Berita Menarik

(Konsep) Apple Mac Pro Dengan Rekaan Modular

Pembaca : 12
0 0

Apple menjanjikan Mac Pro baru dengan rekaan modular bagi memudahkan pemilik menambah komponen baru ke dalam komputer mereka. Langkah ini diambil setelah Apple menerima maklum balas dari pengguna profesional yang kecewa dengan kesukaran Mac Pro sedia ada untuk dinaik taraf. Rekaan Mac Pro baru masih lagi rahsia dan Curved melancarkan konsep mereka sendiri.

Ia mempunyai rekaan yang sama seperti sebuah Mac Mini dengan bahagian sisi yang terbuka untuk mendedahkan slot untuk menambah RAM, SSD dan kad grafik. Terdapat dua slot untuk kad grafik dan sebuah Touch Bar pada panel hadapan dengan sistem imbasan cap jari TouchID terbina.

Panel TouchBar ini akan memaparkan ruang storan, penggunaan RAM dan pelbagai maklumat lain apabila komputer beroperasi. Mac Pro ini dipadankan dengan skrin hampir tanpa bezel. Sebuah konsep yang menarik dan membuatkan kami ternanti-nanti rekaan sebenar dari pihak Apple.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.