Berita Menarik

Apple Akan Menyertakan Kemudahan Memasang Sejumlah Aplikasi Secara Terbina Pada iPhone Di Rusia

Pembaca : 82
0 0

Apple kini hadir dengan penawaran aplikasi mereka sahaja pada iPhone, dan  tidak menyertakan aplikasi lain secara terbina pada pembelian iPhone – berbeza dengan sejumlah pengeluar Android yang menyertakan aplikasi pihak ketiga secara terbina.

Namun, perkara berkenaan akan berubah di Rusia, apabila kini disebabkan oleh perundangan di Rusia, Apple akan membenarkan pemasangan sejulah aplikasi secara terbina.

Dengan langkah ini, pengguna akan diberikan pilihan untuk memasang sejumlah aplikasi alternatif pada iPhone ketika memulakan peranti pada pertama kalinya. Pengguna juga boleh memilih untuk tidak memasang sebarang aplikasi, dan menggunakan ia seperti ditawarkan pada hari ini.

Walaupun ramai yang menyukai penawaran iPhone yang tidak menyertakan aplikasi pihak ketiga secara terbina – namun terdapat sejumlah pembangun yang tidak mengemarinya, dan mengatakan Apple tidak memberikan keadilan kepada pembangun aplikasi alternatif yang lain.

Dengan implementasi perundangan baru ini di Rusia, tidak mustahil kita melihat penawaran lebih kurang sama di negara-negara lain berdasarkan perundangan negara berkaitan.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.