Berita Menarik

Cecair Dalam Kamera Telefon HUAWEI ?! | Berita TechSemut

Pembaca : 79
0 0

Gergasi teknologi dari China iaitu Huawei dilaporkan akan menggunakan teknologi lensa berasakan cecair pada gajet flagship keluaran syarikat mereka bermula awal tahun hadapan. Teknologi baru itu dikatakan sedang dipantau oleh Huawei di China dan sedang memasuki fasa terakhir dalam proses pengujian. Lensa cecair tersebut dijangka akan menambahkan lagi kecepatan ketika kamera dalam focus mode dan image stabilization, serta akan menambahkan pengalaman visual pengguna. Menurut laporan dari China, masa untuk lensa focus akan dikurangkan kepada beberapa millisaat yang mana akan setanding dengan masa fokus mata manusia.

Teknologi lensa cecair dijangka akan diletakkan pada kamera telephoto dahulu berbanding menggerakan kamera tersebut, module kamera itu kemudiannya akan diubah mengikut bentuk cecair melalui voltan yang pelbagai dan ianya akan fokus pada cahaya. Sebagai tambahan, perlaksanaan lensa cecair akan menjadi lebih lasak dan tahan gegaran bila dibandingkan dengan lensa biasa jenis telefoto.

Jika dilihat dari trend semasa, kemungkinan lensa cecair ini akan digandingkan dengan lensa Sony yang masih belum diumumkan iaitu Sony IMX782 yang akan menjanjikan kualiti visual yang sempurna. Pada awal April 2020, Huawei telah berjaya mempatenkan teknologi lensa cecair untuk penggunaan telefon pintar mereka. Lensa cecair tersebut termasuk menggerakan motor, pemegang kamera dan hardware elektronik yang akan menggerakan lensa cecair.

Tujuan utama penggunaan teknologi lensa cecair ialah autofocus yang pantas. Lensa cecair berpotensi untuk memfokus dalam millisaat dengan lock secara terus. Ini juga dapat menjanjikan fokus yang pantas bagi objek yang bergerak sekaligus memberi peluang kepada pengguna telefon pintar untuk menggunakan telefon mereka sebagai peranti merakam objek.

EDITOR – SAIFUL HAWARI

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.