Berita Menarik

Ciri Quick Share, Samsung Free Dan Samsung O Akan Disokong Oleh Windows 10

Pembaca : 145
0 0

Kerjasama di antara Samsung dan Microsoft membenarkan beberapa ciri eksklusif disertakan pada produk kedua-dua syarikat teknologi ini. Antaranya ialah ciri salin tampal rentas platform serta Your Phone yang sehingga kini masih lagi eksklusif. Ciri eksklusif akan bertambah lagi dengan sokongan beberapa lagi ciri baharu.

Pertama sekali ialah sokongan Quick Share. Dengan Quick Share fail boleh dihantar dari peranti Samsung ke komputer Windows 10 dengan pantas seumpama Air Drop. Kedua ialah sokongan Samsung Free yang mirip dengan Google Discover. Ia akan memberikan saranan berita sohor kini dan kandungan terkini Spotify serta Netflix kepada pelanggan.

Yang masih menjadi misteri ialah Samsung O yang setakat ini tidak diberikan pada mana-mana peranti Samsung di pasaran. Dengan pengenalan ciri-ciri baharu ini, mungkin pelanggan akan lebih tertarik untuk menggunakan peranti mereka berbanding peranti pesaing.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.