Berita Menarik

Alga biru-hijau (Aphanizomenon flos-aquae (AFA) ): Ubat Pelbagai Penyakit?

Pembaca : 157
0 0

Alga biru hijau telah lama dipasarkan sebagai makanan tambahan untuk kesihatan. Namun, dewasa ini ia kembali popular dengan penjenamaan baru.
APA SEBENARNYA ALGA BIRU HIJAU
Walaupun kita biasa memanggilnya dengan panggilan ‘alga’, hidupan ini sebenarnya bukanlah alga yang sebenar. Alga, contohnya alga marin (seaweed) adalah hidupan eukaryote. Manakala, alga biru-hijau adalah sebenarnya hidupan primitive prokaryote yang tidak mempunyai membrane nukleus sebenar. (dalam artikel ini penulis akan terus menggunakan nama ‘alga’ untuk memudahkan pembaca). Alga biru-hijau juga adalah hidupan air tawar dan bukan alga air masin seperti seaweed.

Image result for microscopic blue green algae

Alga biru-hijau adalah tergolong dalam kelompok bakteria dalam filum cyanobacteria atau cyanophyta yang memperoleh tenaga melalui proses fotosintesis seperti tumbuhan. Jika tumbuhan melakukan fotosintesis di organel chloroplast yang mengandungi pigmen hijau chlorophyll, cyanobacteria yang tidak mempunyai nukleus dan sistem membran dalaman ini melakukan fotosintesis di membran luar yang disebut thylakoids. Kebanyakan cyanobacteria mempunyai pigmen phycocyanine yang memberikan warna biru-hijau tersebut.

Image result for blue green algae diagram

ALGA BIRU-HIJAU SEBAGAI MAKANAN TAMBAHAN
Beberapa jenis alga biru-hijau yang biasa dijual sebagai makanan tambahan adalah spirulina (dari spesis Arthrospira platensis and Arthrospira maxima), Chlorella dan Aphanizomenon Flos-aquae.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan dengan lebih membincangkan tentang Aphanizomenon Flos-aquae yang banyak digembar-gemburkan sebagai penawar pelbagai penyakit kini.

Related image
Aphanizomenon Flos-aquae (AFA) telah mula dikomersilkan sebagai makanan suplemen sejak tahun 1980an. AFA dikatakan kaya dengan nutrisi dan mengandungi 60% protein (dalam berat kering). Ia juga dikatakan mempunyai sumber vitamin dan mineral yang tinggi. AFA juga mengandungi kadar asid lemak perlu yang bagus seperti asid linolenic (LA, asid lemak omega-6) dan asid alpha linolenic (ALA, omega-3) yang seimbang.

Image result for AFA nutrition

Pigmen fotosintesis AFA, phycocyanine adalah sumber antioksidan yang baik. Manakala, kandungan phenylethylamine yang tinggi seperti yang dihasilkan oleh Lactobacillus dikatakan mampu meningkatkan mood yang baik dan meningkatkan konsentrasi kerana ia mampu bertindak sebagai neuromodulator monoamine.

Image result for phenylethylamine
BEBERAPA ISU BERKAITAN AFA

Berbanding spirulina dan chlorella yang dapat tumbuh dalam keadaan terkawal di ladang penghasilan, AFA setakat ini hanya boleh didapati secara semulajadi contohnya dari Tasik Upper Klamath, Oregon.

Image result for aphanizomenon flos-aquae klamath lake

Tasik Upper Klamath, Oregon

Ini menyebabkan AFA lebih terdedah pada cemaran toksik dari persekitaran dan organisma simbion yang tumbuh bersamanya. Pertumbuhan dominan alga adalah bergantung kepada tahap eutropic kawasan tadahan air tesebut serta perubahan suhu yang optimum untuk pembiakan jenis alga tersebut.

Image result for aphanizomenon flos-aquae klamath lake

AFA yang memerlukan cahaya dan suhu yang lebih hangat di musim panas akan berkembang serentak dengan pertumbuhan Anaebena flos-aquae dan Microcystis aeruginosa. Jadi, tidak dapat tidak… cemaran dari kedua-dua phytoplankton ini akan terdapat pada bekalan AFA yang dijadikan makanan tambahan tersebut.
MENGAPA CEMARAN INI MEMBAWA IMPAK SIGNIFIKAN?
Kedua-dua cyanobacteria Anaebena flos-aquae dan Microcystis aeruginosa menghasilkan toxin microcystin yang berbahaya pada manusia.

