Berita Menarik

Kemarau Di Taiwan Memaksa TSMC Membelanjakan RM29 Juta Untuk Mendapatkan Bekalan Air

Pembaca : 142
0 0

Taiwan sedang mengalami kemarau teruk dengan bekalan air di kesemua empangan simpanan air mula mencecah tahap kritikal. Ini berlaku selepas Taiwan tidak dilanda taufan talun lalu yang selama ini diperlukan. Akibatnya ia mula mendatangkan impak bukan sahaja terhadap kehidupan seharian penduduk negara tersebut tetapi juga pada indiustri perkilangan.

Menurut laporan Wccftech, Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) telah menandatangani perjanjian bernilai NT$200 juta (~RM29 juta) dengan sebuah syarikat lori tangki untuk membekalkan air ke kilang milik mereka. Sebanyak 100 lori tangki akan beroperasi untuk memenuhi keperluan 198,000 tan air sehari untuk beroperasi. Ini bukan sahaja akan meningkatkan kos penghasilan komponen seperti cip tetapi sebarang gangguan kepada pengilangan akan menyebabkan situasi kekurangan cip pemproses dunia semakin meruncing.

Isu kemarau yang sudah berlarutan selama beberapa bulan dan sebelum ini TSMC dipetik berkata mereka masih mampu menjalankan operasi sehingga penghujung Mac.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.