Berita Menarik

Bantuan Kredit Telekomunikasi RM180 Seorang Akan Ditawarkan Bermula Mac 2021

Pada Belanjawan 2021 lepas, kerajaan telah mengumumkan sebuah insiatif baru dinamakan Program Jaringan PRIHATIN. Melaluinya, sejumlah RM180 seorang diperuntukkan untuk 8 juta penerima dari golongan B40 untuk kegunaan berkaitan telekomunikasi. Bantuan kredit ini boleh digunakan untuk belanja langganan internet, atau menampung sebahagian kos pembelian telefon pintar baharu. Selari dengannya, hari ini kerajaan mengumumkan program ini […]

Read Time:29 Second

Data 1GB Percuma Akan Dilanjutkan Sehingga Mac 2021

Sejak daripada Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari, kerajaan telah mula menawarkan bantuan data 1GB untuk membantu meringkan kos data yang ditanggung pengguna. Data 1GB ini ditawarkan untuk tujuan pembelajaran dengan akses kepada beberapa aplikasi pembelajaran dan telesidang utama. Penawaran ini sepatutnya ditamatkan pada 31 Disember 2020, tetapi akan dilanjutkan sehingga program subsidi Jaringan Prihatin dilaksanakan […]

Poco Akan Hadir Dengan Komputer Riba Tersendiri Pula?

Poco kini adalah syarikat tersendiri dan bebas dari naungan Xiaomi. Tetapi, sistem operasi peranti masih lagi meminjam dari Xiaomi dengan MIUI for Poco. Turut tidak dinafikan, walaupun Poco adalah jenama sendiri ia pasti masih menerima sokongan dan bantuan dari Xiaomi. Terkini, Poco dilihat ingin kembangkan lagi barisan produk mereka dari telefon pintar ke komputer riba […]

Samsung Bakal Memperkenalkan Cip Exynos Baru Pada 12 Januari

Samsung kini telah mengumumkan secara rasmi, mereka bakal memperkenalkan cip pemprosesan generasi terbaru mereka pada 12 Januari 2021 kelak. Tiada info lanjut berkenaan dengannya yang dikongsikan pengeluar Korea Selatan berkenaan buat masa ini. Mengikut spekulasi, Samsung dijangka memperkenalkan cip Exynos 2100 yang bakal menjana siri peranti Samsung Galaxy S21 kelak. Ia turut dijangka menyertakan rekaan […]

Amerika Menambah DJI Dibawah Senarai Entiti Yang Disenarai-Hitam – Nasib Seumpama Huawei?

Amerika Syarikat hari ini telah menambah syarikat-syarikat baru dibawah senarai entiti yang disenarai hitamkan dibawah operasi ekonomi, dan salah satu syarikat yang turut ditambah adalah pengeluar dron terkemuka, iaitu DJI. Buat masa ini, pihak DJI masih belum mengeluarkan komen rasmi berkaitan hal ini. Dengan penyenaraian DJI dibawah senarai entiti ini, ia sekaligus membuatkan pelbagai syarikat […]

Read Time:48 Second

Markah Penanda Aras Peranti Samsung Dengan MediaTek Dimensity 720 Tertiris

Kita sedia tahu, cip MediaTek Dimensity 720 merupakan sebuah pemproses 5G kelas pertengahan yang hadir dengan teknologi 7nm. Dalam perkembangan terkini, sebuah peranti Samsung dengan cip ini didakwa telah tersenarai di laman Geekbench. Peranti berkenaan dilihat muncul dengan nombor model Samsung SM-A326B. Seperti kebiasaannya, penyenaraian akan mendedahkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan spesifikasi dalaman peranti. Melaluinya, […]

Syarikat Telekomunikasi Akan Tawarkan Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 Bermula 6 Januari 2021

Disamping pengumuman beberapa inisiatif untuk mengurangkan beban yang ditanggung pelajar SPM dan STPM – seperti penyediaan wifi percuma, penawaran bantuan kredit RM180 seorang, dan kemudahan data 1GB percuma yang dilanjutkan, kini kerajaan turut mengumumkan syarikat telekomunikasi akan menawarkan Pakej Data KHAS SPM/STPM 2021 khusus untuk pelajar SPM dan STPM. Syarikat telekomunikasi ini dijangka menawarkan pakej […]

Read Time:1 Minute, 29 Second

Perkhidmatan Telekomunikasi Tempatan Kearah Menjadi Cabang Utiliti Ketiga Negara

Sewaktu pembentangan laporan JENDELA untuk suku keempat tahun ini, pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek turut mengatakan bahawa mereka sedang dalam perancangan untuk menjadikan perkhidmatan telekomunikasi sebagai cabang utiliti ketiga negara, selepas air dan elektrik. Sebelum ini, mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo telahpun menzahirkan hasrat untuk menjadikannya […]

Read Time:1 Minute, 10 Second

Xiaomi Mengumpul Dana Untuk Lampu Pintar Seakan Nanoleaf

Nanoleaf adalah lampu pintar yang sangat menarik. Ini kerana ia adalah panel lampu yang modular, disambung antara satu sama lain dengan penyesuai seakan kad SIM, boleh dikawal dengan aplikasi atau juga Google Assistant. Tidak dinafikan yang ramai cuba hadir dengan versi klon, tetapi sama ada harga lebih mahal atau kualiti sangat teruk. Terkini, Xiaomi pula […]

Read Time:1 Minute, 6 Second

SKMM Memperlihatkan Butiran Lanjut Mengenai Penamatan Perkhidmatan 3G Negara

Beberapa bulan yang lalu, kami telah melaporkan bahawa kerajaan sedang bercadang untuk menamatkan perkhidmatan internet 3G menjelang hujung tahun hadapan. Tahun 2021 bakal tiba, dan pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah memperlihatkan beberapa butiran mengenai penutupan perkhidmatan tersebut. Fasa pertama telah bermula suku ketiga dan keempat ini dimana pihak SKMM telah bekerjasama dengan pelbagai […]