Berita Menarik

Read Time:37 Second

MAFI sasar 958,000 tan metrik pengeluaran sektor akuakultur menjelang 2030

KOTA BHARU, 14 Februari – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyasarkan 958,000 tan metrik pengeluaran sektor akuakultur menjelang 2030.

Timbalan Menteri MAFI II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, ia merangkumi pengeluaran sektor akuakultur marin, akuakultur air tawar dan rumpai laut.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan mengunakan pendekatan ‘pro-business environment’ agar pembangunan sektor akuakultur dapat dipacu melalui penglibatan sektor swasta.

Strategi lain seperti meningkatkan produktiviti sistem ternakan sedia ada serta mengalakkan pembangunan projek akuakultur baru dalam skala kecil dan sederhana secara berkelompok.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Lawatan Kerja Ke Kolam Ternakan Ikan Air Tawar Di Kota Bharu.

Mengulas lanjut, beliau berkata bekalan makanan mencukupi bagi menampung keperluan rakyat walau dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan PKP 2.0.

iPhone 13 Dijangka Hadir Dengan Sokongan AOD

Satu demi satu desas-desus berkaitan iPhone 13 telah kita dengar sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Terbaru, hadir desas-desus baru mengatakan iPhone 13 bakal hadir dengan sokongan AOD (Always-On Display), dimana skrin akan aktif memaparkan beberapa info ringkas apabila anda mematikan skrin. Ciri seumpama ini sedia diperkenalkan pada jam tangan Apple Watch sebelum ini. Selain itu, […]

Read Time:26 Second

Nilai Bitcoin Mencapai RM200,000

Bitcoin menerima perhatian ramai akhir-akhir ini, dan kini hari ini, kriptowang berkenaan membuat rekod tersendiri apabila mencatatkan nilai RM200,000 buat pertama kalinya. Ia boleh dikatakan Bitcoin mencatatkan peningkatan drastik akhir-akhir ini. Pada Januari lepas, Bitcoin berharga sekitar RM150,000, dan ia memperlihatkan peningkatan lebih RM50,000 dalam sebulan ini sahaja. Perkara ini selari dengan beberapa perubahan di […]

Khairy : Yakin Dengan Sains, Vaksin Tiada Mikrocip Atau Agenda Iluminati

Khairy Jamaluddin kini menegaskan yang mana vaksin yang diperolehi Malaysia adalah selamat dan juga berkesan. Pada masa yang sama, beliau turut menekankan supaya orang ramai yakin dengan sains dan bukannya teori konspirasi yang tular di WhatsApp Group yang sering memetik sumber palsu. Khairy menekankan vaksin ini tidak mengandungi sebarang mikrocip untuk mengambil-alih pemikiran kita, atau […]

Read Time:35 Second

Mubi Boleh Ditonton Percuma Hari Ini Sempena Ulang Tahun Ke-14

Mubi mula ditawarkan kepada pengguna di Malaysia sejak 2019. Ia adalah platform yang menyasarkan penggemar filem indie dan arthouse dengan penawaran untuk tempoh yang lebih pendek berbanding platform lain. Hari ini anda boleh menstrim Mubi secara percuma sempena ulang tahunnya yang ke-14. Anda hanya perlu log masuk menggunakan emel atau akaun Facebook. Walaupun percuma, penawaran […]

No More Posts