Berita Menarik

Android 12 Beta 1 Dilancarkan – Anda Boleh Mencubanya Mulai Hari Ini

Pembaca : 168
0 0

Android 12 Beta 1

Sebelum ini Google telah mengumumkan Android Developer Preview (DP) untuk Android 12 pada pada bulan Februari lalu dan mengeluarkan DP2 pada bulan Mac serta DP3 pada bulan lalu. Terkini, pembangunan Android 12 telah memasuki fasa Beta 1 dan ia boleh dimuat turun untuk pengguna telefon pintar Pixel dan beberapa model dari ASUS, OnePlus, OPPO, Realme, SHARP, TECNO, TCL, Vivo iQOO, Xiaomi dan ZTE.

Android 12 akan membawakan rekaan antaramuka serba baru yang disebut sebagai “Material You”. Ia akan menetapkan warna tema keseluruhan sistem bedasarkan wallpaper yang dipilih secara automatik. Rekaan Widgets juga telah ditambah baik yang dilihat lebih cantik dan berguna.

Untuk prestasi, Android 12 kini lebih pantas dan cekap dengan mengurangkan masa CPU yang diperlukan untuk perkhidmatan sistem teras sebanyak 22% yang menjadikan peranti akan lebih cepat dan lebih responsif.

Android 12 kini berada di fasa Beta 1 dan dijangka versi stabil akan dikeluarkan pada bulan Ogos ini. Versi akhir mungkin akan dikeluarkan pada penghujung tahun ini. Bagi yang berminat untuk mencuba Android 12 Beta 1 boleh semak senarai peranti yang menyokong Android 12 Beta 1.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.