Image result for Anabaena flos-aquae

Anaebena flos-aquae

Microcystin adalah perencat bagi serine threonine protein phosphatase (PPs) PP1 dan PP2A yang akan menyebabkan pengumpulan protein terfosforilasi di hati. Keadaan ini akan menyebabkan sel-sel hati mati (nekrotik) dan menyebabkan kerosakan hati yang kekal.

Jadi ia amat membebankan fungsi hati. Terutama bagi pesakit-pesakit yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada seperti masalah ginjal dan diabetes.

Image result for microcystin

Microcystin juga menyebabkan peningkatan risiko kanser hati. Kerana kesan kerosakan hati dan keadaa toksin yang terkumpul dalam hati untuk jangka masa yang lama, Walaupun mungkin jumlahnya sedikit sahaja dalam suplemen yang anda ambil, kesannya akan terkumpul sedikit demi sedikit/

Kesan toksik dan keracunan microcystin terhadap binatang dan manusia juga telah dilaporkan dalam banyak jurnal penerbitan (lihat Azevedo et al., 2002, Merel et al., 2013, Backer et al., 2013 and Hilborn et al., 2014).

Image result for microcystin hepatocyte

Kebanyakan suplemen berasaskan AFA dipasaran mengandungi toksin microcystin ini, jumlahnya bergantung kepada musim ia diraih dari tapak penghasilan AFA tersebut. Keadaan ini telah dilaporkan dalam laporan bi-annual Tasik Klamath dan beberapa penyelidik yang mengkaji kandungan toksin dalam makanan tambahan berasaskan AFA dipasaran (rujukan).
Selain itu, AFA juga telah dilaporkan menghasilkan beberapa toksin secara semulajadi seperti:

  • Nodularins – Bertindak seperti microcystin dan mengakibatkan kerosakan hati.
  • Cylindrospermopsin – Sejenis terbitan uracil polisiklik yang toksik terhadap hati dan ginjal. Toksin ini merencat sintesis protein dengan mengakibatkan ribosom terpisah dari retikulum endoplasmic. Toksin ini juga dikatakan mengakibatkan kematian sel secara langsung dengan mekanisma yang belum lagi diketahui. (Liu & Scott, 2011)
  • Anatoxin-a [Very Fast Death Factor (VFDF)] – Ia adalah sejenis neurotoksin yang bertindak sebagai agonis reseptor nikotinik asetilkolin. Toksin ini menambat pada reseptor dengan afiniti yang lebih tinggi berbanding neurotransmitter asetilkolin. Lebih buruk, toksin ini adalah agonis tidak berbalik – ia akan menambat secara kekal pada reseptor tersebut. Ini kan menyebabkan gangguan pada neuron-motor, respiratori dan koordinasi yang boleh membawa kematian. (Rellant et al. 2009)
  • Image result for anatoxin a
  • Saxitoxin – Ia juga adalah sejenis neurotoksin. Malah, antara neurotoksin paling poten yang ditemui. Toksin ini bertindak sebagai perencat saluran natrium yang selektif (selective sodium channel blocker) yang mengakibatkan paralisis (lumpuh otot) (Vichi et al. 2015)
  • β-methylamino-l-alanine (BMAA) – Juga sejenis neurotoksin yang bertindak pada reseptor glutamate dan mengakibatkan penyakit neurodegenerative seperti Alzheimer dan Parkinson. (Sila Google kes-kes keracunan di Guam yang mengakibatkan amyotrophic lateral sclerosis/parkinsonism–dementia complex (ALS/PDC))

BENARKAH AFA MENINGKATKAN SISTEM IMUN? – SUATU ULASAN TERHADAP KAJIAN SEDIA ADA
Salah satu kelebihan penting AFA yang selalu dijadikan modal pelaris jualan adalah ia membantu meningkatkan sistem imun.

AFA dikatakan mampu membuatkan sel Natural Killer (NK) bergerak mendiami tisu berbanding berada di darah. Sel NK ini adalah penting bagi melindungi tubuh dari ancaman bakteria, virus dan toksin peptida. Sel NK bergerak akan kebahagian tubuh yang cedera atau terdapat ancaman dan merembeskan perforin, granzyme dan cytokines yang akan menyebabkan sel pecah (lisis).

