Berita Menarik

Read Time:50 Second

Sennheiser IE 300 Adalah IEM Audiophile Untuk Semua Orang – Berharga Sekitar RM1200

Di acara CES 2021, Sennheiser telah melancarkan produk audio premium mereka. Kali ini mereka kembalikan set fon telinga berwayar, yang mana sudah lama syarikat audio tidak bawakan kembali. Sennheiser ingin menawarkan set fon telinga profesional untuk semua orang. Aksesori audio ini adalah Sennheiser IE 300, ia merupakan set fon telinga berwayar jenis dalam telinga (IEM) yang menyokong […]

Samsung Memperlihatkan Bot Care Dan Bot Handy – Robot Pembantu Peribadi Yang Boleh Melakukan Hampir Apa Sahaja

Dua tahun lepas di acara CES 2019, Samsung telah memperlihatkan beberapa robot pintar yang boleh menjadi pembantu peribadi. Kini di acara CES 2021, Samsung memperkenalkan versi baharu pula yang dilihat lebih hebat dan maju ke hadapan seperti filem-filem futuristik. Yang pertama adalah Samsung Bot Care, ia adalah seakan pembantu peribadi yang boleh meringankan beban kerja […]

Akaun Twitter Rasmi SKMM Digantung Buat Sementara Waktu

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini memaklumkan yang mana akaun Twitter rasmi mereka, @SKMM_MCMC telah digantung buat sementara waktu. Hal ini hadir lanjutan daripada sejumlah Tweet-Tweet lama daripada akaun berkenaan yang dilihat dikongsikan semula oleh para pengguna dalam bentuk RT. Pihak SKMM mengatakan yang mana akaun berkenaan telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Namun, […]

Read Time:44 Second

Samsung Memperkenalkan Cip Exynos 2100 – Binaan 5nm, 30% Lebih Pantas, 40% Penambahan GPU

Samsung hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, iaitu  Exynos 2100. Ia merupakan cip pemprosesan mercu terbaru dari pengeluar Korea Selatan berkenaan, dan dibina berasaskan kepada teknologi 5nm EUV (Extreme Ultra Violet). Cip Exynos 2100 ini menggunakan gabungan teras Cortex-X1 pada kelajuan 2.9Ghz, tiga teras Cortex-A78 pada kelajuan 2.8Ghz, dan empat teras Cortex-A55 pada […]

Read Time:36 Second

Samsung Menjanjikan Integrasi GPU AMD Pada Cip Mercu Exynos Akan Datang

Samsung hari ini telah mengadakan acara khas mereka, dan memperkenalkan cip pemprosesan Exynos 2100 yang dijangka akan digunakan pada telefon pintar Galaxy S21 akan datang. Ia menawarkan rekaan 5nm, serta penambah-baikkan dari segi CPU dan GPU. Samsung turut mengatakan kini “Exynos telah kembali” – menandakan mereka akan lebih memfokuskan penawaran cip mercu, serta mengintegrasikan sejumlah […]

Tim Cook Mengacah Bakal Mengumumkan Sesuatu Esok

CEO Apple, Tim Cook kini dilihat bakal mengumumkan sesuatu berkaitan penawaran mereka, esok. Perkara ini didedahkan melalui sebuah temuramah eksklusif yang dilakukan bersama “CBS This Morning” yang bakal disiarkan esok. Apa pun, pengacara program berkenaan menekankan ia bukanlah sebuah produk baharu. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah Tim Cook akan umumkan secara rasminya […]

Netflix Menjanjikan Sekurangnya Satu Filem Baru Setiap Minggu Sepanjang 2021

Netflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular di Malaysia, mahupun di dunia. Apa pun, pada tahun 2021 ini, persaingan dalam arena penstriman video meningkat dengan penyertaan sejumlah pihak baharu, dan ia tidak meninggalkan Netflix untuk terus menawarkan kandungan menarik kepada pengguna. Kini, sebagai langkah awal, Netflix mengumumkan mereka bakal menawarkan sekurang-kurangnya satu filem […]

Read Time:42 Second

UTM dan MSDeaf bangunkan sistem amaran bahasa isyarat kepada OKU hadapi bencana seperti banjir

KUALA LUMPUR, 8 Januari – Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC) Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) komited untuk membangunkan sistem amaran bahasa isyarat kepada golongan orang kurang upaya (OKU).

Pengarah DPPC, Dr. Khamarrul Azahari Razak berkata, usaha bersama Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) bertujuan memahamkan golongan ini mengenai amaran dan maklumat keselamatan ketika bencana seperti banjir.

Terdahulu, Pro-Naib Canselor Kampus UTM Kuala Lumpur, Prof. Dr Shamsul Sahibuddin melancarkan Misi Bantuan Bencana DPPC dan Misi Penilaian Rapid 2021 di ibu negara.

Misi akan menjelajah ke tujuh daerah di negeri Johor dan Pahang.

Antara agensi lain yang terlibat termasuk Agensi Pengurusan Bencana Nasional (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan I-Divers.

Misi berlangsung selama lima hari bermula hari ini sehingga 12 Januari.

SKMM : Pengguna Media Sosial Diingatkan Jaga Kesopanan Dan Kesusilaan Ketika Berkongsi Pandangan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini sekali lagi mengingatkan semua pihak, terutamanya pengguna media sosial supaya sentiasa menjaga kesopanan dan kesusilaan ketika memberikan pandangan atau membuat sebarang ulasan secara atas-talian. SKMM mengatakan mereka akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih, serta kenyataan bersifat jelik yang membabitkan unsur 3R – iaitu Raja, […]

Satu Lagi Peranti Misteri Oppo Tertiris – Dikatakan Mungkin Hadir Dengan Cip Snapdragon 480

Selepas Vivo Y31s, kini timbul pula desas-desus baru yang mendakwa Oppo juga bakal menggunakan cip Snapdragon 480 pada peranti mereka. Peranti misteri ini dikhabarkan telah tersenarai di penanda aras Geekbench. Peranti berkenaan dilihat muncul dengan nombor model OPPO PEHT00 dan menggunakan pemproses ‘holi’ – yang dikatakan berkait dengan cip Snapdragon 480. Selain itu, peranti ini […]