Berita Menarik

Apple Akan Memperkenalkan Ciri Menghalang Penjejakan Iklan Seawal Mac Ini

Pembaca : 12
0 0

Apple mengambil langkah berani akan menghalang ciri penjejakan iklan tanpa kebenaran oleh pengguna pada peranti keluaran mereka yang menggunakan sistem operasi iOS, iPadOS dan tvOS. Selepas tarikh asal ditangguh tahun lalu, Apple kini mengesahkan ia akan diberikan kepada pengguna bermula musim bunga akan datang.

Ciri anti penjejakan ini akan diuji terlebih dahulu pada versi beta iOS 14, iPadOS 14 dan tvOS 7 yang akan diberikan kelak. Selepas peranti menerima versi terkini sistem operasi, notifikasi akan terpapar pada skrin untuk pengguna membenarkan diri mereka dijejak oleh aplikasi yang digunakan. Menurut Apple dengan ciri ini pengguna akhirnya diberikan hak ke atas data peribadi mereka yang selama ini digunakan tanpa disedari.

Langkah Apple ini menimbulkan kemarahan di Facebook. Mereka menerbitkan iklan yang mendakwa tindakan ini akan menyebabkan perniagaan kecil yang menggunakan platform pengiklanan mereka terjejas. Apple menyangkal dakwaan Facebook dan mengatakan pengguna hanya diberikan kebebasan memilih.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.