Berita Menarik

Istimewanya Masa Kepada Dunia : Bahagian III

Pembaca : 122
0 0

Oleh : Prof. Madya. Dr. Mohd Bakri Bin Adam
Institut Penyelidikan Matematik & Jabatan Matematik, Universiti Putra Malaysia

Masa juga merupakan kriteria penting dalam penghasilan produk barangan terutama industri berkaitan dengan penghasilan makanan. Setiap barang makanan mesti disertakan dengan jaminan selama mana makanan yang dihasilkan boleh disimpan atau sampai bila ianya boleh digunakan. Ada barangan makanan yang dihasilkan akan dicetak tarikh luput atau guna sebelum, ada juga barangan yang dicetak dengan tarikh dijual sebelum atau baik sebelum. Ada juga barangan yang diletakkan tarikh ianya dikilangkan dan ada juga barangan yang dinyatakan hanya boleh digunakan sebulan selepas dibuka penutupnya, sekiranya disejukbekukan, tempoh luput barangan makanan akan menjadi lebih lama. Tarikh itu berkait dengan masa dan mempunyai konitasi dan implikasi yang berbeza. Selain daripada produk makanan, barangan lain seperti tayar, ubat-ubatan, alat solekan, juga terkait dengan masa.

Bagi aktiviti pertanian pula, setiap tanaman yang ditanam perlu dikenal pasti usia tumbuhan tersebut. Ada sayuran yang boleh diambil hasilnya dalam masa dua hingga tiga minggu, ada juga yang perlu menunggu lama kerana ianya perlu memberikan hasil seperti lada dan tomato. Manakala pokok kelapa pula mungkin mengambil masa bertahun untuk mendapatkan buah kelapa dan ada juga pokok yang boleh diambil buahnya dalam jangka masa beberapa tahun sahaja.  Pokok balak pula seperti merbau dan jati, membesar mengambil masa puluhan atau ratusan tahun sehingga boleh ditebang dan diambil kayunya yang berkualiti. Buah durian juga berbuah mengikut turutan masa, kalau di Malaysia, buah durian perlu luruh dahulu baharulah dapat dimakan isinya, jarang ianya dikait berbanding dengan dengan negara jiran.

Berita di kaca tv juga sering berkaitan dengan masa. Setiap pelaporan berita, biasanya melibatkan masa. Sebagai contoh setiap kemalangan jalan raya yang sering terjadi kebiasaan dilaporkan tidak akan sah dan dipercayai sekiranya tidak disertakan dengan maklumat terperinci seperti tarikh beserta waktu dan tempat ianya berlaku. Setiap pelaporan berkaitan dengan ramalan cuaca juga berkaitan dengan masa. Sama ada berlaku perubahan cuaca seperti hujan, mendung, kilat, gelombang panas digandingkan dengan waktu pagi, petang atau malam.  Selain daripada itu pelaporan kesesakan trafik di jalan raya dan lebuh raya ditampilkan bersama waktu ianya berlaku.

Di dalam bidang statistik, sekiranya data yang diperolehi bersama masa, hanya ada beberapa bidang sahaja yang boleh digunakan. Antara dua bidang statistik yang biasa digunakan secara meluas ketika data hendak dianalisis ialah siri masa dan teori nilai ekstrim. Mengapa kedua-dua bidang ini istimewa? Ini adalah kerana kedua-dua bidang ini boleh membuat ramalan dan juga pulangan aras pada masa hadapan. Ianya boleh memberikan suatu ramalan nilai di masa hadapan. Bidang lain dalam statistik cuma boleh membuat jangkaan dalam julat data ataupun hanya boleh membuat projektor sahaja. Keistimewaan data berkait atau berpasangan dengan masa sangat diperlukan dalam banyak kes, seperti pelaburan saham, nilai matawang, harga pasaran emas dan perak. Dalam statistik pemboleh ubah masa berlaku sedikit kekhilafan dalam menentukan sama ada data berbentuk masa adakah ianya selanjar atau diskrit? Umur manusia kadang-kadang difahami sebagai diskrit. Kadang-kadang masa dikategorikan semasa dianalisis mengikut hari, minggu, bulan atau tahun.

Siapakah yang percaya binatang bergelar dinosaur wujud jutaan tahun yang lepas? Tidak lain dan tidak bukan ialah dengan penemuan tulang fosil di beberapa tempat di dunia terutamanya di kawasan yang sejuk dan membeku. Bukan setakat fosil, penemuan terbaru di Siberia seperti gajah besar atau mammoth serta binatang yang sezaman dengannya keadaan yang masih beku dan masih dalam bentuk asal. Untuk mengetahui usia binatang tersebut, salah satu ujian yang dilakukan adalah menentukan bilakah tarikh binatang itu hidup dengan menggunakan pengetahuan forensik yang semakin bertambah maju. Lebih daripada itu bidang forensik ini juga telah banyak membantu dalam menyelesaikan banyak kes pembunuhan misteri yang telah berlaku pada masa yang lama. Penentusahan masa yang tepat akan banyak membantu dalam menyelesaikan dan menyingkap apakah yang sebenarnya telah berlaku ketika itu pada masa yang lepas.

Masa juga sangat diambil berat oleh ramai majikan, kerana pengiraan masa tersebut akan menentukan sama ada pekerja telah berkerja dalam waktu yang telah ditetapkan dan mencukupi untuk diberikan upah atau gaji. Sekiranya terlebih masa, mungkin elaun lebih masa akan dibayar kepada pekerja tersebut. Kenaikan pangkat juga salah satunya adalah dari segi kekananan iaitu berapa lamakah pekerja tersebut setia bekerja di tempat tersebut.

Maka benarlah masa itu sangat penting kepada manusia kerana kehidupan mereka sentiasa terkait dengan masa. Artikel ini ditulis untuk memberikan pelbagai gambaran pesanan bagaimana alam nyata ini sentiasa bersandar dengan masa setiap masa, setiap penjuru dunia dan setiap ketika.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta yang berpesan-pesan dengan kesabaran” 
Terjemahan surah Al-Asr:1-3

Selagi kita hidup di dunia ini, masa akan sentiasa bersama kita, tidak kira di bumi mana kita berada. Masa tidak penat dan letih mengekori kita setiap detik nafas yang disedut dan dihembus, teman yang setia dan akrab tanpa sedar, kita perlu menghargai makhluk masa ini. Masa adalah ciptaan Allah yang amat hebat, yang banyak menyimpan rahsia dan rakaman kehidupan setiap insan bersamanya. Namun di akhirat nanti, masa setiap insan yang pernah hidup akan dibentangkan semula untuk dihakimi dan diadili, memutuskan samada bakal menjadi penghuni neraka ataupun pasti menjadi ahli surga kelak.

Bersambung – Istimewanya Masa Kepada Dunia : Bahagian I

Bersambung – Istimewanya Masa Kepada Dunia : Bahagian II

Penulis :

Prof Madya Dr Mohd Bakri Adam,
Penyelidik Bersekutu & Pensyarah Kanan,
Institut Penyelidikan Matematik,
Universiti Putra Malaysia.
[email protected]
019-9352337

Kredit Foto : space

sumber asal : www.majalahsains.com

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.