Berita Menarik

Kemaskini MySejahtera Memperlihatkan Tarikh Tepat Pendaftaran Suntikan Vaksinasi COVID-19

Pembaca : 85
0 0

Selain daripada untuk penjejakan kontak, aplikasi MySejahtera juga boleh digunakan untuk mendaftar sesi menerima suntikan vaksin COVID-19 apabila ia tiba kelak. Ciri ini diperkenalkan pada penghujung bulan lepas, tetapi mempunyai beberapa isu antaramuka yang telah sedikit-sebanyak diperbaiki.

Aplikasi tersebut telah dikemaskini sekali lagi, dimana ia kini menunjukkan tarikh pendaftaran vaksinasi yang tepat dan bukan lagi tarikh 3 Mac apabila laman butiran imunisasi dikemaskini. Bergantung kepada bila anda mendaftar sesi vaksinasi anda, ia akan menunjukkan tarikh lebih awal daripada 3 Mac, tarikh yang diperlihatkan sebelum ini.

Selain daripada itu, tarikh 3 Mac diubah menjadi tarikh aplikasi ini menerima pengesahan butiran vaksinasi, dan menunjukkan bahawa anda telah menjawab soalan-soalan yang diajukan.

Langkah seterusnya ialah untuk melihat sama ada kita boleh menerima vaksin tersebut dan juga tarikh penerimaan suntikan vaksinasi pertama. Untuk rakyat biasa, ia dijangka akan tiba pada bulan Mei kelak.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.