Berita Menarik

Police Sentri – Membawa Permainan Kejar-Mengejar Klasik Dalam Bentuk Permainan Digital

Mungkin ramai yang sedia memainkan permainan kejar-mengejar dalam watak polis dan penjahat ketika kecil. Menariknya, kini permainan berkenaan ditawarkan dalam bentuk permua, melalui apa yang dinamakan Police Sentri. Permua ini ditawarkan untuk pengguna Android dalam bentuk beta awal. Police Sentri membolehkan anda memainkan bersama sehingga 8 pemain pada sesuatu masa, dan dimainkan secara atas-talian. Pemain […]

Read Time:29 Second

Realme Mengacah Pengenalan Realme 8 Pada 24 Mac

Realme kini telah menerbitkan sebuah video acah ringkas, yang memperlihatkan mereka akan memperkenalkan penawaran terbaru dibawah siri Realme 8 seawal 24 Mac 2021 ini. Mengikut apa yang diketahui sebelum ini, Realme dijangka memperkenalkan dua variasi, iaitu Realme 8 dan juga Realme 8 Pro. Versi Pro juga dijangka hadir dengan kamera dengan sensor sebesar 108-megapixel. Realme […]

Microsoft Turut Akan Menawarkan Kemaskini Versi Baru Edge Setiap 4 Minggu – Seperti Google

Microsoft Edge merupakan pelayar web yang ditawarkan oleh Microsoft, berasaskan kepada enjin Chromium. Dengan pengumuman pihak Chromium untuk menawarkan versi baru setiap empat minggu sekali, kini Microsoft turut mengumumkan akan melakukan perkara sama. Dengan perubahan terbaru ini, pengguna akan menerima versi terbaru Edge setiap 4 minggu sekali – atau turut boleh memilih versi perusahaan yang […]

Huawei Adalah Antara Lima Syarikat Yang Mengancam Keselamatan A.S Menurut FCC

Adakah dengan pelantikan Joe Biden nasib Huawei akan berubah? Jawapannya setakat ini ialah tidak dengan pentadbiran beliau ingin meneruskan halangan perdagangan yang dikenakan ke atas gergasi telekomunikasi dunia ini. Terkini pihak Suruhanjaya Komunikasi Kebangsaan Amerika Syarikat (FCC) menyenaraikan lima syarikat yang dikatakan mengancam keselamatan negara. Huawei Technologies Co, ZTE Corp, Hytera Communications Corp, Hangzhou Hikvision […]

Tim Berners-Lee Berkata Internet Harus Menjadi Hak Asasi Asas

Tim Berners-Lee ialah insan yang lebih dikenali orang ramai sebagai bapa Internet. Sempena ulang tahun Internet yang ke-32, beliau berkata ia seharusnya menjadi hak asasi asas setiap insan di dunia. Dalam sebuah blog yang diterbitkan di laman Web Foundation, Berners-Lee berkongsi data bahawa hanya 1/3 individu di bawah usia 25 tahun mempunyai akses kepada Internet […]

Xiaomi Menang Di Mahkamah Dalam Mengatasi Halangan Amerika Syarikat Ke Atasnya

Hakim di Mahkamah Persekutuan di Washington kini telah menghalang arahan Jabatan Pertahanan di Amerika Syarikat yang menghalang sebarang pelaburan dari Amerika Syarikat ke syarikat Xiaomi. Sebelum ini, pada awal tahun 2021 ini, dibawah pentadbiran Trump, firma-firma di Amerika Syarikat telah dihalang untuk melabur pada Xiaomi, dan meminta pelabur sedia ada untuk mencairkan pegangan masing-masing. Apa […]

Read Time:1 Minute, 8 Second

Harga Langganan Disney+ Hotstar Di Malaysia Mungkin 56% Lebih Murah Berbanding Netflix

Perang platform penstriman masih lagi berlaku. Di Malaysia ada banyak platform penstriman menarik seperti Netflix, Apple TV+, Viu, Mubi, Prime Video dan banyak lagi. Satu yang masih dinanti-nantikan adalah Disney+. Disney+ adalah platform di mana semua majoriti kandungan yang dipegang Disney boleh distrim. Tetapi bagi mengelakkan sebarang isu, Disney+ di Malaysia akan ditawarkan dalam bentuk […]

Apple Menghentikan Pengeluaran HomePod

Apple HomePod dilancarkan empat tahun lalu sebagai speaker pintar pertama dari mereka. Selepas bertahun dipasarkan, ia masih belum ditawarkan di tahap global seperti produk Apple yang lain. Kini menurut laporan TechCrunch, pengeluaran Apple HomePod akan akhirnya dihentikan. Apple sebaliknya akan menumpukan perhatian kepada pengeluaran HomePod Mini sahaja yang dijual pada harga yang jauh lebih rendah. […]

Kemaskini MySejahtera Memperlihatkan Tarikh Tepat Pendaftaran Suntikan Vaksinasi COVID-19

Selain daripada untuk penjejakan kontak, aplikasi MySejahtera juga boleh digunakan untuk mendaftar sesi menerima suntikan vaksin COVID-19 apabila ia tiba kelak. Ciri ini diperkenalkan pada penghujung bulan lepas, tetapi mempunyai beberapa isu antaramuka yang telah sedikit-sebanyak diperbaiki. Aplikasi tersebut telah dikemaskini sekali lagi, dimana ia kini menunjukkan tarikh pendaftaran vaksinasi yang tepat dan bukan lagi […]

No More Posts