Berita Menarik

Canoo Memperlihatkan Rekaan Trak Kompak Yang Berubah Menjadi Bengkel Pertukangan

Pembaca : 84
0 0

Terlalu banyak kereta elektrik sedang dibangunkan dan dipasarkan sekarang. Tesla ialah nama yang paling sinonim tetapi Volvo, Audi dan Porsche mula mengikis peratusan pasaran dari mereka. Pasaran yang masih lagi belum benar-benar diberikan perhatian ialah trak elektrik. Sekali lagi Tesla di hadapan dengan Cybertruck mereka. Namun begitu Canoo turut mahu bersaing dengan rekaan trak mereka diperlihatkan kepada umum semalam.

Keunikan trak Canoo ialah saiznya yang jauh lebih pendek. Dengan panjang 185 inci ia hanya 15 inci (38 cm) lebih panjang berbanding sebuah Proton X50. Keunikan ini dicapai kerana trak tidak mempunyai bahagian hidung yang panjang memandangkan tiada keperluan untuk ruang enjin diesel petrol yang besar. Ia sebenarnya dibangunkan dari platform kenderaan elektrik B2B mereka yang turut boleh digunakan untuk van, lori penghantar barang dan kereta. Dengan rekaan modular, satu platform boleh digunakan oleh pelbagai jenis kenderaan.

Rekaannya adalah amat comel untuk sebuah trak yang direka untuk kegunaan industri yang tahan lasak. Bahagian kabin hampir semuanya kaca dengan ruang kargo sepanjang 6 x 4 kaki. Ini boleh dipanjangkan ke 8 kaki dengan menarik bahagian penutup belakang keluar. Ciri yang paling menarik pada hemat kami ialah ia dinding bahagian kargo yang boleh dilipat untuk menjadi meja kerja pertukangan. Terdapat palam elektrik (dalam bentuk pin dan USB) dalam ruang simpanan kargo dan juga bahagian hidung Canoo. Dengan palam terbina, ia boleh membekalkan kuasa kepada pelbagai peralatan elektrik seperti lampu limpah, gergaji elektrik dan juga komputer riba.

Dua motor elektrik di bahagian depan membekalkan kuasa sehingga 600 kuasa kuda sementara baterinya boleh memberikan jarak operasi sehingga 322 km dengan sekali caj. Canoo akan mula ditawarkan di pasaran bermula 2023 tetapi harga masih belum diumumkan pada waktu ini.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.