu Poco M3. Buat masa ini, informasi berkaitan telefon pintar ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Dibawah siri M, kita boleh menyasarkan untuk penawaran spesifikasi pertengahan pada harga yang kompetitif. Versi terakhir diperkenalkan dibawah siri M ini adalah Poco M2 yang hadir […]

Read Time:29 Second

Adobe Mengumumkan Penawaran Photoshop Beta Versi ARM Untuk Windows Dan Mac

Adobe hari ini telah mengumumkan penawaran perisian popular mereka, Adobe Photoshop yang dioptimasikan untuk pengguna komputer menjalankan cip pemprosesan ARM. Seperti ramai sedia maklum, Apple pada minggu lepas telah mengumumkan penawaran komputer menggunakan cip Apple M1 berasaskan binaan ARM. Adobe menawarkan Photoshop versi ARM ini untuk pengguna komputer berasaskan cip Apple M1 dari Apple, selain […]

Read Time:9 Minute, 30 Second

10 Aplikasi Alternatif Kepada Muslim Pro

Hari ini kita disajikan dengan kontroversi yang melibatkan sebuah aplikasi informasi waktu solat terkenal iaitu Muslim Pro – yang mana sebanyak 98 juta data pengguna telah dibeli oleh pihak tentera A.S untuk tujuan “menentang keganasan”. Susulan itu, orang ramai nampaknya seakan tidak senang duduk dengan perkara ini sehingga menyebabkan ada yang mengalami gangguan ketidakstabilan emosi atau kerisauan. Pihak Muslim Pro akan […]

Read Time:44 Second

Muslim Pro Mengambil Langkah Membatalkan Kerjasama Perkongsian Data, Termasuk Bersama X-Mode

Aplikasi Muslim Pro telah mendapat perhatian ramai semalam, selepas laporan awal hadir berkenaan X-Mode yang mempunyai akses ke data aplikasi Muslim Pro, dan menjualnya kepada tentera Amerika Syarikat. Lanjutan daripadanya, kini pihak Muslim Pro mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan mereka telah memilih untuk membatalkan kerjasama perkongsian data bersama semua rakan kerjasama, termasuk X-Mode. Menurut Muslim Pro, […]

Read Time:50 Second

Oppo X 2021 Ialah Peranti Konsep Dengan Skrin Boleh-Gulung

Peranti skrin boleh-lipat muncul tahun lalu dan menunjukkan terdapat permintaan untuk peranti dengan skrin yang boleh diubah. Oppo setakat ini masih belum melancarkan peranti dengan rekaan seperti ini. Di acara Oppo Inno Day 2021, mereka memperlihatkan rekaan peranti konsep Oppo X 2021 dengan skrin yang bergulung. Skrin peranti boleh berubah dari saiz 6.7″ ke 7.4″ […]

Read Time:47 Second

Twitter Memperkenalkan Ciri Seumpama “Stories” Untuk Semua Pengguna, Dinamakan Fleets

Twitter hari ini mengumumkan pengenalan ciri Fleets kepada semua pengguna seluruh dunia, sekaligus membawa kepada penawaran ciri seumpama “Stories” mereka tersendiri. Seperti ramai sedia maklum, pelbagai perkhidmatan sosial telah memperkenalkan ciri “Stories” dalam memudahkan perkongsian teks, gambar dan juga video. Ia seterusnya akan hilang selepas tempoh 24 jam – sekaligus menjadikannya salah satu kaedah untuk […]

Read Time:29 Second

Facebook Memberikan Nafas Baru Untuk Antaramuka Aplikasi Messenger Kids

Messenger Kids adalah salah satu aplikasi yang memfokuskan kepada kanak-kanak, memudahkan mereka berkomunikasi dengan rakan-rakan, dan pada masa yang sama mudah dipantau oleh para ibu bapa. Terbaru, hari ini Facebook mengumumkan mereka akan memperkenalkan antaramuka baru Messenger Kids untuk iPhone bermula dari Amerika Syarikat dan Kanada, sebelum diperluaskan ke negara lain dalam bulan-bulan akan datang. […]

Read Time:40 Second

HP Kini Menduduki Tangga Pertama Dalam Pasaran Komputer Riba, Mendahului Lenovo – Apple Ditangga Ke-4

Strategy Analytics kini telah mengeluarkan angka terkini berkaitan dengan pasaran komputer riba. Melalui angka yang dikeluarkan untuk suku ketiga 2020 yang lepas, ia memperlihatkan HP kini menerajui pasaran kommputer riba diperingkat global. Hal ini sekaligus memperlihatkan buat pertama kalinya selepas sekian lama, Lenovo ditewaskan. Lenovo hanya dibelakang HP dengan perbezaan 0.1% pegangan pasaran. HP mempunyai […]