Image result for nk cells

Pemberian AFA pada subjek manusia normal menunjukkan penurunan sel NK dalam darah. Namun, tiada kajian selanjutnya mengenai mengapakah penurunan ini berlaku. Benarkah penurunan ini menunjukkan ia bergerak pada tisu. Atau ia cuma merencat penghasilan sel NK ini. Apa pula akibatnya penurunan paras sel NK ini? Adakah ia bagus? Kerana penurunan sel ini akan menyebabkan tubuh kita lebih mudah dijangkiti bakteria atau virus.

Related image

Beberapa kertas kajian juga menunjukkan ekstrak AFA mampu merencat sel makrofaj yang berfungsi dalam fagositosis. Sel makrofaj juga berfungsi untuk melindungi tubuh kita dari anasir luar seperti bakteria dan virus. Ia juga berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel mati dan rosak dari tubuh kita.

Mungkin keadaan perencatan makrofaj  ini bagus untuk merendahkan reaksi inflamasi dan alergi kerana makrofaj juga mempunyai fungsi dalam hipersensitiviti. Namun, lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengetahui keadaan ini tidak akan mengganggu homeostasis sistem pertahanan tubuh kita.

Image result for macrophages diagram

Seterusnya, pengambilan AFA banyak diiklankan untuk mengaruh penghasilan sel stem ke dalam sistem tubuh. Ini dikatakan mampu memberikan keupayaan pada tubuh untuk ‘memperbaiki’ kerosakan pada tisu. Beberapa kajian juga menunjukkan pengambilan AFA pada manusia mampu meningkatkan keberadaan sel stem terutama sel progenitor hematopoeitin dengan penanda permukaan sel CD34+ kedalam peredaran darah.

Related image

Mungkin benar, keadaan ini sangat bermanfaat untuk memperbaiki kecederaan tisu dalam tubuh kita (cari kajian Orlic et al. dalam kajian cardiomyopathy contohnya – tetapi sel stem tersebut disuntik terus pada kawasan yang rosak selalunya).

Setakat ini tiada lagi kajian yang menyatakan manfaat mengambil sesuatu untuk menghasilkan sel stem ini bagus untuk kesihatan (bagi orang sihat) atau orang-orang yang telah mempunyai kerosakan buah pinggang kekal. Malah keadaan ini akan menambah buruk keadaan ginjal pesakit kerana tahap protein dan mineral yang tinggi dari AFA tersebut.

Image result for cd34 tissue repair

Kajian yang sedia ada juga menunjukkan peningkatan sel ini berlaku secara ‘transient’ (hanya beberapa jam selepas pengambilan AFA) dan tiada kajian jangka panjang untuk melihat kesannya pada manusia.

Menariknya, sel progenitor hematopoiesis dan sel stem sering dikaitkan dengan tumorigenesis (penggalak pertumbuhan kanser – disebut cancer stem cells (CSC)). CD34+ terutamanya sering digunakan sebagai penanda dalam ujian histologi dan ujian makmal untuk melihat prognosis dan tahap metastasis pada beberapa jenis kanser pada pesakit.

Image result for cancer stem cell cd34 marker

Ulasan pendek ini tidak dapat membincangkan dengan panjang lebar tentang hasil-hasil kajian yang berkaitan kanser dan AFA ini. Kajian dari Drapeu et al (2013) menyatakan bahawa ekstrak AFA (dari syarikat beliau) tidak menyebabkan pertumbuhan kanser secara signifikan pada model tikus yang ditumbuhi tisu kanser melanoma.

Image result for cancer stem cell CD34+

Namun, kanser mempunyai ratusan jenis dan tahap serta unik antara satu kes dengan kes yang lain. Malah, keadaan tisu kanser dalam seorang pesakit juga selalunya tidak homogenus. Ada sesetengah jenis kanser memang mempunyai penanda CD34+ ini, sesetengahnya tidak. Tetapi dapat diaruh pertumbuhannya dengan kehadiran sel-sel progenitor ini.

Image result for cancer stem cell CD34+

Kehadiran sel-sel stem CD34+ ini seolah-olah ‘double-edge sword’. Mungkin memberi manfaat. Mungkin juga memberi berita yang sangat buruk.

