Berita Menarik

JingOS – Distro Berasaskan Linux Yang Ingin Membawa Pengalaman Seumpama iPad OS

Pembaca : 55
0 0

Peranti dua-dalam-satu yang menawarkan pengalaman skrin sentuh seumpama tablet, dan menjadi komputer apabila papan kekunci dihubungkan adalah antara peranti yang popular akhir-akhir ini.

Apa pun, sehingga kini, tiada penawaran berasaskan Linux yang benar-benar melihat kepada arena ini. Untuk melengkapkannya, kini sebuah projek baru dalam pembangunan adalah JingOS.

JingOS memfokuskan kepada membawa pengalaman penggunaan seumpama iPad OS, tetapi berasaskan Linux.

Ia direkabentuk untuk komputer mudah-alih, dan penggunaan skrin sentuh. Pembangunnya juga turut mengacah paparan JingOS yang dioptimasikan untuk telefon pintar mungkin turut akan hadir pada masa akan datang.

Menurut pembangunannya, ia sedia diuji pada Surface Pro 6 dan juga Huawei Matebook 14. Buat masa ini, versi pembangunannya masih belum ditawarkan kepada umum, dan web rasminya memberikan petanda ia akan diperkenalkan pada 31 Januari 2021 ini.

Layari : JingOS

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.