Berita Menarik

Kerajaan Akan Tawar Kredit RM150 Melalui Dompet Digital Dibawah eBelia – Bermula Jun 2021

Kerajaan sedia mengumumkan program eBelia sebelum ini dalam mempopularkan penggunaan transaksi nirtunai melalui dompet digital. Selari dengannya, mereka yang berumur 18 tahun hingga 20 tahun, termasuk pelajar institusi pendidikan tinggi sepenuh masa akan menerima kredit sebanyak RM100 melalui dompet digital pilihan. Terbaru, dibawah PEMERKASA, kerajaan meningkatkan nilai kredit berkenaan daripada RM100 kepada RM150. Program eBelia […]

Sistem Tambatan Pantas Android “Fast Pair” Kini Menyokong Peranti Boleh Pakai – Bermula Dengan Fitbit

Sistem tambatan pantas dipopularkan oleh Apple, melalui kemampuan AirPods ditambat kepada iPhone dengan pantas tanpa perlu ke tetapan Bluetooth dan sebagainya. Sistem tambatan pantas Apple juga mempunyai antaramuka khas, di mana tetingkap terapung dengan butiran AirPods dipaparkan. Sistem ini digemari orang ramai dan Android mula cuba hadir dengan versi tersendiri. TWS untuk peranti Android banyak […]

Read Time:59 Second

AirPods 3 Klon Sudah Boleh Dibeli Di China

AirPods generasi pertama dan kedua menggunakan rekaan yang lebih kurang sama, iaitu masih menggunakan rekaan jenis Earpods seperti set fon telinga berwayar yang Apple pernah sediakan di dalam kotak. Bermula dengan AirPods Pro, Apple mula menggunakan rekaan fon dalam telinga dan turut menyertakan sokongan pembatalan hingar aktif. Tahun ini, AirPods generasi ketiga akan dilancarkan di […]

OnePlus Watch Tidak Akan Menggunakan Wear OS

OnePlus sedia mengacah pengenalan jam tangan pintar pertama mereka secara rasminya pada minggu hadapan, 23 Mac kelak. Perkara ini semestinya membuatkan ramai tertanya berkenaan sistem operasi yang digunakan, dan sokongan yang bakal dibawakan oleh  jam tangan pintar ini. Menyentuh mengenainya, kini CEO OnePlus mengesahkan yang mana OnePlus Watch tidak akan menggunakan Wear OS daripada Google. […]

Read Time:26 Second

Rangkaian 5G Sekali Lagi Ditekankan Akan Beroperasi Secara Berperingkat Mulai Hujung 2021 Ini

Ketika pengumuman PEMERKASA, Perdana Menteri sekali lagi menekankan yang mana perkhidmatan 5G akan beroperasi secara berperingkat bermula daripada penghujung tahun 2021 ini. Menurut PM, perkhidmatan 5G komersial akan diberikan perhatian utama sebagai keperluan terpenting kerana internet berkelajuan tinggi adalah perlu untuk mencetuskan inovasi dan peluang kerja baharu dalam ekonomi digital negara. Perkara ini sedia digariskan […]

TikTok Dijangka Memperkenalkan Ciri Perbualan Berkumpulan Pada Tahun Ini

TikTok pada hari ini sedia dikenali ramai sebagai aplikasi untuk perkongsian video ringkas. Apa pun, dalam meningkatkan interaksi pada aplikasi berkenaan, kini Reuters melaporkan TikTok mungkin menambah ciri perbualan berkumpulan pada aplikasi mereka dalam tahun ini. Untuk makluman, ciri ini sedia ditawarkan pada aplikasi variasi China, iaitu Douyin sejak 2019 lepas. Dengan penambahan ciri perbualan […]

Samsung Galaxy A52 Dan Galaxy A72 Kini Rasmi – Skrin Super AMOLED 90Hz, Ketahanan IP67, Kuad-Kamera Utama

Samsung secara rasminya memperkenalkan siri Galaxy A baharu mereka di acara khas Galaxy Awesome Unpacked, hari ini. Siri Galaxy A baharu mereka dilihat tampil dengan wajah baharu yang terkini bersama beberapa ciri lebih segar. Antara model yang diperkenalkan termasuklah Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72. Untuk spesifikasi khusus, Samsung Galaxy A52 dilengkapi paparan bersaiz 6.5-inci […]

Read Time:7 Minute, 46 Second

Pandang Pertama Samsung Galaxy A52 Dan Galaxy A72 – Kombinasi Elemen Lebih Baik Dengan Gaya Premium

Kehadiran siri Galaxy A kali ini dilihat mengubah persepsi lama terhadap Samsung yang sering mengitar semula kemasan sedia ada untuk siri Galaxy A mereka. Mengapa kami bercakap sebegini, anda sendiri seakan sudah maklum kebanyakan peranti terkini di bawah siri Galaxy A mereka sering menggunakan kemasan dengan rekaan ala-ala prism dan berkilat. Tetapi, kini tidak lagi […]

Samsung Galaxy A32 Turut Diumumkan – Skrin 90Hz, Kamera Utama 64MP, Bateri 5000mAh

Selain daripada pengenalan Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72, jenama dari Korea Selatan ini turut mengumumkan Samsung Galaxy A32 sebagai tambahan kepada rangkaian berkenaan. Peranti pintar ini dilihat turut menawarkan rekaan yang segar sesuai dengan trend masa kini. Bukan itu sahaja, ia turut menerima penambahbaikan menarik yang tersendiri. Untuk spesifikasi khusus, Samsung Galaxy A32 dilengkapi […]