Berita Menarik

Apple Memberikan Amaran Kepada Pembangun China Untuk Tidak Memintas Sistem Anti Penjejakan

Pembaca : 89
0 0

Menerusi kemas kini iOS 14.5 kelak, Apple akan memperkenalkan ciri yang menghalang pengguna dari dijejak ketika Internet bagi tujuan pengiklanan. Ciri App Tracking Transparency (ATT) ini menimbulkan kontroversi sehingga Facebook menerbitkan iklan yang mendakwa ia akan menyebabkan perniagaan kecil mengalami kerugian keran iklan yang sukar disasarkan kepada pengguna di platform mereka.

Apple Privasi

Sungguhpun begitu menurut laporan The Financial Times, pembangunan aplikasi di China cuba memintas ATT dengan menggunakan perisian pihak ketiga.Selepas laporan diterbitkan Apple mengeluarkan kenyataan amaran kepada dua pembangun China yang cuba memintas ATT kerana ia melanggar polisi privasi App Store. Pintasan dilakukan menggunakan CAID yang dibangunkan oleh Persatuan Pengiklanan China yang dibelakangi kerajaan. Ia digunakan secara meluas di China untuk tujuan mengenalpasti identiti pengguna bagi menyasarkan iklan yang tepat.

Sejauh manakah Apple akan bertegas mengenai isu ini masih lagi belum diketahui. Apple mempunyai sejarah tunduk kepada tekanan dari Beijing kerana China ialah pasaran penting bagi mereka. Aplikasi VPN dan yang digunakan oleh demonstran di Hong Kong telah ditarik dari App Store selepas diminta oleh pihak berkuasa.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.