Image result for cancer CD34+ marker
Jadi, memberikan sebarang supplemen atau sebarang ubatan tanpa konsultasi yang terperinci dari doktor yang merawat pesakit tersebut adalah seolah-olah memberikan mereka pistol untuk bermain ‘Russian roulette’!

Image result for russian roulette

BAGAIMANA DENGAN KAJIAN TENTANG KEBAIKAN & KEBOLEHAN AFA DALAM MERAWAT BEBERAPA PENYAKIT?

Setakat ini tiada kajian yang spesifik tentang AFA untuk merawat penyakit tertentu.
Kebanyakan kajian tentang kelebihan AFA dibiayai oleh syarikat yang mengeluarkan AFA sebagai makanan tambahan seperti Cell Tech, STEMTech, Nutrigea (Klamin). Namun, kesemua kajian (randomised double blinded placebo, walaupun bilangan subjek sedikit) dilakukan terhadap individu yang sihat. Bertepatan dengan objektif produk dipasarkan untuk makanan tambahan. Bukan untuk tujuan ubatan.

Image result for aphanizomenon flos-aquae klamath lake
Perlu juga diingatkan, sebahagian besar kajian tersebut adalah berdasarkan fraksi dan produk proprietor dari syarikat yang menjalankan kajian. Pengambilan ekstrak AFA dari sumber dan proses pengekstrakan berlainan atau mengambil AFA secara ‘whole organism’ mungkin akan memberikan hasil yang berbeza.

Related image

Kesimpulannya, makanan tambahan berasaskan AFA adalah makanan tambahan sahaja. Kalau mahu mengambilnya terpulang pada individu tersebut. Namun, ia BUKAN UBAT untuk merawat sebarang penyakit.

RUJUKAN

Buratti FM, Manganelli M, Vichi S. et al. Cyanotoxins: producing organisms, occurrence, toxicity, mechanism of action and human health toxicological risk evaluation. Arch Toxicol (2017). doi:10.1007/s00204-016-1913-6

Svirčev Z, Drobac D, Tokodi N. et al. Toxicology of microcystins with reference to cases of human intoxications and epidemiological investigations of exposures to cyanobacteria and cyanotoxins. Arch Toxicol (2017). doi:10.1007/s00204-016-1921-6

Ellen P. Preece, F. Joan Hardy, Barry C. Moore, Michael Bryan, A review of microcystin detections in Estuarine and Marine waters: Environmental implications and human health risk, Harmful Algae, Volume 61, January 2017, Pages 31-45, ISSN 1568-9883, http://dx.doi.org/10.1016/j.hal.2016.11.006.

Persson, P. B. and Zakrisson, A. (2015), Dietary supplements: health from the ocean?. Acta Physiol, 215: 119–122. doi:10.1111/apha.12594

Fujiki H, Suganuma M. Tumor promoters—microcystin-LR, nodularin and TNF-α and human cancer development. Anticancer Agents Med. Chem., 11 (1) (2011), pp. 4–18

Xie, L. Li, J. Xu. First identification of the hepatotoxic microcystins in the serum of a chronically exposed human population together with indication of hepatocellular damage. Toxicol. Sci., 108 (1) (2009), pp. 3317–3322

A.S. Ferrão-Filho, B. Kozlowsky-Suzuki. Cyanotoxins: bioaccumulation and effects on aquatic animals. Mar. Drugs, 9 (2011), pp. 2729–2772

Merel, D. Walker, R. Chicana, S. Snyder, E. Baurés, O. Thomas. State of knowledge and concerns on cyanobacterial blooms and cyanotoxins. Environ. Int., 59 (2013), pp. 303–327

L.C. Backer, J.H. Landsberg, M. Miller, K. Keel, T.K. Taylor. Canine cyanotoxin poisonings in the United States (1920s–2012): review of suspected and confirmed cases from three data sources. Toxins, 5 (2013), pp. 1597–1628

E.D. Hilborn, V.A. Roberts, L. Backer, E. DeConno, J.S. Egan, J.B. Hyde, D.C. Nicholas, E.J. Wiegert, L.M. Billing, M. DiOrio, M.C. Mohr, F.J. Hardy, T.J. Wade, J.S. Yoder, M.C. Hlavsa. Algal bloom associated disease outbreaks among users of freshwater lakes-United States, 2009–2010. Morb. Mortal. Wkly. Rep., 63 (2014), pp. 11–15

