Berita Menarik

FUJIFILM X-T20 – KAMERA TERBAHARU DARIPADA FUJIFILM

Pembaca : 20
0 0

Syarikat pengeluar kamera terkemuka, Fujifilm hadir dengan satu lagi variasi model kamera digital dibawah siri X menerusi Fujifilm X-T20. Kamera dengan sistem tanpa cermin (mirrorless) dan lensa yang boleh ditukar ini dilengkapi dengan sensor 24 megapixel APS-C X-Trans CMOS III dan enjin pemproses imej X-Processor Pro yang menghasilkan imej berkualiti tinggi.

Menampilkan 15 mod simulasi filem, Fujifilm X-T20 menawarkan sokongan rakaman gambar pada pelbagai kadar sensitiviti ISO sehingga 51200. Ia hadir dengan paparan LCD skrin sentuh sebesar 3 inci untuk memudahkan pengendalian. Pengguna boleh fokus dan menangkap gambar dengan menyentuh pada paparan skrin dibelakang kamera.

Disamping itu, Fujifilm X-T20 mempunyai keupayaan merakam video pada resolusi sehingga 4K dan mempunyai port audio untuk menggunakan mikrofon luaran. Kamera ini juga turut hadir dengan sokongan WiFi yang membolehkan pengguna mengawal kamera dengan telefon pintar dan juga memindahkan gambar terus ke telefon pintar dengan menggunakan aplikasi khas untuk peranti Android dan iOS.

ekselen.my

sumber : http://ekselen.my/

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.