Berita Menarik

Acer Memperkenalkan Komputer Riba Permainan Dengan Rekaan Nipis – Predator Triton 700

Pembaca : 16
0 0

Acer sedia mempunyai penawaran beberapa komputer riba memfokuskan multimedia dan permainan, dibawah keluarga Predator. Hari ini, pengeluar komputer berkenaan turut memperkenalkan sebuah lagi komputer riba dibawah keluarga Predator yang menyaingi Razer Blade, iaitu Acer Predator Triton 700 Gaming Laptop.

Acer Predator Triton 700 Gaming Laptop

Acer Predator Triton 700 Gaming Laptop ini hadir dengan skrin bersaiz 15.6-inci tetapi hanya menawarkan paparan resolusi HD penuh sahaja. Ia turut dilengkapi cip Intel generasi ketujuh, kad grafik NVIDIA GTX siiri-10, memori sehingga 32GB DDR4 RAM, serta integrasi port seperti USB 2.0, HDMI 2.0, DisplayPort, dan Gigabit Ethernet.

Dari segi rekaan, ia jauh lebih nipis berbanding pelbagai komputer riba Predator sebelum ini. Predator Triton 700 ini hanya setebal 18.9mm, dan membawa berat 2.6kg sahaja. Rekaan papan kekunci mekanikal juga diletakkan dibahagian lebih hadapan, sementara trackpad untuk kawalan tetikus diletakkan pada bahagian atas. Perkara ini mungkin selari dengan pengguna untuk permainan video yang sering menggunakan tetikus secara berasingan.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi berkenaan bilakah komputer riba ini akan memasuki pasaran tempatan, dan berapakah harga jualannya kelak.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.