S.M. Azevedo, W.W. Carmichael, E.M. Jochimsen, K.L. Rinehart, S. Lau, G.R. Shaw, G.K. Eaglesham. Human intoxication by microcystins during renal dialysis treatment in Caruaru-Brazil. Toxicology, 27 (2002), pp. 181–182 441–446

Sara L. CE, Tamara MW, Kathy RE, and Brent RT. Microcystins, nutrient dynamics, and other environmental factors during blooms of non-microcystin-producing Aphanizomenon flos-aquae in Upper Klamath Lake, Oregon, 2009. Lake And Reservoir Management Vol. 29 , Iss. 1,2013

CH Parker, WL Stutts, and SL DeGrasse. Development and Validation of a Liquid Chromatography-Tandem Mass Spectrometry Method for the Quantitation of Microcystins in Blue-Green Algal Dietary Supplements. Journal of Agricultural and Food Chemistry 2015 63 (47), 10303-10312. DOI: 10.1021/acs.jafc.5b04292

AH Heussner, L Mazija, J Fastner, DR Dietrich, Toxin content and cytotoxicity of algal dietary supplements, Toxicology and Applied Pharmacology, Volume 265, Issue 2, 1 December 2012, Pages 263-271, ISSN 0041-008X, http://dx.doi.org/10.1016/j.taap.2012.10.005.

S Vichi, P Lavorini, E Funari, S Scardala, E Testai. Contamination by Microcystis and microcystins of blue–green algae food supplements (BGAS) on the italian market and possible risk for the exposed population. Food and Chemical Toxicology. Volume 50, Issue 12, December 2012, Pages 4493-4499, ISSN 0278-6915, http://dx.doi.org/10.1016/j.fct.2012.09.029.

K Preußel, A Stüken, C Wiedner, I Chorus, J Fastner. First report on cylindrospermopsin producing Aphanizomenon flos-aquae (Cyanobacteria) isolated from two German lakes. Toxicon. Volume 47, Issue 2, February 2006, Pages 156-162, ISSN 0041-0101, http://dx.doi.org/10.1016/j.toxicon.2005.10.013.

S Rellán, J Osswald, M Saker, A Gago-Martinez, V Vasconcelos. First detection of anatoxin-a in human and animal dietary supplements containing cyanobacteria, Food and Chemical Toxicology. Volume 47, Issue 9, September 2009, Pages 2189-2195, ISSN 0278-6915, http://dx.doi.org/10.1016/j.fct.2009.06.004.

H Liu and P. Scott. Determination of the cyanobacterial toxin cylindrospermopsin in algal food supplements. Food Additives & Contaminants: Part A Vol. 28 , Iss. 6,2011

https://www.epa.gov/nutrient-policy-data/cyanobacteriacyanotoxins

Sanaei M, Ebrahimi M, Banazadeh Z, et al. Consequences of AphanizomenonFlos-aquae(AFA) extract (StemtechTM) on metabolic profile of patients with type 2 diabetes. Journal of Diabetes and Metabolic Disorders. 2015;14:50. doi:10.1186/s40200-015-0177-7.

Jensen GS, Ginsberg DI, et al. Consumption of Aphanizomenon flos aquae has rapid effects on the circulation and function of immune cells in humans. JANA. 2000;2(3):50-58.

Gitte S. Jensen, Aaron N. Hart, Lue A.M. Zaske, Christian Drapeau, Niraj Gupta, David J. Schaeffer, J. Alex Cruickshank, Mobilization of human CD34+CD133+ and CD34+CD133− stem cells in vivo by consumption of an extract from Aphanizomenon flos-aquae—related to modulation of CXCR4 expression by an L-selectin ligand?, Cardiovascular Revascularization Medicine, Volume 8, Issue 3, July–September 2007, Pages 189-202, ISSN 1553-8389, http://dx.doi.org/10.1016/j.carrev.2007.03.004.

Drapeu C et al. The Stem Cell Mobilizer StemEnhance® Does Not Promote Tumor Growth in an Orthotopic Model of Human Breast CancerAnticancer Res January 2009 29 (1) 443447

Sanaei M, Ebrahimi M, Banazadeh Z, et al. Consequences of AphanizomenonFlos-aquae(AFA) extract (StemtechTM) on metabolic profile of patients with type 2 diabetes. Journal of Diabetes and Metabolic Disorders. 2015;14:50. doi:10.1186/s40200-015-0177-7.

sumber : rootofscience.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.