Berita Menarik

Honor Play5 Hadir Dengan Dimensity 800U, Kamera 64MP, Pengecasan 66W

Pembaca : 151
0 0

Honor Play5

Honor Play5 baru sahaja dilancarkan untuk pasaran China yang menampilkan paparan OLED 6.53 inci dengan resolusi FullHD+ 1080 x 2400 pixel. Peranti kelas pertengahan ini juga menempatkan kamera selfie 16MP serta empat modul kamera di bahagian belakang yang menampilkan lens utama 64MP, lensa ultrawide 8MP, lensa makro 2MP serta sensor kedalaman 2MP.

Di bahagian dalam, Honor Play5 dikuasakan oleh cip Dimensity 800U dengan 8GB RAM LPDDR4x dan storan UFS 2.1 berkapasiti 128GB dan 256GB. Ia juga hadir dengan bateri 3,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

Untuk keselamatan, Honor Play5 mempunyai sensor cap jari dalam paparan. Ciri-ciri lain yang terdapat pada model ini seperti sokongan dual SIM, 5G, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.1, GPS, USB-C, dan bicu audio 3.5mm.

Honor Play5 boleh didapati di pasaran China dalam dua variasi iaitu 8GB/128GB dan 8GB/256GB storan diman masing-masing berharga 2,099 Yuan (~RM1399) dan 2,299 Yuan (~RM1499). Jualan akan dilakukan bermula 26 Mei yang tersedia dalam warna seperti ungu dan hitam. Buat masa ini tiada maklumat mengenai ketersediaan di pasaran Malaysia

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.